Ikutkan hati macam taknak jea lagi hantar Zafran masuk Pre school. Kalau boleh start masuk sekolah masa umur 7 tahun. Maknanya terus masuk sekolah kebangsaan tanpa go through preschool.
Lagipun dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan baharu, peperiksaan untuk tahap 1 hingga 3 sudah dimansuhkan. Jadi tak ada masalah kalau masa umur Zafran 7 tahun, dia tak berapa nak advance compare dengan rakan-rakan sebayanya. Dia tak akan diasing-asinngkan mengikut keputusan kertas peperiksaan.
Bukan apa. once dah masuk sekolah Zafran akan non-stop belajar sehinggalah university. Sebab itulah saya tak hantar sejak umur empat tahun lagi. Nak biarkan Zafran menikmati zaman kanak-kanaknya sepuas-puasnya. Dan ikutkan hati lagi macam saya cakap tadi umur 7 tahun baru nak hantar masuk sekolah. Eh papa Zafran tak masuk tadika tau. Darjah 1 baru menjejakkan diri kea lam sekolah. Alhamdulillah jea die sekarang. Ahaks.
Itu ikutkan hatilah. Tapi Dak Zafran kena jugaklah belajar certain of skill di preschool. Kalau tidak, Zafran still akan manja especially dengan maknye. Di preschool dia akan belajar disiplin dengan masa, bersosial dan banyak lagi.
Sebelum cerita pasal hari pertama Zafran di Bright Atfal, nak cerita kenapa pilih Bright Atfal. Actually plan asala, nak dapatkan quotation dari beberapa preschool. Lepas tu buat buat comparison dari segi cost dan juga lain-lain. Tapi tak sempat. Schedule mengalahkan Tun M punya schedule.
Makanya daftar sahajalah preschool yang sama dengan anak-anak Maksu. Maksu pun hantar kedua-dua anaknya sejak dari umur 4 tahun. Maknanya, okla kot preschool tu.
Satu lagi Bright Atfal ada provide daycare service. So saya tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal transportation & etc. Semuanya Bright Atfal uruskan.
Yurannya a bit pricey. Tapi tak apalah keluarkan duit lebih kalau melibatkan pendidikan, kesihatan & keselamatan. Itu prinsip saya.
Cerita pasal 1st day Zafran. Zafran ni memang dah biasa bangun lewat. Suka tidur lewat sebab layan kartun. Haaa ni salah satu sebablah kena jugak hantar preschool umur 5 tahun. Susah nau nak disiplinkan diri bab-bab tidur ni.
Adalah drama episode 1 semasa nak kejutkan bangun pagi. Punya umpan macam-macam nak pujuk untuk bangun. Semuanya tak jalan. At the end guna taktik doctor. Bagitau dia kalau tak pergi school kena jumpa doctor dan makan ubat. Terus Zafran bangun dan mandi. Menjadi jugak gun acara ini. Haha.
Dah bersiap, terus pergi Bright Atfal. Sampai-sampai sana ada teacher menjemput Zafran. Saya dan Kimchi tak ikut. Biar jea teacher dia melayan Zafran. Saya pun taknak bagi Zafran nampak saya lagi. Takut menangis. Walaupun saya stay lagi, tapi jenguk-jenguk Zafran dari jauh.
Zafran steady jea. Maybe dia tengok ramai yang macam sebaya dengan dia dan pakai baju yang sama. Dia tak rasa terasing sangat.
Dah stay sekejap, saya dan Kimchi pergi breakfast sekejap. Dah breakfast, nak pergi jenguk Zafran for the last time untuk hari itu. Tengok-tengok Zafran buat hal sendiri dengan main lego sambil makan french toast.
French Toast saya yang buat bekal untuk dia. Boleh Dak Zafran tak join dengan budak-budak lain di kelas. Teacher pun taknak paksa sangat kot. Baru 1st day kan. Layankan ajealah perangai-perangai budak-budak especially yang belum ada pengalaman masuk preschool sebelum ini. Macam Dak Zafran.
1st Day passed. Second day iaitu hari ini. Still ada drama nak bangun tidur. Sampai nangis-nangis. Taktik doctor dan ubat dah tak jalan. Dah mandi, taknak pakai baju pulak. Macam mana entah, berjaya jugak siapkan Zafran.
Nak gerak dari rumah, Dak Zafran nak mamanya ikut sekali. Bulan 1 ni patut Kimchi jea hantar. Sebab saya kena masuk office awal. Dak Zafran punya pasal, lewatlah sedikit masuk office.
Dah hantar sampai depan pintu, menangis lagi. Tak bagi mama papa tinggalkan dia. Terpaksalah teacher dukung Zafran. Saya dan Kimchi cepat-cepat cabut supaya Zafran tak melalak lama-lama.
Drama hari kedua lagi hebat dari hari kedua. Macam mana pulak hari-hari seterusnya nanti. Akan muncul drama apa pulak. Akan makin lama makin bertambah hebat dramanya ke. Om My...Haha
Biasalah baru nak menyesuaikan diri. Lama-lama terbiasalah nanti. InsyaAllah.
Pesanan Mama Papa kepada Zafran, Tuntutlah ilmu hingga ke menara gading. Ragam bijak pandai Dak Zafran tu mama papa layankan ajea..hehe.