18 December 2018

Aqiqah Ceremony For My Little Princess, Alyaa Zafirah



Plan asal Grandma Zafirah cuma nak buat doa selamat untuk adik ipar yang tengah sarat mengandung. Hanya nak buat di surau dan minta orang orang surau doakan agar urusan mengandung hinggalah bersalin dipermudahkan oleh Allah SWt.

Siap buat ecard tu..nampak nau printscreen..tak hilang watermark tu.

Then saya cadangkan dah alang alang nak buat doa selamat why not combine dengan majlis aqiqah zafirah. Zafirah belum buat aqiqah untuknya lagi.



Mak abah setuju jea. Abah pun nak combine sekali majlis tahlil untuk ahli keluarga yang sudah meninggal. Termasuk jugaklah saudara mara belah Kimchi

Tema peach.matching dengan warna baju yang diraikan iaitu Zafirah dan Hazie(adik ipar)

Sama-sama pakai baju warna peach

Pemilihan menu dan tukang masag oleh mak dan abah. Tukang masak adalah member mak and abah.  Menu nya ialah ayam masak merah, pecal dan ikan masin. Mainnya adalah kambing. Kambing dimasak gulai. Abah yang uruskan pembelian kambing. Saya bank in duit.

Since main menu tukang masak dah uruskan. Kitaorang just prepare yang nak dihidangkan di dessert corner.

Dessert Corner. Semuanya buat sendiri.

Mak siap bahagikan tugas untuk desser corner preparation. Macam saya buat puding oreo dan puding roti karamel. Didi dan hazie buat nutella cheese tart. Mak buat mee kari. Uwan yang diterbang khas dari jempol buat lepat pisang dan koci. Yang order pulak vadey, karipap dan kole kacang.

Ni pun bake sendiri

Majlis mula pada pukul 11am dan majlis dirasmikan dengan bacaan selawat. Sebabnya bacaan selawat yang memerlukan penglibatan Dak Zafirah.  Buat awal awal Dak Zafirah boleh settle cepat cepat. Lambat sangat nanti takut Dak Zafirah meragam. Dah lah time tu adalah waktu tidur Dak Zafirah.

  



Tapi Alhamdulillah. Sepanjang bacaan selawat pada Zafirah, Dak Zafirah behave jea. Dah habis, baru dak zafirah tidur.

Selamat dah..

Bacaan diteruskan dengan bacaan yassin, tahlil dan selawat. Selesai dengan bacaan, baru makan tengahhari.

Cuaca pun sangat baik dari mula majlis hingga selesai. Jadi perjalanan majlis sangat berjalan lancar. Tetamu pula tak putus putus bawa buah tangan iaitu kuih-muih.








Ramai juga tetamu menghulur untuk Dak Zafirah. Collection nya dah macam kenduri kahwin. Rezeki Dak Zafirah sangat.



Kepada semua tetamu yang hadir, kami sekeluarga ucap terima kasih. Semoga Allah SWT murahkan rezeki kepada kalian semua.

12 comments:

  1. Seronoknya bila anak dah akikah kan...comel si kecik tu...majlis pun meriah sangat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..selesai kenduri akikah..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah setel aqiqahnya ye...

    Cantiklah baju dhia 👍

    ReplyDelete
  4. penat pemantin layan tetamu di sudahi dengan tido lena dia.. comel sgt dak zafirah..!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai dah majlisnya..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..memang seronok buat kenduri aqiqah.. meriah

    ReplyDelete
  7. Obat tradisional yang kami maksud adalah obat herbal QnC Jelly Gamat. Obat ini adalah salah satu obat tradisional yang paling ampuh dalam mengatasi maag kronis sampai tuntas tanpa takut kambuh kembali. Dengan dibuat dari bahan bahan alami berkualitas tinggi, QnC Jelly Gamat dipastikan aman dan ampuh.

    ReplyDelete
  8. thank you for the information posted on this site.

    ReplyDelete
  9. happy monday and thank you for this very interesting information

    ReplyDelete