Buka Puasa Dalam Taman Di Goat2Go Farm Teknocafe, MAEPS Serdang Bersama-Sama Keluarga Che Minah
Best sangat tempat
iftar CMC tahun ini iaitu di Goat 2 Go Farm, MAEPS Serdang. Sebabnya tempatnya
adalah berkonsepkan taman haiwan. Boleh lihat tempat buffet Ramadhan nya dikelilingi
taman dan ladang.
Mini Zoo juga ada yang
boleh lihat haiwan-haiwan terutamanya haiwan ternakan. Memang
sangat menarik untuk dijadikan tempat gathering especially melibatkan keluarga
yang ada kids.
Tapi saya tak sempat
nak bawa budak-budak ke mini zoo. Tak adalah sampai tempat tu lambat pun. Sebabnya
sibuk nak ambil makanan buffet Ramadhan sebelum masuk waktu. Nafsu sangat kan. Kuikuikui.
Mana tak sabar-sabar
nak ambil makanan. Makanan buffet Ramadhan semuanya nampak menyelerakan. Banyak
jenis pulak ada. Hampir semua konsep ada seperti western, tempatan, middle
east, dessert, kuih tempatan, ABC, cendol. Eh semualah ada.
Yang paling menarik
perhatian saya of course kambinglah. Sampai-sampai tempat berbuka, stall
kambinglah paling panjang beraturnya. Sudah semestinya lah kan. Ada info
mengatakan kambing yang dihidangkan adalah yang baru disembelih pada hari yang
sama jugak. Memang makan daging segar bugar dari ladanglah. (ok bugar tu saja tambah yea..)
Actually takyah nak
beratur ambil awal kambing ni bagai pun tak apa. Kambing ni adalah free flow sehingga
pukul 9. Maknanya tak akan habis hingga pukul 9pm. Tapi still sabar-sabar nak
ambil sebab macam saya cakap tadilah..nafsu kan. Actually makanan-makanan buffet lain pun sentiasa ditambahlah.
ABC dan cendol
pun saya suka jugak. Rasa ABC nya memang terbaik. Makanan western seperti
variety of pasta, mushroom soup & garlic bread pun sedap. Zafran makan
banyak pasta. Brownies pun dia suka.
Terbaiklah tempat
berbuka di Goat 2 Farm, MAEPS Serdang. Boleh repeat lagi.
lamanya tak singgah sini. hiiiiiiii
ReplyDeleteTerimakasih infonya,..
ReplyDeletegambar panggang2 tu sedapnyaa hehe
ReplyDeletesup kambing dia sedappppppp
ReplyDeletepergh sdap2 mnu2 dia..:)
ReplyDeleteteringin nk ke sini lps resto ni msk majalah 3
ReplyDeleteBoleh cuba ke sini satu hari nanti.. Nampak menarik..
ReplyDelete