Naik Menara Taming Sari Untuk Melihat Keindahan Bandaraya Melaka

Setelah sekian lama nak naik Taming Sari setiap kali sampai Melaka dan so far tak pernah lagi kesampaian atas sebab tak lain tak bukan tak sempat. Akhirnya trip ke Melaka yang baru ini naik jugak. Part yang bestnya naik bersama dengan budak-budak bertuah iaitu Dak Zafran  dan Dak Zafirah. Famiy godiks pun ada join juga.



Actually hampir nak cancel pun nak naik Menara Taming Sari. Reason cancel sampai-sampai di tempat menara ni, Dak Zafran meragam nak mainan lori. Mak Pak malas nak belikan sebab toys Zafran dah berlambak ya ampun.Kat rumah dah ada berkotak-kotak mainan dia saja. Adik dia nanti bakal menyusul tambah lagi bilangan kotak mainan di rumah.

Sebab Zafran tak berhenti menangis, terus cancel nak jalan-jalan di menara dan di sekitar Bandar Di Hilir. Terus pergi Homestay Agrofarm. Bila Dak Zafran nak balik, dia cakap nak naik menara. Faham pulak budak tu.

Cakap dengan dia kalau nak naik menara, kena berhenti menangis. Terus Zafran berhenti menangis. Eh pandai pulak dengar kata. Hehe. So jadi balik naik menara.



Harga tiket naik menara RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak. Walaupun pergi Melaka time cuti hujung minggu tapi bukan time orang dapat gaji dan cuti sekolah yang panjang. So, tak kena beratur lama untuk naik menara. Lepas beli tiket tanpa tunggu masa yang lama, terus dapat masuk ke observation deck yang berkaca.



Sebelum viewing deck naik ke atas, kena duduk di seat dan memakai seat belt. Apabila naik ke atas dan juga turun, observation deck akan berputar 360°. Apabila sudah berada di puncak pun, observation deck berputar jugak untuk dapat melihat panaroma bandaraya Melaka secara keseluruhan.



Dak Zafran memang excited lah bila dapat naik menara berputar-putar macamni. Dengan dia dapat tengok Replika  Kapal Flor De La Mar lagi. Lupa dahlah toy yang dia duk mintak-mintak tadi.  Selain kapal, dapat jugak lihat permandangan kawasan bersejarah lain seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat dan banyak lagi.



Kalau nak tahu Menara Taming Sari merupakan menara berputar jenis Gyro pertama di Malaysia. Dalam 20 minit, naik turun berputar di dalam menara, barulah selesai naik menara Taming Sari.



Menara Alor Setar checked. Menara Taming Sari checked. Ni Menara Kuala Lumpur, yang duk belakang rumah mak abah. Entah bila nak naik ni. Yea walaupun stay Petaling Jaya, tak pernah lagi naik menara Kuala Lumpur. KLCC lagilah. Hopefully, akan naiklah menara Kuala Lumpur. Sekali pun jadilah. Hehe.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. dulu ingat lama laa naik atas tu.. rupanya sekejap je. hehe tapi cantik cuci mata pusing2 atas tu =)

    ReplyDelete
  2. Dapat melihat pemandangan indah kotaraya Melaka

    ReplyDelete
  3. Sha dah lergi banyak kali, tapi tk berkesempatan lagi nak naik menara nie.. asyik penuh je..

    ReplyDelete
  4. mak aiii dah naik harga RM17??


    1 lg kalu dah smpi melaka kena naik the shore (tower) sbb ni lg tggi ;-)

    ReplyDelete
  5. Taming Sari memang best, boleh tengok pemandangan bandar Melaka

    ReplyDelete