Pergi Muzium Samudera Melaka, Muzium Samudera Fasa 2 & Muzium TLDM Untuk Kenalkan Zafran Dengan Sejarah Melaka
Muzium-muzium
di Melaka ni dah banyak kali dah saya pergi. Zaman budak-budak ada. Zaman
dating dengan Kimchi pun ada. Jauh tau dating sampai Melaka. Tapi tak adalah takat
dating jea. Sekali dengan nak celebrate saya punya birthday. Celebrate kat muzium yea.
Zaman lovey dovey semut semut sebab baru declare as couple agitulah. Kah kah
kah.
Ni dah ada
anak, bawak anak-anak pulak melawat muzium-muzium di Melaka. Tak dapat pi semua
sebab kekangan masa. Pergi muzium yang awal-awal dah menarik perhatian Dak
Zafran iaitu tak lain tak bukan Muzium Samudera. Sebab apa? Sebab Muzium
Samudera kan adalah replika kapalFlor de La Mar yang tersergam
di Bandar Di Hilir Melaka. Dak Zafran memang tak sabar-sabarlah nak masuk
replica kapal tu.
Dalam
muzium Samudera, dapat tengoklah pameran dan informasi sejarah Melaka seperti
Zaman kegemilangan perdagangan di Melaka, peralatan perang dan etc. Tapi of
course Dak Zafran tak pandai lagilah nak baca semua tu. Pandai tengok
pameran-pameran artifak dan replica seperti kapal, alatan perang dan
sebagainya.
Gitu ajelah
cara nak kenalkan Zafran dengan sejarah Melaka buat masa sekarang. Tapi tengok
semua itupun Zafran dah excited. Ada benda yang dia minta kan iaitu
transportation.
Lepas dah
melawat Muzium Samudera, pergi ke Muzium Samudera Fasa 2 pula. Lokasinya hanya
bersebelahan Muzium Samudera. Harga tiket yang bayar di Muzium Samudera, harga RM5 sorang tu, dah
include dengan Muzium Maritim. Satu lagi Muzium juga ada include juga iaitu
Muzium TLDM. Maknany satu tiket boleh masuk tiga muzium.
Muzium Samudera Fasa 2
Di Muzium
Samudera Fasa 2 pula boleh lihat pameran tentang alam lautan. Dengar macam
bosan kan. Of courselah macam bosan. Nama pun pameran yang informative. Tapi
untuk Dak Zafran tidak tau. Sebab dia boleh lihat macam-macam pameran macam
gambar, replica yang berkaitan dengan transportation seperti kapal.
Muzium
terakhir yang ialah Muzium TLDM. Terletak di seberang jalan berhadapan Muzium
Samudera. Dah nama TLDM, apa-apa berkaitan dengan TLDM, boleh didapati di situ.
Kat sini ada transportation selain kapal yang Dak Zafran dapat lihat iaitu helikoter. Haaa ada helicopter tau dalam Muzium TLDM. Mana tak seronok kaw kaw Zafran nya. Di belakang Muzium ini, ada kapal perang TLDM yang masuk ke dalamnya.
Kat sini ada transportation selain kapal yang Dak Zafran dapat lihat iaitu helikoter. Haaa ada helicopter tau dalam Muzium TLDM. Mana tak seronok kaw kaw Zafran nya. Di belakang Muzium ini, ada kapal perang TLDM yang masuk ke dalamnya.
Bagi
certain orang, Muzium adalah tempat untuk orang yang membosankan atau ayat lain
untuk budak-budak nerd jea. Tapi sangat salah mindset macamtu. Sebab di
Muziumlah tempat nak kenali sejarah. Budak-budak besar Zafran yang tak belum pandai
baca pun boleh seronok masuk Muzium. Kenapa kita tidak kan. So jadilah
kunjungan Muzium sebagai salah satu aktiviti percutian.
bestnya..lama xg melaka..:)
ReplyDeleteMelaka banyak bahan sejarahnya.
ReplyDeleteWah.. bestnya.. tak singgah pun sini masa gi melaka aritu.. asyik layan bebudak berendam je..
ReplyDeletedulu rasanya x bleh snap gambar dlm muzium...sekarang dah boleh ya...
ReplyDelete