Tiba-tiba nurse letak baby atas dada.
Eh selamat dah bersalin.Tapi macam tak hilang lagi rasa sakit dari badan.
Berbeza sungguh berbanding bersalin ada pertama dahulu.
Newborn Checklist diberikan oleh PPUM
Cari-cari
Kimchi di bilik, dia tak ada. Hmm tak apalah. Tak maulah rasa ralat ke terkilan
kea pa. Yang penting baby selamat. Saya pun selamat.
Selang
beberapa minit, husband pun dah berada di dalam bilik. Masa baby diletakkan di
atas dada untuk ada perhubungan kulit ke kulit untuk sejam. Masa itu jugaklah
nak jahit luka bersalin. Doktor suruh sedut gas kalau rasa sakit. Memang sakit
ya ampun pun. Even dah suntik bius, still rasa sakit. Rasanya kulit
dicucuk-cucuk jarum.
Berbezalah kalau jahitan di private hospital. Sakit sampai
terangkat-angkat pungung, nak pass lah baby pada ayahnya. Ayahnya pun boleh azan
lagi. Ngan saya pun nak sedut gas. Tapi nurse tak bagi pulak. Tak nak ganggu
skin to skin contact dengan baby. Duk bertahanlah untuk beberapa puluhan minit.
Dahlah lama
pulak tu menjahitnya. Second degree tear kan. Settle jahitan. Tunggu lagi di
dalam bilik bersalin hingga pukul 11pm kau. Lepastu baru ada nurse datang
bersihkan saya dan keluar dari wad bersalin. Sebelum tu, saya just menyusu Dak
Zafirah sahajalah. Nak buat apa lagi. Sampai terberak-beraklah sebab macam
sangat minum susu. Saya pula sampai dua kali kencing.
Camnilah
rasanya bersalin di hospital gomen plus taka da ubat tahan sakit. Masa
berpantang ambil masa seminggu dah hilang rasa sakit seluk-seluk tu. Dengan
sakit tekak nye kesan daripada jerit-jerit panggil doctor. Pahtu elok pulak
time sakit tak hilang lagi, kena batuk teruk. Imagine sakit di bawah at the
same time batuk-batuk teruk.
Sejujurnya,
pengalaman bersalinkan yang kedua lagi sakit compare berdua. Pelik kan. Patut
yang first lagi sakit sebab first time. Actually tak pelik pun. Sebabnya
1. yang first bersalin di private yang
kedua di semi gomen.
2. Kedua pulak, zafran dulu saya ambil
sampai dua kali suntikan ubat tahan sakit dan sedut gas. Zafirah pulak terlupa
nak request. So langsung tak guna ubat tahan sakit.
3. Yang first,bius yang diberi sebelum
nak jahit luka episiotome sangat tinggi dosnya. Langsung tak rasa sakit time
jahit. Kalau yang kedua, time diberi bius pun sakit. Lepas bius dan jahit, Ya
Allah mengigil-gigil tahan sakit. Lama pulak tu ambil masa nak siap jahit.
Berbeza lah kan bersalin di private dan gomen.
Make sense lahkan sebab duit kena keluar banyak kalau nak bersalin di private.
Tapi pros nya yang kedua, baby langsung tak meragam dari mula lahir hingga time berpantang. Senang nak jaga. Zafran dulu kuat menangis. Tak tahulah sebab effect ubat tahan sakit, vacuum(haa Zafran dulu guna vacuum) ke apa. Tapi memang sangat mencabar nak jaga Zafran dulu. Zafirah pulak menangis time nak susu jea. So, dapat berehat sebab tak perlu nak gerak sangat untuk jaga Zafirah.
Pemberian untuk newborn oleh PPUM
Tapi pros nya yang kedua, baby langsung tak meragam dari mula lahir hingga time berpantang. Senang nak jaga. Zafran dulu kuat menangis. Tak tahulah sebab effect ubat tahan sakit, vacuum(haa Zafran dulu guna vacuum) ke apa. Tapi memang sangat mencabar nak jaga Zafran dulu. Zafirah pulak menangis time nak susu jea. So, dapat berehat sebab tak perlu nak gerak sangat untuk jaga Zafirah.
Kiri adik. Kanan abang..Lebih kurang tak rupa kami berdua
Tak kisahlah saya kena berhadapan apa jua
pengalaman bersalin. Yang penting anak-anak dan juga saya selamat dan sihat.
Anak-anak pun bebas dari bacaan kuning yang tinggi. Alhamdulillah.
Back reading to Part 1 Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 1
Back reading to Part 1 Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 1
Alhamudulillah.. tahniah sis. Zafirah sihat hendakNya.
ReplyDeleteAlhamdulillah....SA sampai sekarang Dania dh 14 tahun dh pun..tetap ingat dan rasa sakitnya bersalin...nasib baik normal
ReplyDeleteTahniah krna dpt baby girl...
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah ya.
ReplyDeleteMmg berbeza2 pengalaman bersalin kan, lepas tu tengok juga siapa yg handle kita time tu, kalau dpt staff yg tak brapa nak pro, mmg nangislah kita ..
ReplyDeleteRamai yg bgtau, bersalin di private hospital lagi best, lagi terjaga.. Lagipun bayaran mahal, so haruslah service bagus ...
kalau kat govt hospital, so far 3 kali bersalin, saya ok saja, kebetulan dpt staff yg baik dan prihatin, sentiasa jaga ibu2 yg dalam labour room , husband pun duduk sekali tunggu baby nak keluar time tu ...
apapun, pengalaman bersalin mmg tak boleh lupa kan .. once baby dah keluar, hilang segala sakit ..
alololo.. comel nya !!!!!!!! hee~ semoga jadi anak solehah dan menyenangkan hati mama papa ya..
ReplyDeletemungkin bayaran lbh kt private hosp. jd cara jagaan mereka lbh teliti...
ReplyDeletetetiba sy teringat cerita wanita yg melahirkan anak 44 org tu...aduhhh mcm manalah dia berhadapan dgn situasi bersalin byk tu...
Alhamdulillah semuanya okay.. Pengalaman tu..
ReplyDeleteHi sis. Maaf nak tanya. Maksudnya ubat tahan sakit tu. Kita kena request la ye?
ReplyDelete