16 April 2019

Pergi Muzium Samudera Melaka, Muzium Samudera Fasa 2 & Muzium TLDM Untuk Kenalkan Zafran Dengan Sejarah Melaka

Muzium-muzium di Melaka ni dah banyak kali dah saya pergi. Zaman budak-budak ada. Zaman dating dengan Kimchi pun ada. Jauh tau dating sampai Melaka. Tapi tak adalah takat dating jea. Sekali dengan nak celebrate saya punya birthday. Celebrate kat muzium yea. Zaman lovey dovey semut semut sebab baru declare as couple agitulah. Kah kah kah.




Ni dah ada anak, bawak anak-anak pulak melawat muzium-muzium di Melaka. Tak dapat pi semua sebab kekangan masa. Pergi muzium yang awal-awal dah menarik perhatian Dak Zafran iaitu tak lain tak bukan Muzium Samudera. Sebab apa? Sebab Muzium Samudera kan adalah replika kapalFlor de La Mar yang tersergam di Bandar Di Hilir Melaka. Dak Zafran memang tak sabar-sabarlah nak masuk replica kapal tu.



Dalam muzium Samudera, dapat tengoklah pameran dan informasi sejarah Melaka seperti Zaman kegemilangan perdagangan di Melaka, peralatan perang dan etc. Tapi of course Dak Zafran tak pandai lagilah nak baca semua tu. Pandai tengok pameran-pameran artifak dan replica seperti kapal, alatan perang dan sebagainya. 



Gitu ajelah cara nak kenalkan Zafran dengan sejarah Melaka buat masa sekarang. Tapi tengok semua itupun Zafran dah excited. Ada benda yang dia minta kan iaitu transportation.




Lepas dah melawat Muzium Samudera, pergi ke Muzium Samudera Fasa 2 pula. Lokasinya hanya bersebelahan Muzium Samudera. Harga tiket yang bayar di Muzium Samudera, harga RM5 sorang tu, dah include dengan Muzium Maritim. Satu lagi Muzium juga ada include juga iaitu Muzium TLDM. Maknany satu tiket boleh masuk tiga muzium.

 Muzium Samudera Fasa 2

Di Muzium Samudera Fasa 2 pula boleh lihat pameran tentang alam lautan. Dengar macam bosan kan. Of courselah macam bosan. Nama pun pameran yang informative. Tapi untuk Dak Zafran tidak tau. Sebab dia boleh lihat macam-macam pameran macam gambar, replica yang berkaitan dengan transportation seperti kapal.






Muzium terakhir yang ialah Muzium TLDM. Terletak di seberang jalan berhadapan Muzium Samudera. Dah nama TLDM, apa-apa berkaitan dengan TLDM, boleh didapati di situ. 



Kat sini ada transportation selain kapal yang Dak Zafran dapat lihat iaitu helikoter. Haaa ada helicopter tau dalam Muzium TLDM. Mana tak seronok kaw kaw Zafran nya. Di belakang Muzium ini, ada kapal perang TLDM yang masuk ke dalamnya.








Bagi certain orang, Muzium adalah tempat untuk orang yang membosankan atau ayat lain untuk budak-budak nerd jea. Tapi sangat salah mindset macamtu. Sebab di Muziumlah tempat nak kenali sejarah. Budak-budak besar Zafran yang tak belum pandai baca pun boleh seronok masuk Muzium. Kenapa kita tidak kan. So jadilah kunjungan Muzium sebagai salah satu aktiviti percutian.

4 comments:

  1. bestnya..lama xg melaka..:)

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnya.. tak singgah pun sini masa gi melaka aritu.. asyik layan bebudak berendam je..

    ReplyDelete
  3. dulu rasanya x bleh snap gambar dlm muzium...sekarang dah boleh ya...

    ReplyDelete