Bantuan Sara Hidup 2019 Mampu Meringankan Beban Golongan B40
Pada tahun ini kita telah diperkenalkan Bantuan Sara Hidup 2019 oleh kerajaan bagi mengantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bagi saya ini adalah perkhabaran baik buat rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan yang dikategori dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Ini adalah kerana kadar yang akan diterima adalah melebihi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, kadar BSH 2019:
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
1. Bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.
2. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.
3. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.
Kadar tambahan BSH 2019 sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang
Dengan kadar Bantuan Sara Hidup 2019 ini, mampu meringankan beban rakyat kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Walaubagaimanapun Bantuan Sara Hidup 2019 haruslah diuruskan dengan cekap dan bijak. Jika dibazirkan, masalah beban kos hidup tidak diselesaikan walau banyak mana pun BSH 2019 diberi.
Sebelum membelanjakan wang BSH 2019, saya kongsikan cara cara menguruskan wang secara bijak dan berhemah. Ini adalah supaya hanya perbelanjaan tertentu sahaja mengunakan BSH 2019.
Pengurusan Semasa Berbelanja
* Buat senarai sebelum berbelanja
* Bandingkan harga barang sebelum membeli
* Membeli setelah tawar-menawar
* Beli bahan tidak mudah rosak secara nafsu
* Amalkan sikap berjimat-cermat
Pengurusan Perbelanjaan Makanan dan Barangan Dapur
* Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan
* Makan buah-buah pada musimnya
* Hentikan tabiat merokok
* Sediakan bekalan untuk ke sekolah/pejabat
* Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya
* Kurangkan makan di luar masak sendiri di rumah
Pengurusan Perbelanjaan Pakaian
* Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini
* Jangan hanya membeli pakaian berjenama
* Kitar semula pakaian lama
* Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang
Pengurusan Perbelanjaan Hiburan dan Percutian
* Melayan rakan-rakan di rumah
* Pilih kaedah pengangkutan paling murah
* Bercuti di luar musim puncak
* Bercuti dalam negara
Pengurusan Penggunaan Tenaga
* Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan
* Jangan pastikan peti sejuk terlalu dingin
* Perbaiki kebocoran paip
* Amalkan kitar semula
* Kumpul air hujan untuk kegunaan harian
Pengurusan Perbelanjaan Pengangkutan/Kenderaan
* Selaraskan enjin dengan betul
* Pastikan tekanan tayar sesuai
* Memandu pada kelajuan konsisten
* Berjalan bagi jarak perjalanan yang dekat
* Gunakan pengangkutan awam
Dengan aplikasikan semua tips di atas, banyak perbelanjaan dapat dijimatkan. Jadi, Bantuan Sara Hidup 2019 dapat digunakan untuk perbelanjaan yang lebih penting seperti
1. perbelanjaan sekolah anak-anak
2. kos perubatan
BSH 2019 juga boleh dijadikan modal bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau pertanian.
Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak supaya Bantuan Sara Hidup 2019 yang bakal dibuka permohonannya pada bulan Januari 2019 dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Sumber Maklumat: Berita Harian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna)
Sumber Gambar: Google
Gunakan dengan sebaiknya pasti membantu kan Radhia..
ReplyDeleteterbaik thanks for info kak :)
ReplyDeletetq info.. oo dh tuka nm..
ReplyDeletetq info.. nak apply gak.. doakan ye dapat..hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat ringakan beban golongan yang kurang mampu!
ReplyDeletenak apply la..kita memerlukan..hehehe..
ReplyDeletenak try apply rezeki jgn ditolak
ReplyDeletekita dah kena reject.Takpelah,bagi yang memerlukan sahaja.Tak baik pula ambil hak orang yang betul memerlukamn
ReplyDeleteBantuan sara hidup ni memang bagus diteruskan untuk memba tu golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah
ReplyDeleteSemoga BSH membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletebr1m bantuan sara hidup sangat ccok buat golongan yg berkesempatan rendah dan kurang pendapatan
ReplyDeletebrim.biz