Geng Legend Menikmati Cendol Jam Besau Di Tepi Sungai Melaka

Selepas check out, cari lagi tempat makan yang viral. Tak insaf jugak kan. Semalamnya baru jea cakap taknak pi dah tempat viral. Malas nak menunggu lama. Tapi still cari jugak. Yela..Dah nama pun berjalan, sekali sekala makan di tempat makan yang famous apa salahnya.



Since baru lepas makan heavy, Geng Legend nak makan dessert yang sejuk-sejuk. Cuaca panas kan. Duk google google, pilih makan di Cendol Jam Besau.


Cendol Jam Besau ni Bandar Di Hilir. Betul-betul di Sungai Melaka. Belakang Hard Rock Café Melaka. Dah nama nak masuk Bandar Di Hilir, kenalah hadap jem. 



Dah sampai situ, macam biasa bergambar dahulu. Pastu baru pekenaq cendol. Saya pilih Cendol Durian. Harganya RM6/mangkuk. Dengar macam murah kan. Sebab yang durian tu just paste sahaja. Bukan yang durian ori tu. Kalau nak ori belas-belas ringgit harganya.

 

Rasanya sedap jugaklah. Makan pulak time cuaca panas. Layan di tepi Sungai Melaka dan menghadap Bangunan Stadhuys. 




Best jugaklah layan cendol Jam Besar nie sebab lokasi pun menarik. Habis pekenaq cendol, terus gerak nak makan asam pedas Melaka pulak.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. pekena time panas memang fuhh! tapii... kenapa nama kedai ni cendol jam besau eh? jam kat kedai ni besar ke? Heee saje tanya. curiouss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. depan gerai ni ada jam besar merah (sebahagian binaan Stadhuys)

      Delete