24 February 2019

MOH IFTAR @ BENTENG 2019 │Summit Hotel KL City Centre Menyajikan Hidangan Ramadhan Bertemakan Selera Kampung Citarasa Perak

Bagi Ramadhan tahun ini iaitu tahun 2019, Summit Hotel KL City Centre akan menyajikan masakan kampung bertemakan "Selera Kampung Citarasa Perak".



Saya dijemput ke MOH Iftar ini bagi merasai sendiri suasana di dalam  bazaar dengan lapan gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadhan kegemaran ramai.



Chef Benteng Restaurant menyediakan pelbagai masakan dan hidangan dengan lebih 100 jenis menu seperti Nasi Kabsah, Ayam Bakar Percik Sumbat Pucuk Ubi, Udang Masak Kelio, kambig Kerutub, Daging Dendeng, Kari Kepala Ikan Batu Gajah, Gulai Nenas Ikan Masin Pangkor dan Masak Lemak Gulai Pisang Parit.







Manakala, gerai-gerai menghidangkan Kambing Golek Pasir Salak, Lempeng Tradisi Tok Anjang, Popia Basah Ipoh, Rendang Tok Perak, Murtabak Teluk Anson, Laksa Sarang Bota, Yong Taufu Ulu Kinta dengan ABC Tanjung Malim.





Berbagai jenis hidangan pencuci mulut turut dihidangkan. Antaranya ialah Bubur Keladi Kak Limah, Bubur Kacang Hijau, Kasidah, Cakar Ayam, Kuih Bangkit, Bahulu dan banyak lagi.



Tidak lupa pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Telur ikan Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-Ulam melayu, Telur Asin, Acar Rampai dan Acar Buah.






Sememangnya sangat memuaskan hati berbuka puasa dengan pillihan menu sebanyak ini. Selain itu, buffet dinikmati sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu melayu 'GHAZAL'.



Jadi, jangan lupa berbuka puasa di MOH Iftar ini. Summit Hotel KL City Centre turut menawarkan Baucer Pembelian Awal "Early Bird" pada harga diskaun berharga RM50.00 bersih (Dewasa) dan RM38.00 bersih (Kanak-kanak 4-12tahun)



Pembelian adalah bermula dari sekarang atau sehingga 8 May 2019. Manakala harga asal adalah RM68.00 bersih  seorang(Dewasa)/ RM48.00 bersih seorang (Kanak-kanak 4-12 tahun).



Manakala, untuk tempahan korporat atau berkumpulan adalah seperti berikut:

RM78.00 bersih (Dewasa)
RM58.00 bersih (Kanak-kanak 4-12tahun)

Minimum: 50 orang
Maksimum: 300 orang

Untuk makluman lanjut sila hubungi
03-26148000 atau email kepada: sales@summithotelkl.com.my


12 comments:

  1. fuh.. dh start ramadhan review.. cm best jer nih.. murah pun yer

    ReplyDelete
  2. kak ana berkenan dengan popia dia. lagi satu yang macam Vietnamese roll tu. pun sedap juga.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya makanan dia dia.. Sedap sedap belaka.. Harga pun not bad okla dengan pelbagai pilihan makanan mcm tu

    ReplyDelete
  4. Woww meriahnya makanan .. semua nampak sedap jer tu ..

    ReplyDelete
  5. Best kan dah start Ramadhan review, SA pi yang kat USJ last week...

    ReplyDelete
  6. tgk harga bufet pun x de laa mahal sgt... eh lama jg x pekena masakan org perak ni...

    ReplyDelete
  7. Wahhh review buffet Ramadan dah bermula, mesti banyak tempat pilihan menarik. Kat hotel ni menarik gak menu² dia.

    ReplyDelete
  8. JobSide buat tambahan jajan sekaligus menghilangkan bosen ....
    yuk di klik link nya www.fansbetting.co
    Info add langsung { 5*E*E*8*0*A*F*E }
    WA kami @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting

    ReplyDelete
  9. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete
  10. ok gak harga dia ...masih mampu bayar lagipun ada pelbagai pilihan kann...

    ReplyDelete
  11. Once I thought about things like: why such information is for free here? Because when you write a book then at least on selling a book you get a percentage. Thank you and good luck on informing people more about it… inchirieri apartamente sibiu

    ReplyDelete