Walaupun
dah hampir setahun bersalinkan Zafirah, masih lagi segar dalam ingatan
detik-detik kelahiran Dak Zafirah. Memang tak akan lupa. Lagi-lagi langsung tak
ada guna ubat sakit. Petandine pun tak guna. Epidural lagilah. Bersalin di
hospital semi government kan. Rasa sangat kuat iolss.. Saya pun tak percaya
dengan diri sendiri boleh tahan dengan sakit contraction tu tanpa mengunakan
apa-apa ubat tahan sakit.
Tanda-tanda
bersalin Zafirah sama macam abangnya iaitu turun darah. Still belum ada
rezeki pecah air ketuban. Orangkan kata kalau pecah air ketuban, sakit
bersalinnya tak lama dan mudah berbanding turun darah. Tu sebab saya cakap
belum ada rezeki nak merasai proses bersalin yang mudah. Tapi lain orang lain
pengalaman. Ada jea pecah air ketuban tapi ambil masa yang lama untuk bersalin.
Jadi pagi
itu, turun darah. Actually hari yang sama juga suppose ada antenatal
check up di PPUM. Right timing la kan. Kimchi pun ada sekalilah sebab dia nak
hantarkan saya pi PPUM. Selalunya setiap kali check up di PPUM, dia temankan. Untuk hari tu dia boleh hantar jea sebab ada training. Tapi ni dah turun tanda, dia
cancellah pi training untuk temankan saya.
Dah di
PPUM, terus jumpa doctor, Check bukaan dah 4cm. Boleh tahan cepat jugak
membukanya. Turun tanda terus 4 cm. Dak Zafran dulu. Haii..Siap kena induce tu.
bacalah sendiri di entri dengan klik SINI. Doktor seluk lagi untuk luaskan lagi bukaan. Tak tahu
ke tak betul ke pengunaan ayat ni. Yang saya tahu bapak sakit seluk-seluk nak
besarkan lagi bukaan.
Suasana sedang menunggu giliran di PPUM. Tapi ini bukan time bersalin..Ini time datang check up sebelum tu.
Jadi ingat
proses bersalin Dak Zafirah cepat dan mudah. Tapi ku sangka panas hingga ke
petang tapi hujang di tengahhari. Kenapa saya guna perumpamaan ni. Ingat senang
Rupa-rupanya tough jugak. Tunggu di wad menunggu hingga tengahhari baru buka
hingga 5cm. Progress contraction makin drop pulak. Baby pula macam selesa jea
dalam perut. Sebab ecg normal. Contraction reading saya pun tak kerap.
Tunggu lagi
sampai pukul 5pm. Sakit contraction dah ada. Tapi macam period pain sakitnya.
Saya bolehlah tahan sakit. Bila saya duk rileks jea di katil, nurse pun buat
dunno lah kat saya. Sebab macam tak ada komplikasi yang serius ke apa.
Bilik berpantang di rumah mak dah ready
Dalam pukul
5pm, mak abah pun datang melawat. Jumpa saya terus pelik saya boleh duduk
rileks di katil. Mak Tanya tak sakit ke. Saya jawablah of course lah sakit.
Tapi boleh tahan. Mak suruh check lagi kot dah besar bukaan. Panggil nurse
terus dia buat second seluk. Yang ni lagi sakit compare yang doctor buat tadi.
Barangan bayi sudah siap disusun dan disimpan dalam kabinet. Actually gambar sebelum bersalin di PPUM gambar first tu sahaja. Tak sempat nak ambil gambar. Duk menahan sakit je
Lepas seluk-seluk dia tanya ada rasa nak terberanak. Saya just jawab tak ada.
Rasa nak terberanak macam nak terkeluar something lah kan. Tak ada pulak rasa
macamtu. Tapi of course time seluk-seluk
sampai terangkat-angkat badan tahan sakit..
Continue reading to part 2: Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 2
Continue reading to part 2: Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 2
Alahai dapat bayangkan macam mana sakit kena seluk..SA kena induce dulu..3 kali masuk ubat baru Dania keluar...sakitnya allah aje yg tau
ReplyDeletekenapa pilih PPUM kali ni?
ReplyDeletesebelum ni private..pilih ppum instead of private 1st of course sebab cost lebih murah. 2nd ada dengat ppum macam lagi better compare to full government punya hospital
DeleteOwh.. mencabar juga tu.. Sha paling ngeri bila dia seluk.. Sakit..
ReplyDelete