Naik Menara Taming Sari Untuk Melihat Keindahan Bandaraya Melaka
Setelah
sekian lama nak naik Taming Sari setiap kali sampai Melaka dan so far tak
pernah lagi kesampaian atas sebab tak lain tak bukan tak sempat. Akhirnya trip
ke Melaka yang baru ini naik jugak. Part yang bestnya naik bersama dengan
budak-budak bertuah iaitu Dak Zafran dan
Dak Zafirah. Famiy godiks pun ada join juga.
Actually
hampir nak cancel pun nak naik Menara Taming Sari. Reason cancel sampai-sampai
di tempat menara ni, Dak Zafran meragam nak mainan lori. Mak Pak malas nak
belikan sebab toys Zafran dah berlambak ya ampun.Kat rumah dah ada
berkotak-kotak mainan dia saja. Adik dia nanti bakal menyusul tambah lagi
bilangan kotak mainan di rumah.
Sebab
Zafran tak berhenti menangis, terus cancel nak jalan-jalan di menara dan di
sekitar Bandar Di Hilir. Terus pergi Homestay Agrofarm. Bila Dak Zafran nak
balik, dia cakap nak naik menara. Faham pulak budak tu.
Cakap
dengan dia kalau nak naik menara, kena berhenti menangis. Terus Zafran berhenti
menangis. Eh pandai pulak dengar kata. Hehe. So jadi balik naik menara.
Harga tiket
naik menara RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak. Walaupun pergi Melaka
time cuti hujung minggu tapi bukan time orang dapat gaji dan cuti sekolah yang
panjang. So, tak kena beratur lama untuk naik menara. Lepas beli tiket tanpa
tunggu masa yang lama, terus dapat masuk ke observation deck yang berkaca.
Sebelum
viewing deck naik ke atas, kena duduk di seat dan memakai seat belt. Apabila
naik ke atas dan juga turun, observation deck akan berputar 360°. Apabila sudah berada di puncak pun, observation
deck berputar jugak untuk dapat melihat panaroma bandaraya Melaka secara
keseluruhan.
Dak Zafran memang
excited lah bila dapat naik menara berputar-putar macamni. Dengan dia dapat
tengok Replika Kapal Flor De La Mar
lagi. Lupa dahlah toy yang dia duk mintak-mintak tadi. Selain kapal, dapat jugak lihat permandangan
kawasan bersejarah lain seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan,
Masjid Selat dan banyak lagi.
Kalau nak tahu Menara
Taming Sari merupakan menara berputar jenis Gyro pertama di Malaysia. Dalam 20
minit, naik turun berputar di dalam menara, barulah selesai naik menara Taming
Sari.
Menara Alor Setar
checked. Menara Taming Sari checked. Ni Menara Kuala Lumpur, yang duk belakang
rumah mak abah. Entah bila nak naik ni. Yea walaupun stay Petaling Jaya, tak
pernah lagi naik menara Kuala Lumpur. KLCC lagilah. Hopefully, akan naiklah
menara Kuala Lumpur. Sekali pun jadilah. Hehe.
Setelah sekian lama nak naik Taming Sari setiap kali sampai Melaka dan so far tak pernah lagi kesampaian atas sebab tak lain tak bukan tak s...