4 March 2019

Shopping At Genting Highland Premium Outlet & Had Coffee At Coffee Bean & Tea Leaf, GHPO │ As Stress Relief

Kebetulan ada satu masa tu saya dan Kimchi sama sama stress dengan kerja.. Kerja kami berdua sekarang dah tak sama macam dulu-dulu.Kerja hanya fikir di office.Dah balik rumah terus kepala boleh shut down dari hal perihalan kerja.

Tapi kerja sekarang tak tahulah apa jadi. Baik gomen mahupun swasta,  dua dua push kami kalau boleh beyond our limit.

Tapi saya dan kimchi sama sama berjanji yang akan cuba untuk tidak libatkan hal kerja dengan keluarga walau sakit hati macam mana pun dengan kerja.

Jadi lepas dah lima hari berperang di tempat kerja, time cuti haruslah fikir sesuatu aktiviti supaya dapat kembalikan aura positif ke dalam diri.

Since faktor cuaca panas di Malaysia pun ada memberi kesan terhadap stress. Jadi aktiviti kami ni melibatkan ke tempat sejuk. Tak ada nya nak pergi oversea. Dalam Malaysia pun ada tempat sejuk. Dekat pun dekat dari rumah kami iaitu Genting Highland.

Menikmati permandangan gunung di GHPO

Tak naik sampai puncak pun. Just pergi Genting Highland Premium Outlet. Kalau jumpa barang yang diminati dengan harga menarik, bolehlah beli. Sambil sambil shopping boleh lihat permandangan gunung dari situ dan merasai tiupan angin sejuk.

Hasil shopping kami di GHPO ialah kalau Kimchi Converse sneaker, CK one dan Jersi Angentina. Saya pula sneaker Adidas.

Tengah cari sneaker converse yang berkenan di hai

Hasil shopping Kimchi lagi banyak berbanding saya. Sebab dia lagi stress. Ahaks.

Ada take a break sekejap dengan minum coffee di Coffee Bean & tea Leaf. Sebelum start shopping dah makan. So di sini just minum coffee dan order bagel untuk Dak Zafran. Saya order Blended Mocha Green Tea. Kimchi pulak order Blended Hazelnut Coffee.






Dah minum baru sambung shopping balik. Ingat nak masuk outlet Coach. Tapi kena beratur panjang pulak. Kimchi ada offer kot nak jaga budak budak kalau saya nak beratur untuk masuk Coach Outlet. Saya yang taknak. Lagipun dah ada handbag coach. Stail saya kalau dah ada brand tu, untuk yang next akan beli brand yang saya tak pernah beli. Itu stail saya.

Boleh tahan kuat jugak tiupan angin. Dah tak on point dah shawl saya.


Lepas tak jadi nak masuk Coach, terus gerak nak balik rumah.

Suka jugak shopping di GHPO. Sebab banyak designer brand yang ada tawarkan harga yang menarik. Pada masa yang sama, dapat shopping dengan cuaca yang menyamankan. Feeling shopping di oversea gitu. hehe.

4 comments:

  1. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete
  2. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nk pergi tp x pegi2 jg hehehe

    ReplyDelete
  4. This is a brilliant blog! I'm very happy with the comments!.. Best Burr Coffee Grinders

    ReplyDelete