30 April 2019

Dua Pasangan Sepupu Kimchi Diiringi Konvoi Motor Berkuasa Tinggi Ke Majlis Resepsi Perkahwinan

Dua tahun lepas, memeriahkan wedding anak sulong Maklang di kediamannya iaitu di Serendah. Tahun ini, Maklang Paklang organize wedding reception untuk dua orang anak lelakinya serentak. Alhamdulillah, makin berkembang ahli keluarga Maklang Kimchi.



Kedatangan kedua-dua pasangan pengantin  diiringi dengan konvoi motor-motor berkuasa tinggi. Anak-anak lelaki Maklang(I think mostly) termasuklah paklang sendiri memang penunggang motor berkuasa tinggi ni. Tu sebab kahwin pun ada diselitkan dengan motor berkuasa tinggi.





Boleh dengarlah bunyi kuat deruman enjin motor apabila sampai-sampai sahaja pengantin dan konvoi ke tempat majlis.

 Sebahagian daripada keluarga belah mak Kimchi

Taknak karang panjang lebar entri ni. Sebelum akhiri entri ini, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Angah dan pasangan, dan Cik Yang dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


26 April 2019

Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 3

Dengar doctor sebelah duk guide MO tak silap. Dia cakap she very good. Puji saya kot. MO tu lelaki. She tu merangkap sayalah kot. Good tang apa pun tak tau. Yang saya tau cepat-cepatlah keluar dari perut. Doktor suruh push saya push. Doktor suruh jangan menjerit terus saya tutup mulut. 



Tiba-tiba nurse letak baby atas dada. Eh selamat dah bersalin.Tapi macam tak hilang lagi rasa sakit dari badan. Berbeza sungguh berbanding bersalin ada pertama dahulu. 

Newborn Checklist diberikan oleh PPUM

Cari-cari Kimchi di bilik, dia tak ada. Hmm tak apalah. Tak maulah rasa ralat ke terkilan kea pa. Yang penting baby selamat. Saya pun selamat.

Selang beberapa minit, husband pun dah berada di dalam bilik. Masa baby diletakkan di atas dada untuk ada perhubungan kulit ke kulit untuk sejam. Masa itu jugaklah nak jahit luka bersalin. Doktor suruh sedut gas kalau rasa sakit. Memang sakit ya ampun pun. Even dah suntik bius, still rasa sakit. Rasanya kulit dicucuk-cucuk jarum.

 

Berbezalah kalau jahitan di private hospital. Sakit sampai terangkat-angkat pungung, nak pass lah baby pada ayahnya. Ayahnya pun boleh azan lagi. Ngan saya pun nak sedut gas. Tapi nurse tak bagi pulak. Tak nak ganggu skin to skin contact dengan baby. Duk bertahanlah untuk beberapa puluhan minit.



Dahlah lama pulak tu menjahitnya. Second degree tear kan. Settle jahitan. Tunggu lagi di dalam bilik bersalin hingga pukul 11pm kau. Lepastu baru ada nurse datang bersihkan saya dan keluar dari wad bersalin. Sebelum tu, saya just menyusu Dak Zafirah sahajalah. Nak buat apa lagi. Sampai terberak-beraklah sebab macam sangat minum susu. Saya pula sampai dua kali kencing. 



Camnilah rasanya bersalin di hospital gomen plus taka da ubat tahan sakit. Masa berpantang ambil masa seminggu dah hilang rasa sakit seluk-seluk tu. Dengan sakit tekak nye kesan daripada jerit-jerit panggil doctor. Pahtu elok pulak time sakit tak hilang lagi, kena batuk teruk. Imagine sakit di bawah at the same time batuk-batuk teruk.






Sejujurnya, pengalaman bersalinkan yang kedua lagi sakit compare berdua. Pelik kan. Patut yang first lagi sakit sebab first time. Actually tak pelik pun. Sebabnya

1.       yang first bersalin di private yang kedua di semi gomen.
2.       Kedua pulak, zafran dulu saya ambil sampai dua kali suntikan ubat tahan sakit dan sedut gas. Zafirah pulak terlupa nak request. So langsung tak guna ubat tahan sakit.
3.       Yang first,bius yang diberi sebelum nak jahit luka episiotome sangat tinggi dosnya. Langsung tak rasa sakit time jahit. Kalau yang kedua, time diberi bius pun sakit. Lepas bius dan jahit, Ya Allah mengigil-gigil tahan sakit. Lama pulak tu ambil masa nak siap jahit.

Berbeza lah kan bersalin di private dan gomen. Make sense lahkan sebab duit kena keluar banyak kalau nak bersalin di private.


Pemberian untuk newborn oleh PPUM


Tapi pros nya yang kedua, baby langsung tak meragam dari mula lahir hingga time berpantang. Senang nak jaga. Zafran dulu kuat menangis. Tak tahulah sebab effect ubat tahan sakit, vacuum(haa Zafran dulu guna vacuum) ke apa. Tapi memang sangat mencabar nak jaga Zafran dulu. Zafirah pulak menangis time nak susu jea. So, dapat berehat sebab tak perlu nak gerak sangat untuk jaga Zafirah.

 Kiri adik. Kanan abang..Lebih kurang tak rupa kami berdua

Tak kisahlah saya kena berhadapan apa jua pengalaman bersalin. Yang penting anak-anak dan juga saya selamat dan sihat. Anak-anak pun bebas dari bacaan kuning yang tinggi. Alhamdulillah.

Back reading to Part 1  Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 1

Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 2

Nurse tu cakap bukaan baru 5 ke 6 cm (lupa pulak exact figure. Setahun dah kan). Sangat slow weyhh.. Lepas seluk-seluk by misi tu, barulah datang sakit contraction yang sampai berada di apa-apa posisi pun sakit. Duduk tak boleh. Baring pung sakit. Dalam setengah jam, terus tekan loceng panggil nurse.



Dua nurse datang. Nurse lain. Bukan yang seluk-seluk tadi. Dia check baru 7cm. Dia macam taknak tahan saya di wad bersalin sebab baru 7cm. Tapi saya cakap lama dah saya menunggu untuk masuk wad bersalin. Lagipun dah tak tahan sangat nie. Masa ni baru teringat nak request ubat tahan sakit Mintak pentadine dengan nurse. Nurse cakap dah tak boleh sebab dah besar bukaan saya. Lambat sangat pulak. So, hadap jealah tanpa ubat sakit sampai terberanak.




Nurse Tanya ada rasa macam nak terberak ke. Saya jawab jea yea. Padahal tak pun. Kalau jawab tak, nanti tak dapat masuk wad bersalin lagi.

Dalam pukul 7pm barulah masuk wad bersalin. MO pasang segala mak nenek wayar di perut. Bila MO check di monitor, tak nampak macam saya akan bersalin dalam masa terdekat. Maka mereka semua tinggalkan saya keseorangan di dalam bilik bersalin. Dengan Kimchi pun tak dibenarkan masuk. Sebab ingat saya ambil few hours lagi untuk bersalin. 7cm tu bagi depa, lambat lagi nak boleh terberanak. Kalai rujuk graf % of contraction Vs time saya.



Tapi tapi…tak boleh pakai teori tu. Tak sampai 15 minit lepas tu, terus terasa something mengeleungsur dari perut ke celah kangkang. Yea mengelungsur macam kat slide tuh. Punyalah saya cuak plus rasa sakit lagi (actually rasa cuak datang dulu..kuikuikui), terus saya menjerit sekuat hati panggil DOKTOR DOKTOR. Tak ada masa dah nak cari loceng bagai. Buang masa. Lagipun tekan loceng tak cukup berkesan nak panggil nurse nurse nih. Jerit terus senang



Agak berkesan jugak jeritan saya. Lepas 2 kali jerit DOKTOR, dengan kat luar bilik mereka cari-cari dari bilik mana datangnya jeritan saya tu. Ada jawab bilik 10(bilik saya la tu. Nasib baik betul). Sampai-sampai satu group geng-geng perubatan, terus terasa pancutan keluar. Air ketuban baru nak pecah. At lasttt…

Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 1

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi anak nombor dua nak menginjak masuk ke umur satu tahun. Betul-betul sekejap sahaja masa berlalu. Ding dong ding dong. Sedar sedar Dak Zafirah dah boleh buat semuanya. Dengan berjalan sekali. Gigi pun dah tumbuh tiga batang.

Walaupun dah hampir setahun bersalinkan Zafirah, masih lagi segar dalam ingatan detik-detik kelahiran Dak Zafirah. Memang tak akan lupa. Lagi-lagi langsung tak ada guna ubat sakit. Petandine pun tak guna. Epidural lagilah. Bersalin di hospital semi government kan. Rasa sangat kuat iolss.. Saya pun tak percaya dengan diri sendiri boleh tahan dengan sakit contraction tu tanpa mengunakan apa-apa ubat tahan sakit.


Tanda-tanda bersalin Zafirah sama macam abangnya iaitu turun darah. Still belum ada rezeki pecah air ketuban. Orangkan kata kalau pecah air ketuban, sakit bersalinnya tak lama dan mudah berbanding turun darah. Tu sebab saya cakap belum ada rezeki nak merasai proses bersalin yang mudah. Tapi lain orang lain pengalaman. Ada jea pecah air ketuban tapi ambil masa yang lama untuk bersalin.

Jadi pagi itu, turun darah. Actually hari yang sama juga suppose ada antenatal check up di PPUM. Right timing la kan. Kimchi pun ada sekalilah sebab dia nak hantarkan saya pi PPUM. Selalunya setiap kali check up di PPUM, dia temankan. Untuk hari tu dia boleh hantar jea sebab ada training. Tapi ni dah turun tanda, dia cancellah pi training untuk temankan saya.


Dah di PPUM, terus jumpa doctor, Check bukaan dah 4cm. Boleh tahan cepat jugak membukanya. Turun tanda terus 4 cm. Dak Zafran dulu. Haii..Siap kena induce tu. bacalah sendiri di entri dengan klik SINI. Doktor seluk lagi untuk luaskan lagi bukaan. Tak tahu ke tak betul ke pengunaan ayat ni. Yang saya tahu bapak sakit seluk-seluk nak besarkan lagi bukaan.

 Suasana sedang menunggu giliran di PPUM. Tapi ini bukan time bersalin..Ini time datang check up sebelum tu.

Jadi ingat proses bersalin Dak Zafirah cepat dan mudah. Tapi ku sangka panas hingga ke petang tapi hujang di tengahhari. Kenapa saya guna perumpamaan ni. Ingat senang Rupa-rupanya tough jugak. Tunggu di wad menunggu hingga tengahhari baru buka hingga 5cm. Progress contraction makin drop pulak. Baby pula macam selesa jea dalam perut. Sebab ecg normal. Contraction reading saya pun tak kerap.

Tunggu lagi sampai pukul 5pm. Sakit contraction dah ada. Tapi macam period pain sakitnya. Saya bolehlah tahan sakit. Bila saya duk rileks jea di katil, nurse pun buat dunno lah kat saya. Sebab macam tak ada komplikasi yang serius ke apa.

Bilik berpantang di rumah mak dah ready

Dalam pukul 5pm, mak abah pun datang melawat. Jumpa saya terus pelik saya boleh duduk rileks di katil. Mak Tanya tak sakit ke. Saya jawablah of course lah sakit. Tapi boleh tahan. Mak suruh check lagi kot dah besar bukaan. Panggil nurse terus dia buat second seluk. Yang ni lagi sakit compare yang doctor buat tadi. 

 Barangan bayi sudah siap disusun dan disimpan dalam kabinet. Actually gambar sebelum bersalin di PPUM gambar first tu sahaja. Tak sempat nak ambil gambar. Duk menahan sakit je

Lepas seluk-seluk dia tanya ada rasa nak terberanak. Saya just jawab tak ada. Rasa nak terberanak macam nak terkeluar something lah kan. Tak ada pulak rasa macamtu.  Tapi of course time seluk-seluk sampai terangkat-angkat badan tahan sakit..

Continue reading to part 2:  Kelahiran Alyaa Zafirah Tanpa Ubat Tahan Sakit Di PPUM Part 2

17 April 2019

Cosmoderm Tea Tree Oil Serum Giveaway Di IG



Sape sape nak memenangi sekotak Cosmoderm Tea Tree Oil Serum , jom sertai giveaway di IG saya.

Syarat Giveaway senang sahaja iaitu

1. Follow Ig radhia87 cosmoderm
2. Like dan Komen di post IG (link: https://bit.ly/2Gn34Bo) SAYA NAK #ttoilserum serta tag 3 orang kawan
Pemenang akan dipilih secara rawak

Tea Tree Oil Serum sangat bagus kerana
- Membantu mengurangkan jerawat, bitnik hitam dan bintik putih
- Membantu membersihkan pori tersumbat
- Membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan
- Membantu mengembalikan lembapan semulajadi kulit wajah

Cara mengunakan TTO tersangatlah mudah iaitu:
Selepas membersihkan dan menyegarkan wajah, sapu serum pada keseluruhan wajah dan urut lembut sehingga meresap ke bahagian kulit wajah. Untuk digunakan pada waktu pagi dan malam.

BOLEH DIDAPATI DI: Watsons, Caring & Aeon Wellness.

Best of luck kepada yang join..

Tarikh tutup GA: 22/4/19

16 April 2019

Pergi Muzium Samudera Melaka, Muzium Samudera Fasa 2 & Muzium TLDM Untuk Kenalkan Zafran Dengan Sejarah Melaka

Muzium-muzium di Melaka ni dah banyak kali dah saya pergi. Zaman budak-budak ada. Zaman dating dengan Kimchi pun ada. Jauh tau dating sampai Melaka. Tapi tak adalah takat dating jea. Sekali dengan nak celebrate saya punya birthday. Celebrate kat muzium yea. Zaman lovey dovey semut semut sebab baru declare as couple agitulah. Kah kah kah.




Ni dah ada anak, bawak anak-anak pulak melawat muzium-muzium di Melaka. Tak dapat pi semua sebab kekangan masa. Pergi muzium yang awal-awal dah menarik perhatian Dak Zafran iaitu tak lain tak bukan Muzium Samudera. Sebab apa? Sebab Muzium Samudera kan adalah replika kapalFlor de La Mar yang tersergam di Bandar Di Hilir Melaka. Dak Zafran memang tak sabar-sabarlah nak masuk replica kapal tu.



Dalam muzium Samudera, dapat tengoklah pameran dan informasi sejarah Melaka seperti Zaman kegemilangan perdagangan di Melaka, peralatan perang dan etc. Tapi of course Dak Zafran tak pandai lagilah nak baca semua tu. Pandai tengok pameran-pameran artifak dan replica seperti kapal, alatan perang dan sebagainya. 



Gitu ajelah cara nak kenalkan Zafran dengan sejarah Melaka buat masa sekarang. Tapi tengok semua itupun Zafran dah excited. Ada benda yang dia minta kan iaitu transportation.




Lepas dah melawat Muzium Samudera, pergi ke Muzium Samudera Fasa 2 pula. Lokasinya hanya bersebelahan Muzium Samudera. Harga tiket yang bayar di Muzium Samudera, harga RM5 sorang tu, dah include dengan Muzium Maritim. Satu lagi Muzium juga ada include juga iaitu Muzium TLDM. Maknany satu tiket boleh masuk tiga muzium.

 Muzium Samudera Fasa 2

Di Muzium Samudera Fasa 2 pula boleh lihat pameran tentang alam lautan. Dengar macam bosan kan. Of courselah macam bosan. Nama pun pameran yang informative. Tapi untuk Dak Zafran tidak tau. Sebab dia boleh lihat macam-macam pameran macam gambar, replica yang berkaitan dengan transportation seperti kapal.






Muzium terakhir yang ialah Muzium TLDM. Terletak di seberang jalan berhadapan Muzium Samudera. Dah nama TLDM, apa-apa berkaitan dengan TLDM, boleh didapati di situ. 



Kat sini ada transportation selain kapal yang Dak Zafran dapat lihat iaitu helikoter. Haaa ada helicopter tau dalam Muzium TLDM. Mana tak seronok kaw kaw Zafran nya. Di belakang Muzium ini, ada kapal perang TLDM yang masuk ke dalamnya.








Bagi certain orang, Muzium adalah tempat untuk orang yang membosankan atau ayat lain untuk budak-budak nerd jea. Tapi sangat salah mindset macamtu. Sebab di Muziumlah tempat nak kenali sejarah. Budak-budak besar Zafran yang tak belum pandai baca pun boleh seronok masuk Muzium. Kenapa kita tidak kan. So jadilah kunjungan Muzium sebagai salah satu aktiviti percutian.

12 April 2019

Birthday Celebration Lunch At Kambing Bakar Kontena, Setia Alam for R&D Former Team Boss

Team baru saya suka berkumpul dan buat celebration jika ada birthday mana-mana team members.
Macam bulan April ni ada birthday salah seorang team member. Team member tersebut adalah bos team kami. Dah semestinyalah kan kena celebrate birthday bos.



Tempat yang dipilih untuk celebrate birthday bos adalah di Kambing Bakar Kontena, Setia Alam. Tempat makan ni dekat jea dari office. Memang tak boleh jauh sangat sebab pergi time lunch. Masa terhad sangat.

Kambing Bakar di tempat ni rasannya sedap dan tekturnya lembut. Tidak liat dan tiada bau kambing. Ini saya suka. Certain kambing bakar kan masih lagi ada bau dan rasa kambing yang hamir ke hanyir apa-apalah. Tapi sos black pepper agak pedas. Tapi sedap dan cukup rasa. So, bagi yang tak tahan pedas macam saya ni, saya tak akan tuangkan semua kuah pada nasi. Calit-calit sedikit sahaja.

 Kambing bakar

Lepas dah makan nasi, baru ada sesi yang dinanti-nanti kan iaitu potong kek. Tapi kek nya tak ada. So, order big ice bucket sebagai pengganti cake. Dah makan dessert, baru pulang office. Sambung buat kerja.

 Birthday boss tak sabau nak rasmikan birthday ice bucket. Ice bucket bila dah well blend, sedap kot rasanya. Bolehlah layan.

To my new boss, Happy birthday to you. Semoga apa yang bos hajati semuanya tercapai.

6 April 2019

Master Pasto │ 3-Minute Wonder Instant Pasta

Sejak tukar kerja baru, balik kerja dah tak macam sebelum ni. Lagi lewat. Kadang-kadang langit dah nak gelap baru sampai di hadapan gate rumah.

And then, kerja sekarang pula boleh tahan kena push to the limit. Balik balik badan dah pancit woo.
Tapi rutin masak untuk dinner tak boleh tinggal. Kena juga masak untuk keluarga tersayang. Dari situlah ikatan kasih sayang keluarga terjalin kerana keluarga makan dari air tangan masakan ibu/isteri sendiri.



Thanks to Master Pasto kerana membantu saya dapat meneruskan rutin memasak makan malam ketika badan penat atau sampai rumah lewat, atau kedua-duanya Sebabnya penyediaan Master Pasto sangat mudah untuk disediakan dan juga menjimatkan masa. Hanya mengambil masa untuk panaskan paling lama tiga minit sahaja.

Walaupun Master Pasto adalah instant pasta tapi mengunakan bahan-bahan yang selamat dan semula jadi. Ini kerana pasta tidak mengandungi perasa tiruan(tiada MSG) dan juga bahan pengawet.

Paling penting Master Pasto HALAL FOOD tau. Jangan bimbang yea wahai saudara-saudara islamku. Master Pasto adalah Made by Lioco Food Industries Sdn. Bhd yang berlokasi di Penang.



Penyediaan pasta dari Master Pasto ini ada dua cara, iaitu 

Pertama: Didihkan bungkusan Master Pasto di dalam air mendidih selama tiga minit. Lepas tu hidang dan ngap.




Kedua: Tuangkan siap-siap pasta dan sos ke dalam pinggan/bekas yang boleh dipanaskan ke dalam microwave. Panaskan selama 1 mint. Hidang dan ngap.

Panduan lengkap kedua-dua cara penyediaan pasta Master Pasto

Haa yea. Cara yang kedua paling mudah dan pantas sebab ambil masa seminit sahaja. Tapi kalau tak ada microwave, boleh guna cara pertama.

Jadi cepat-cepatlah dapatkan Master Pasto, supaya rutin memasak tidak terganggu walau sesibuk mana kehidupan kita. Nak tahu lebih mengenai Master Pasto, boleh layari di

Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco

 

 Anak-anak gembira kerana mama still boleh meneruskan rutin memasak walau penat dan sibuk, dengan bantuan Master Pasto