30 March 2019

Naik Menara Taming Sari Untuk Melihat Keindahan Bandaraya Melaka

Setelah sekian lama nak naik Taming Sari setiap kali sampai Melaka dan so far tak pernah lagi kesampaian atas sebab tak lain tak bukan tak sempat. Akhirnya trip ke Melaka yang baru ini naik jugak. Part yang bestnya naik bersama dengan budak-budak bertuah iaitu Dak Zafran  dan Dak Zafirah. Famiy godiks pun ada join juga.


Actually hampir nak cancel pun nak naik Menara Taming Sari. Reason cancel sampai-sampai di tempat menara ni, Dak Zafran meragam nak mainan lori. Mak Pak malas nak belikan sebab toys Zafran dah berlambak ya ampun.Kat rumah dah ada berkotak-kotak mainan dia saja. Adik dia nanti bakal menyusul tambah lagi bilangan kotak mainan di rumah.

Sebab Zafran tak berhenti menangis, terus cancel nak jalan-jalan di menara dan di sekitar Bandar Di Hilir. Terus pergi Homestay Agrofarm. Bila Dak Zafran nak balik, dia cakap nak naik menara. Faham pulak budak tu.

Cakap dengan dia kalau nak naik menara, kena berhenti menangis. Terus Zafran berhenti menangis. Eh pandai pulak dengar kata. Hehe. So jadi balik naik menara.



Harga tiket naik menara RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak. Walaupun pergi Melaka time cuti hujung minggu tapi bukan time orang dapat gaji dan cuti sekolah yang panjang. So, tak kena beratur lama untuk naik menara. Lepas beli tiket tanpa tunggu masa yang lama, terus dapat masuk ke observation deck yang berkaca.



Sebelum viewing deck naik ke atas, kena duduk di seat dan memakai seat belt. Apabila naik ke atas dan juga turun, observation deck akan berputar 360°. Apabila sudah berada di puncak pun, observation deck berputar jugak untuk dapat melihat panaroma bandaraya Melaka secara keseluruhan.



Dak Zafran memang excited lah bila dapat naik menara berputar-putar macamni. Dengan dia dapat tengok Replika  Kapal Flor De La Mar lagi. Lupa dahlah toy yang dia duk mintak-mintak tadi.  Selain kapal, dapat jugak lihat permandangan kawasan bersejarah lain seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat dan banyak lagi.



Kalau nak tahu Menara Taming Sari merupakan menara berputar jenis Gyro pertama di Malaysia. Dalam 20 minit, naik turun berputar di dalam menara, barulah selesai naik menara Taming Sari.



Menara Alor Setar checked. Menara Taming Sari checked. Ni Menara Kuala Lumpur, yang duk belakang rumah mak abah. Entah bila nak naik ni. Yea walaupun stay Petaling Jaya, tak pernah lagi naik menara Kuala Lumpur. KLCC lagilah. Hopefully, akan naiklah menara Kuala Lumpur. Sekali pun jadilah. Hehe.

16 March 2019

Penyusuan Lebih Selesa & Mudah Dengan Bantuan Lafee Nursing Bra

Kita semua tahu susu ibu sememangnya sangat baik untuk anak. Ini kerana susu ibu mempunyai lebih banyak khasiat dan kebaikkan berbanding susu formula. Dan lagi baik, susu ibu diberikan secara penyusuan terus kerana lagi kurangnya terdedah dengan kontaminasi.


Tetapi kalau ketika travel, saya agak ada kesulitan untuk menyusukan anak jika memakai bra biasa. Nasib baik Shapee ada mengeluarkan Lafee Nursing Bra yang memudahkan saya untuk menyusukan anak.

Wohooo..Lafee Nursing Bra untuk saya sudah sampai

Lafee Nursing Bra mampu memberi keselesan dan memudahkan yang maksima kepada saya ketika menyusukan anak kerana mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi seperti di bawah:


  • Lafee Nursing Bra mempunyai cangkuk yang inovatif bagi memudahkan ibu untuk memakai Bra ini
  • Span bra cup yang mudah dikeluarkan yang dapat memberikan keselesaan sepenuhnya
  • Tali bra yang mudah adjust agar ibu tidak mengalami masalah ‘tali bra jatuh’ dari bahu.
  • Bra cup yang boleh mengikut bentuk payudara ibu supaya bra berada dalam keadaan terletak.
  • Ada empat cangkuk agar bra dapat dipakai mengikut saiz badan dan menjadikan dalam keadaan kemas dan terletak.
  • Tidak panas apabila memakai Lafee Nursing Bra sebab Diperbuat dari material cotton
Sebab semua spesifkasi inilah, saya rasa sangat selesa dan dapat memudahkan saya ketika ingin menyusukan anak saya.



Lafee Nursing ada tiga pilihan warna iaitu beige, grey dan pink. Harganya tersangatlah affordable iaitu hanya RM69. Harga ini termasuk 1 helai panties tau. Yea dengan RM69.00 boleh dapat 1 set Lafee Nursing Bra.

Kalau nak tahu, ada diskaun RM10 untuk setiap pembelian produk  Lafee Nursing Bra. Guna code LNBRH untuk menikmati diskaun ini.

Cepat-cepatlah dapatkan Lafee Nursing Bra  untuk untuk menikmati diskaun sebelum terlambat dan paling penting memberi keselesaan kepada diri ibu menyusu.

Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Lafee Nursing Bra, boleh hubungi di
Url: https://www.theshapee.com/shop/lafee-nursing-bra/

Saya dan anak sama-sama happy sebab tidak perlu berhadapan dengan kesukaran penyusuan semasa travel

15 March 2019

Appreciation Lunch For Auntie Didie At Secret Recipe

Auntie Didie tolong jaga Dak Zafran dan Dak Zafirah dengan penuh kasih sayang dari lepas saya habis cuti bersalin hingga Dak Zafirah berumur 8 bulan. Sebagai tanda penghargaan belanja Auntie Didie di Secret Recipe.




Just pergi Secret Recipe yang berdekatan dengan rumah jea. Nak pergi jauh-jauh, takut lewat pula nak jemput Zafran dari Bright Atfal. Tak apalah Secret Recipe not bad apa. Banyak jea pilihan menu yang sedap-sedap.

Macam Didi pilih Carbonara with crispy beef strips. Sangat sedap, creamy dan tak muak. Saya pulak pilih jalan selamat iaitu order yang biasa makan, Lasagna Chicken. Sebab tahu confirm sedap.



Tapi bila makan yang Didi punya, rasa sedap pulak. Menyesal pulak tak cuba yang tak pernah makan macam Didi. Masalah dengan saya ni asal bila nak adventerous iaitu nak cuba yang baru, confirm dapat yang tak sedap. Huhu.



Untuk drinks pula saya order Caramel Latte. Didie pula order iced Salted Caramel Latte. Ermm..Didi punya lagi sedap. Pandai betul Didi order.


Sedap betul iced salted caramel latte ni

To Didie, thanks  a lots, jaga Dak Zafran dan Dak Zafirah dengan penuh kasih sayang. Dak dak membesar dengan sihatnya. Dak Zafran dan Dak Zafirah doakan semoga Auntie Didi dapat mencapai segala yang dihajati.

Dak Zafirah sayang auntie

14 March 2019

VITAMIN C SERUM BY ANNONA │ The Best Serum And Moisturizer Ever

Cuaca sekarang ni mak ai tersangatlah panas. Nature kerja saya sekarang pulak banyak nak kena berjalan keluar yang sememangnya terdedah dengan cahaya matahari. Kulit wajah saya dah mula menunjukkan kesan UV iaitu kering dan semakin kusam.

Apabila saya disyorkan untuk mengunakan Vitamin C Serum by Annona, barulah nampak perubahan positif pada kulit wajah saya. Kulit wajah saya sudah semakin lembap dan kekusaman makin berkurang.


Vitamin C Serum by Annona adalah serum dan moisturizer yang mengandungi campuran bahan-bahan citrus berkepekatan tinggi, Hyalutoniv acid, promegranate, serta ekstrak herba terpilih dan paling penting Glutathione.



Glutathione dalam VCS BY ANNONA lah yang main peranan terbesar dalam menjaga kulit wajah. Ini kerana:

-Digelar 'Mother of Antioxidant' kerana kuasa antioksidannya yang sangat kuat dan mampu mencerahkan kulit yang kusam.
-Menghaluskan dan mengecilkan liang pori.
-Mengawal masalah kulit yang selalu naik jerawat.
-Memudarkan parut.



Selain berjaya mengembalikan kelembapan pada kulit wajah saya, ada lagi sebab-sebab lain kenapa saya sangat jatuh cinta dengan VCS BY ANNONA. Ini kerana VCS BY ANNONA:

1. Tak perlu makan. Hanya melibatkan sapu pada luaran sahaja.
2. Terdiri daripada bahan semulajadi iaitu mengandungi campuran bahan-bahan citrus berkepekatan tinggi, Hyalutoniv acid, promegranate, serta ekstrak herba terpilih Glutathione.
3. . Packaging produk VCS BY ANNONA tersangatkah user friendly sebabnya saiznya sangat kecil. Senang nak di bawa ke mana-mana terutamanya ketika travel atau balik kampung. Boleh  masukkan VCS BY ANNONA dalam beg tangan saya sahaja.

Packaging yang sangat kecil, yang senang nak dibawa ke mana-mana

Jadi jika berminat untuk mendapatkan VCS BY ANNONA seperti saya dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pump it (maklumat syarikat, cara pembelian dan lain-lain) , boleh layari di

Website: http://www.vitamincserum.com.my
FB: https://www.facebook.com/pg/VCSAnnona Produk:



Walau terdedah  lama dengan cahaya matahari, kulit wajah masih kekal lembap dan sihat dengan bantuan VCS BY ANNONA.

13 March 2019

Menang Giveaway Berkongsi Rezeki


Alhamdulillah..Saya sebuah novel dan sebuah notebook daripada Giveaway Berkongsi Rezeki  Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Sha Mohamed.



 
Terpilih sebagai salah seorang pemenang

 
Parcel dah sampai

 Hadiah yang awesome dari Sha
 To blogger Sha.. Thanks for this gift. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Sha sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.

5 March 2019

Stress Punca Susu Sikit

Ibu-ibu yang sedang menyusu tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Jika rasa tertekan sedikit, pasti memberi kesan pada penghasilan susu.

Masalah ini baru sahaja terjadi pada diri saya. Sebelum ini, saya tidak mengalami masalah ini pun. Elok sahaja dapat mengepam dengan jayanya. Tetapi apabila mengalami masalah nipple crack dan dinasihatkan oleh doktor untuk rehatkan nipple untuk tempoh tertentu, terus susu merudum. Saya pula jenis terlampau memikirkan masalah ini. Lagilah memberi kesan pada penghasilan susu.



Apabila saya disyorkan untuk mengunakan Pump It, barulah nampak perubahan positif. Saya dapat tambah susu badan sehingga 30% berbanding sebelumnya.

Apa sebenarnya Pump It ini yang telah membantu merangsang susu badan saya dengan jayanya. Pump it adalah milkbooster yang hanya mengunakan teknik sapuan sahaja. Ya teknik sapuan sahaja kerana Pump It adalah essential oil. Sangat dapat memudahkan dan menjimatkan masa saya yang sedang mengusahakan merangsang susu badan.

Bagi mengatasi masalah susu merundum saya mengunakan dua jenis produk Pump It iaitu Relax Mama dan Milk Full. Meh saya terangkan cara mengunakan kedua-dua produk dan fungsinya sekali.



Relax Mama

Saya kan susah hati lagi dan asyik fikir sahaja yang saya mampu ke tidak memberikan susu badan yang mencukupi kepada saya. Tapi apabila saya sapu Relax Mama di belakang leher dan telinga saya pada setiap pagi dan petang, emosi saya kembali tenang. Yea Relax Mama membantu menenangkan emosi saya agar tidak lagi tertekan.

Milk Full

Milk Full lah yang paling penting kerana produk ini yang membantu merangsang penghasilan susu saya. Milk Up pula disapu di di sekeliling breast dua kali sehari. Tapi buat masa sekarang saya sapu setiap kali lepas breastfeeding dan setiap kali lepas pam. Ini supaya untuk mendapatkan kesan yang baik dengan cepat.

Apabila susu badan sudah betul-betul banyak dan payudara saya kerap bengkak nanti, barulah saya mengurangkan pengunaan ke dua kali sehari untuk mantain susu.

Walaupun saya kerap mengunakan Milk Full, tapi saya tak kerap kena beli Milk Full yang baru untuk top up stock tau. Sebabnya satu botol Milk Full boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Setiap sapuan hanya perlu mengunakan satu hingga dua titik sahaja.

Saya dan Dak Zafirah gembira kerana sama-sama merasai keberkesanan Pump It

Saya terangkan lagi dengan ringkas kenapa saya sangat jatuh cinta dengan Pump It. Ini kerana pump it.

1. Tak perlu makan. Hanya melibatkan sapu pada luaran sahaja.

2. Tiada paraben, sintetik,sulfat dan wangian tiruan. Jadi selamat untuk saya dan juga untuk bayi saya.

3. Packaging produk Pump It tersangatkah user friendly sebabnya saiznya sangat kecil. Senang nak di bawa ke mana-mana terutamanya ketika travel atau balik kampung. Boleh  masukkan Pump It dalam beg tangan saya sahaja.

Keberkesanan Pump It bukan dirasai oleh saya sahaja malah pelanggan-pelangan lain juga. Trust me, sangat ramai berpuas hati dengan Pump It. Tak percaya? Boleh lihat sahajalah testimoni-testimoni dari nursing mothers di bawah.







Jadi jika berminat untuk mendapatkan Pump It seperti saya dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pump it (maklumat syarikat, cara pembelian dan lain-lain) , boleh layari di www.pumpit.com.my

4 March 2019

Shopping At Genting Highland Premium Outlet & Had Coffee At Coffee Bean & Tea Leaf, GHPO │ As Stress Relief

Kebetulan ada satu masa tu saya dan Kimchi sama sama stress dengan kerja.. Kerja kami berdua sekarang dah tak sama macam dulu-dulu.Kerja hanya fikir di office.Dah balik rumah terus kepala boleh shut down dari hal perihalan kerja.

Tapi kerja sekarang tak tahulah apa jadi. Baik gomen mahupun swasta,  dua dua push kami kalau boleh beyond our limit.

Tapi saya dan kimchi sama sama berjanji yang akan cuba untuk tidak libatkan hal kerja dengan keluarga walau sakit hati macam mana pun dengan kerja.

Jadi lepas dah lima hari berperang di tempat kerja, time cuti haruslah fikir sesuatu aktiviti supaya dapat kembalikan aura positif ke dalam diri.

Since faktor cuaca panas di Malaysia pun ada memberi kesan terhadap stress. Jadi aktiviti kami ni melibatkan ke tempat sejuk. Tak ada nya nak pergi oversea. Dalam Malaysia pun ada tempat sejuk. Dekat pun dekat dari rumah kami iaitu Genting Highland.

Menikmati permandangan gunung di GHPO

Tak naik sampai puncak pun. Just pergi Genting Highland Premium Outlet. Kalau jumpa barang yang diminati dengan harga menarik, bolehlah beli. Sambil sambil shopping boleh lihat permandangan gunung dari situ dan merasai tiupan angin sejuk.

Hasil shopping kami di GHPO ialah kalau Kimchi Converse sneaker, CK one dan Jersi Angentina. Saya pula sneaker Adidas.

Tengah cari sneaker converse yang berkenan di hai

Hasil shopping Kimchi lagi banyak berbanding saya. Sebab dia lagi stress. Ahaks.

Ada take a break sekejap dengan minum coffee di Coffee Bean & tea Leaf. Sebelum start shopping dah makan. So di sini just minum coffee dan order bagel untuk Dak Zafran. Saya order Blended Mocha Green Tea. Kimchi pulak order Blended Hazelnut Coffee.






Dah minum baru sambung shopping balik. Ingat nak masuk outlet Coach. Tapi kena beratur panjang pulak. Kimchi ada offer kot nak jaga budak budak kalau saya nak beratur untuk masuk Coach Outlet. Saya yang taknak. Lagipun dah ada handbag coach. Stail saya kalau dah ada brand tu, untuk yang next akan beli brand yang saya tak pernah beli. Itu stail saya.

Boleh tahan kuat jugak tiupan angin. Dah tak on point dah shawl saya.


Lepas tak jadi nak masuk Coach, terus gerak nak balik rumah.

Suka jugak shopping di GHPO. Sebab banyak designer brand yang ada tawarkan harga yang menarik. Pada masa yang sama, dapat shopping dengan cuaca yang menyamankan. Feeling shopping di oversea gitu. hehe.

1 March 2019

Lunch At Kluang Station, One Utama To Celebrate Kimchi's 32nd Birthday

My Kimchi already turns 32 years old. alololo tua dah my Kimchi ni..



Sempena hari jadinya, sambut di Kluang Station. Kenapa pilih Kluang Station.. Tak ada sebab pun atau mengamit memori apa apa pun. Sampai sampai One Utama, Kluang Station adalah restaurant first yang jumpa..

Comotnye budak baru lepas minum susu tu

Suruh Kimchi pilih tempat, dia pulak serah pada saya je. Saya pulak tak sempat nak fikir tempat special. So itulah sebab kenapa sambut di Kluang Station.

Sekarang ni kalau nak order makanan, untuk Dak Zafran kena order lain untuk dia. Dah tak boleh kongsi dengan maknye dah. Dak Zafran boleh tahan gak makan banyak. Tapi makan yang dia suka lah. Macam yang ini saya order Kluang Mee Siam with Chicken Rendang (aka bihun gorengla senang) untuk dia.



Lebih separuh pinggan Dak Zafran makan. Since saya tahu akan ada lebihan, saya order Hainanese Chicken Chop untuk saya. Rasanya not bad.

Birthday boy pula order nasi lemak ayam berempah. Then, chocolate brownies vanilla top sebagai birthday cake Kimchi.



My Birthday wish to Kimchi: Ayang harap ayang sentiasa ada pada setiap birthday abang hingga ke akhir hayat kita. I Love u so much.