31 May 2019

Berbuka Puasa Bufet Di Hilton Hotel, Petaling Jaya

Lepas ni dah tak ada gantung kuali, which mean kena memasak dah untuk berbuka. So pada hari terakhir gantung kuali, berbuka di Hilton Hotel, Petaling Jaya. Yup berbuka di 5 Star Hotel. Kena lah tempat special sedikit. Nanti tangan dah kena basah-basah kasar-kasar balik kan.



Dah nama buffet Ramadhan di 5 Star Hotel. Sangat rambang mata dengan pilihannya. Banyak jenis ada. Nak yang tempatan, western, middle east, semua ada. Nak list down, tak ter list down. Jadi letak gambar ajelah.







Zafran paling suka spaghetti cabonara, pancake dan waffle. Zafirah pun suka pancake. Memang kenyanglah budak berdua ni.



Yang saya suka pulak ishhh banyak. Yang pasti yang saya ambil semuanya sedap seperti Putu piring, apam balik, kambing bakar, sate, steamboat, lauk-pauk nasi beriani dan nasi arab .





Paling rare, durian pun ada. Durian dibelah dan dihidangkan depan-depan pengunjung. Sangat sedap isi duriannya. Ice-cream green tea pun ada juga tau. Jangan main-main dengan buffet di sini.



Sangat-sangat sedap buffet Ramadhan di Hilton Hotel, petaling Jaya ni. Walaupun harga agak (sangat kot) pricey, tapi trust me sangat berbaloi berbuka di situ.

Buka Puasa Di Tepi Kolam Di Botanic Resort Club, Klang

Love this place! Iaitu di Botanic Resort Club. Sebabnya tempat buka puasanya dikelilingi dengan kolam. Sangat-sangat best dan mendamaikan berbuka di Botanic Resort Club.



Menu buffet Ramadhan nya pun not bad. Agak banyak pilihan. Yang ada di situ ialah nasi tomato, rendang, lauk-pauk, bihun goreng, pelbagai pilihan pencuci mulut(mostly tempatan), abc, mushroom soup, mini burger, jagung, apam balik, cucur, tauhu bakar, sate, roti jala dan kambing bakar.








Sambil berbuka, boleh lihat pantulan-pantulan cahaya di kolam. Sangat cantik. Di situ juga, boleh tengok swimming training dari tempat duduk. 



Tapi yang ada kids kena berjaga-jaga. Tak boleh leka especially budak-budak yang tengah melasak. Takut tak sedar budak-budak pergi ke kolam. Walaupun kolam yang di sekeliling tempat berbuka cetek, tapi still bahaya juga especially pada budak-budak besar Zafirah.





Apapun, still suka dengan interior design Botanic Resort Club. Buffetnya walaupun pilihan limited(kena dengan harga) tapi boleh tahan sedap.

Redah Hujan & Banjir Untuk Pergi Ramadhan Buffet Di Aliya Hotel, Klang

Hari yang nak pergi Ramadhan Buffet di Aliya Hotel, Klang, hujan turun dengan lebatnya. Lebat sangat sampai air naiklah di beberapa tempat. 

 
Hujan turun beberapa jam sebelum balik kerja. Dah nak balik kerja pun, hujan tak berhenti lagi. Terpaksalah mintak tolong Kimchi singgah office supaya dapat bawak saya naik kereta Kimchi untuk pergi ke tempat saya parking kereta saya. Kena buat macamni sebab first kereta parking jauh. Second tak bawak payung pulak.
Bila Kimchi dah drop saya di kereta saya then kami sama-sama gerak, ada beberapa tempat yang lalu dah naik air. Yang boleh redah, redah jea. Yang tak confident nak redah terpaksalah pusing balik. Ikut jalan lain pula.


Since banyaklah insiden redah dan patah balik, tak dapatlah nak sampai di Aliya Hotel sebelum waktu berbuka. Memang betul-betul lewat lah sampai. Break the fast pun dalam kereta.
Boleh jea nak sampai awal, kalau Kimchi pi sorang jea. Aliya Hotel pun di Klang yang dah dekat dari office nya. Berbuka tu pun bersama-sama membernya. Tapi Kimchi nak juga saya dan anak-anak join sekali. Baliklah rumah dulu dan patah balik.


Tak ada hal pun tak dapat berbuka on time di Aliya Hotel. Sebabnya buffetnya adalah freeflow. Maknanya makanan sentiasa ditambah kalau habis. Sampai-sampai memang macam tak bersentuh lagi buffetnya.



Buffet di situ ada lauk-pauk, bubur kacang, bubur jagung, sup gear box, mee rebus, kuih-muih tempatan, roti jala, sate, ice-cream dan of course kambing bakar.
Suka sup gear box. Rasanya cukup rasa dan sedap. Bubur jagung pun sedap.



Dah habis makan, pergi burn calorie dengan cuci mata di Jalan Taiping. Ada Bazaar Raya di Jalan Taiping. Lepastu baru balik.  Balik pun ada juga kena redah banjir walaupun hujan dah berhenti. Tak boleh nak buat kalau dah macam itu system pemparitannya. Huhu.

Ramadhan Buffet Di Best Western I-City Shah Alam│Tempat Zafran Suka Makan Roti John

Masa mula-mula sampai ramadhan buffet di Best Western I-City, Zafran nya buat tak tau jea dengan juadah-juadah yang ada di situ. Dia dengan handphone nya sahaja. Tak kisahlah ada makanan favourite depan matanya tak.


Since Zafran pun buat tak tahu dengan dia pergi baringnya di atas bangku di situ, kamilah berbuka puasa dengan semua juadah yang ada di buffet di situ dengan tenangnya.
Sangat banyak pilihan buffet Ramadhan di Best Western I-City. Ada nasi arab, pasta stall, abc stall, roti john, tempura, lauk-pauk, kuih-muih tempatan, dessert pun ada, ice cream. Yang paling menarik siap ada durian stall lagi. Buah durian dibelah dan dihidangkan secara live di hadapan pengunjung-pengunjung. Sekali ambil boleh satu pinggan yang ada tiga ulas. Isinya nipis tapi rasanya sedap dan manis. Tak liat/keras.


Satu lagi yang saya suka di buffet Best Western ni ada pasta stall. Boleh request nak jenis apa dan dia akan masak ikut taste yang kita nak. Macam nak pedas lebih ke. Cheese lebih ke. Request jea kat chef tu.
Bila dah siap makan dan masa tu pun nak gerak balik sebab nak dekat pukul 9, tiba-tiba Zafran stop main handphone. Tak taula kenapa stop. Hp panas ke. Ke sebab lapar. Tiba-tiba nak jalan-jalan di area outdoor. 



Haa space buffet ni terbahagi pada dua iaitu indoor dan outdoor. Kalau stall melibatkan masak-masak dan bau-bau kuat seperti pasta stall dan durian tu, stallnya di area outdoor tu. Di outdoor juga boleh lihat permandangan lampu-lampu warna-warni icity dari atas.


Ok sambung cerita Zafran tadi. Dia ajak pi tempat outdoor tu. Tunjuklah kat dia roti john. Kot dia lapar. Terus dia cakap nak. Ambik satu potong dan pergi ke tempat duduk, habis dia makan. Pastu tambah lagi  dan habis. Tambah lagi dan habis. Eh suka pulak dia makan roti john. Sampai habislah roti john kat chafing dish tu. Lapar kot.


Sebelum tu dah suapkan pun spaghetti bolognaise. So, makan roti john banyak bukan la sebab lapar. Sebab roti john sedapla tu. Hehe.
Susah tau nak tengok Zafran makan banyak ni. Kadang-kadang sampai kena civil war dulu dengan budak tu. Itupun adalah beberapa suap dia makan. Ahaks.

 Papa dan adik kenalah tunggu sebab Dak Zafran nak makan roti john
Plan asal nak pi shopping di Sogo  di I-City selepas berbuka. Tapi dah drag masa punya pasal, shopping dalam mimpi ajolah. Sebab Dak Zafran suka roti john di Ramadhan buffet, Best Western I-City punya pasal..kuikuikui.

28 May 2019

Iftar Di Nuin Café, Bangi Untuk Meraikan Mertua Balik Dari Umrah

Mak dan Ayah mertua mula mengerjakan umrah betul-betul sebelum masuknya Ramadhan. Jadi depa berdua berpeluang menyambut Ramadhan di tanah suci. Rezeki sangat-sangat.



Lebih kurang seminggu berpuasa, mertua selesai menjalankan ibadah umrah. Jadi sempena mertua balik dari umrah, keluarga enal, saya dan juga mel iftar bersama-sama di Nuin Café. Saudara-mara belah ayah mertua pun join sekali iaitu Anis, Nurul, Maklang, Cu, Shafiq dan Syamim.




Nuin Café adalah di Bangi. Makanan yang ada di buffet Ramdhan ini adalah lauk pauk, kambing bakar, ayam bakar, coleslaw, French fries, mee rebus, kuih-muih tempatan, spaghetti oglio. Dengar macam pilihan quite limited. Tapi kena dengan harga buffet Ramadhan yang sangat berpatutan. 




Yang paling penting, rasa semua makanannya sangat sedap tau. Terutamannya lauk-pauk, kambing bakar, semuanyalah. Kambing pun tak liat. Tak ada yang pelik-pelik ni. Memang recommended buka puasa dengan harga berpatutan di sini.



Selesai buka puasa dan solat, shopping raya di Bangi. Actually bukan shopping baju raya sangat pun. Lebih shopping baju untuk SIL punya E-day. Yes, my SIL getting engaged! Doa banyak-banyak semoga urusan hingga nikah dipermudahkan oleh Allah SWT.




Bulan Ramadhan tahun ini banyak perkara baik-baik happen in families. Syukur Alhamdulillah. Berdoa kepada Allah SWT semoga perkara baik-baik sebegini berterusan. Aaminn.

Won BSC Lingerie Contest By Qaseh

Yeay tak sangka menang voucher bernilai RM200 untuk barangan BSC Lingerie. Saya menangi voucher ini dengan menyertai contest di IG yang dianjurkan oleh Blogger Qaseh.


Voucher dah selamat pun saya redeem. Memang tak akan tunggu lama untuk tebus sebab takut lupa, pahtu dah expired thingy. Dah alami sindrom mak-mak kan.



Barang yang saya redeem adalah night gown. Saya tak pilih pakaian dalam sebab tak confident dengan size kalau tak cuba sendiri. So, pilih nightgown ajelah lebih selamat. Lagipun design nightgown BSC boleh tahan cantik.

To blogger Qaseh, thanks for selecting me as one of your contest winner. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki.

Birthday Segmen Blogwalking & Pencarian Bloglist by AA

Related image 
Click above banner to join GA
GA ends on 30 June 2019

24 May 2019

Buka Puasa Dalam Taman Di Goat2Go Farm Teknocafe, MAEPS Serdang Bersama-Sama Keluarga Che Minah

Best sangat tempat iftar CMC tahun ini iaitu di Goat 2 Go Farm, MAEPS Serdang. Sebabnya tempatnya adalah berkonsepkan taman haiwan. Boleh lihat tempat buffet Ramadhan nya dikelilingi taman dan ladang. 



Mini Zoo juga ada yang boleh lihat haiwan-haiwan terutamanya haiwan ternakan. Memang sangat menarik untuk dijadikan tempat gathering especially melibatkan keluarga yang ada kids. 



Tapi saya tak sempat nak bawa budak-budak ke mini zoo. Tak adalah sampai tempat tu lambat pun. Sebabnya sibuk nak ambil makanan buffet Ramadhan sebelum masuk waktu. Nafsu sangat kan. Kuikuikui. 



Mana tak sabar-sabar nak ambil makanan. Makanan buffet Ramadhan semuanya nampak menyelerakan. Banyak jenis pulak ada. Hampir semua konsep ada seperti western, tempatan, middle east, dessert, kuih tempatan, ABC, cendol. Eh semualah ada.




Yang paling menarik perhatian saya of course kambinglah. Sampai-sampai tempat berbuka, stall kambinglah paling panjang beraturnya. Sudah semestinya lah kan. Ada info mengatakan kambing yang dihidangkan adalah yang baru disembelih pada hari yang sama jugak. Memang makan daging segar bugar dari ladanglah. (ok bugar tu saja tambah yea..)




Actually takyah nak beratur ambil awal kambing ni bagai pun tak apa. Kambing ni  adalah free flow sehingga pukul 9. Maknanya tak akan habis hingga pukul 9pm. Tapi still sabar-sabar nak ambil sebab macam saya cakap tadilah..nafsu kan. Actually makanan-makanan buffet lain pun sentiasa ditambahlah.



ABC dan cendol pun saya suka jugak. Rasa ABC nya memang terbaik. Makanan western seperti variety of pasta, mushroom soup & garlic bread pun sedap. Zafran makan banyak pasta. Brownies pun dia suka.


Terbaiklah tempat berbuka di Goat 2 Farm, MAEPS Serdang. Boleh repeat lagi.