29 December 2018

LAZZ Susu Kambing | Susu Kambing Segar & Penuh Khasiat Yang Boleh Terus Dihantar Ke Rumah

Seperti yang kita ketahui, susu kambing adalah salah satu makanan sunnah dan sangat berkhasiat. Selain itu, susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu. Ramai orang sudah mula mengambil susu kambing, baik untuk diri sendiri mahupun untuk anak.

Nak cari susu kambing, sangat-sangat disarankan untuk pilih Susu Lazz. Sebabnya? Sangat banyak sebabnya.


Sumber Lazz Susu Kambing adalah dari Holand yang diserbukkan dan pada masa yang sama masih mengekalkan kebaikkan semulajadi susu kambing.

Lazz Susu Kambing adalah bersifat natural

Susu Lazz adalah bersifat natural dan orgamilk. Maknanya susu lazz yang telah dipasteur, penghasilannya tidak mengunakan bahan kimia sintetik. Selain itu juga berasaskan bahan non-GMO yang sedap berkrim dengan khasiat semulajadi.

Jadi, rasa sedap Susu Lazz bukan datangnya dari gula yea. Kena tahu, Susu kambing lazz juga mempunyai kandungan total sugar paling rendah (kategori less sugar below 5g) dan rasa paling tidak manis berbanding susu formula.


Berbanding susu lembu, susu kambing lepas cepat dihadam iaitu hanya 15 MINIT. Jikalau susu lembu memakan masa hingga DUA JAM. Sebab itulah khasiat susu kambing lebih pantas diserap oleh tubuh badan berbanding susu lembu. Lebih-lebih lagi susu yang tidak natural iaitu susu formula.

Bagus Sebagai Milkbooster

Untuk saya pula yang sedang menyusukan anak, perisa Susu Lazz yang sangat sesuai untuk saya adalah Lazzkurma. Kombinasi susu kambing dan kurma berperanan sebagai milkbooster untuk saya. Susu kambing juga bersifat alkali. Jadi kalau saya termakan makanan berangin, susu kambing akan mengimbangi pH supaya membantu mengurangkan kesan angin pada saya dan juga anak.

Paling saya suka dengan Susu Lazz, tiada rasa hamis dan muak. Ini adalah satu sebab kenapa selama ini saya tak suka minum susu. Sebab rasa muak susu. Tapi tidak untuk Susu Lazz. Rasanya langsung tidak muak, tiada hamis kambing dan sunggu enak.

Lazzkurma bagus sebagai milkbooster untuk saya

Ada Dalam Bentuk Sachet Yang Senang Dibawa Ke Mana-Mana

Lazz Susu Kambing sekarang sudah ada dalam bentuk sachet. Jadi senanglah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika travel. Sudah tidak perlu bawa paket besar. Tak kira di mana kita berada, Lazz Susu Kambing masih boleh diminum kerana adanya dalam bentuk sachet.

Sudah ada dalam bentuk Sachet

Penghantaran Terus Ke Rumah

Ok, ada yang lagi best. Selalu mindset orang ramai, susu kambing yang baik sangat susah nak didapati. Nak kena beli di kedai tertentu . Takpun kena beli terus di ladang kambing. Tapi tidak untuk Susu Lazz. Susu Lazz boleh beli melalui LAZZIANS. LAZZIANS akan terus hantar ke rumah selepas order.

LAZZIANS sudah muncul di hadapan rumah saya untuk menghantar Lazz Susu Kambing yang saya order


Order sahaja di www.lazzdelivery.com. Seterusnya, LAZZIANS akan uruskan segala-galanya hinggalah penghantaran Susu Lazz terus ke rumah.

Nak tahu maklumat lanjut Susu Lazz, boleh layari di

Url: http://lazzsusukambing.com
FB: https://www.facebook.com/pg/lazzsusukambing
IG: www.instagram.com/lazzsusukambinghq

28 December 2018

Surya Chlorophyll│ Minuman Kesihatan Yang Mampu Menggembirakan Golongan Anti Sayuran

Golongan anti sayuran ni terutamanya kanak-kanaklah tak boleh terima langsung makan sayur. Bagi mereka, masuk jea sayuran ke dalam mulut terus rasa pahit, payau, mual dan apa-apalah. Bila dah tak sukakan. Saya tahulah perasaan ini sebab anak saya salah seorang golongan ini. Kuikuikui.



Sekarang golongan ini dah mula boleh gembira dengan suka hati. Dengan adanya Surya Chlorophyll, mereka masih boleh dapat khasiat sayuran tanpa perlu makan sayur-sayuran.

Saya pun gembira juga. Tak perlu susah payah hancurkan sayur dulu. Untuk suapkan bersama-sama dengan nasi ke dalam mulut anak. Kadang-kadang siap kena letak kicap tu. Takut anak terasa pahit sayur.

Ibubapa tidak perlu gusar pengambilan sayuran oleh anak-anak dengan adanya Surya Chloropyll

Tapi dengan Surya Chlorophyll, saya dapat membekalkan khasiat sayuran yang maksimum kepada anak tanpa perlu susah payah. Lagi-lagi minuman ini ada perasa buah iaitu laici. Lagi sukalah budak-budak minum. Bagus betul minuman kesihatan ini.

Selain membekalkan khasiat sayuran. Surya Lychee With Chlorophyll, ada banyak kebaikkan yang lain.
Antaranya ialah

1. memperbaiki sistem penghadamam dan mengawal berat badan
2. mempercepatkan proses persembuhan luka
3. melindungi kulit daripada pelbagai penyakit kulit
4. dipercayai membantu melawan kanser
5. Membantu menyelesaikan masalah bau mulut.


Dengan Surya Chloropyll, masalah kulit wajah dapat diatasi

Jangan risau dengan kualiti Surya Chlorophyll . Sebabnya semua produk Surya Malaysia dikilangkan dengan amalan HACCP, disahkan MESTI, dan dijamin HALAL!

Cara penyediaan Lychee Surya Chlorophyll mudah sahaja. Hanya campurkan 25ml chlorophyll tambah 125ml air. Kacau dan minum.

Surya Chlorophyll bagus untuk saya kerana membantu penjagaan kulit dari pelbagai masalah kulit

Surya Chlorophyll ini ada dua perisa iaitu Peach dan Lychee. Jadi apa lagi cepat-cepatkan dapatkan Surya Chlorophyll di butik Himalaya Herbals  atau di farmasi seluruh negara atau secara online hari ini!

Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari di

FB: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

IG: https://www.instagram.com/surya.malaysia/

27 December 2018

Menginap Di Nova Highlands Resort and Residence, Cameron Highland │Hasil Tebus Point Kad Kredit



My SIL dapat free penginapan dua malam di Nova Highlands Resort and Residence. Dapat penginapan free hasil dari redeem point credit card nya. Best betul credit card ni. Salah satu hadiahnya, boleh tebus penginapan di hotel tu. Hotel yang best pulak tu.  Bukan hotel cap ayam tau. Kalau salah satu adalah hadiah hotel, mesti hadiah yang lain-lain pun gempak jugak especially kalau redeem point terkumpul yang sangat banyak.

Ok, macam nak promote pasal kredit kad enal pulak. Haha. Sebab tu taknak sebut kredit card bank mana. Nanti buat entri review free pulak untuk bank tu. Ahaks. Nak tahu bank mana, cari sendirila yea. Bank yang menawarkan hadiah tebus nilai best-best.



Memang tak dapat dinafikan hotel ni memang best. Enal pulak dapat 2 bedroom suite. Ada dua bedroom, kitchen, living room, balcony & bathroom. Sangat-sangat luas. Boleh muatlah kalau satu keluarga mertua join. Tapi yang berpeluang join just family saya, of course enal sekeluarga, mak , abah dan  mimi.



Katil di dua-dua bilik adalah queen size. Ada almari dan juga meja solek.




Balcony pulak, menghadap permandangan gunung-ganang. Sambil menikmati permandangan dari balcony, dapat juga merasai tiupan angin gunung. Sangat sejuk. Sampai pintu balcony tak boleh terbuka lama. Nanti angin masuk dalam bilik sampai bilik jadi sejuk. Dahlah dalam bilik tak ada heater kalau nak bagi panas balik.



Mini kitchen ada microwave dan juga peti sejuk. Kalau cakap pasal kemudahan yang disediakan di dalam bilik, memang tiptop. Hampir lengkap.




Untuk breakfast, kami decide untuk makan di hotel café. Café ni ada dua ruang. Satu close space satu lagi open space. Open space ni dapat merasai tiupan angin dari luar sambil melihat pemandangan gunung.



Breakfast yang disediakan adalah buffet. Pilihan yang ada almost sama macam breakfast di hotel-hotel lain, iaitu ada toast corner, salad corner, nasi goreng, egg corner dan etc. Yang bestnya siap ada roti canai corner tu. Not bad jugak rasanya. Dak Zafran pun makan roti canai ni.







Hotel ini boleh terus access ke shopping mall iaitu Cameron Square. Di Cameron Square juga ada 3D Museum. Haa satu lagi Enal pun empat tiket free untuk masuk ke 3D museum. Ia adalah complimentary ticket dari hotel.

Hotel ini pun terletak di lokasi yang strategik. Sebab apa saya cakap macamni. Sebabnya sangat dekat dengan Kea Farm. Kea Farm yang syurga hasil tanian segar tu. Yang  menyebabkan jem dari Brinchang tu. Kea Farm ni la. Dari hotel just jalan kaki sahaja. Tak payah susah-susah nak pergi Kea Farm .

Bagi saya servis dan kualiti di nova highlands resort and residence memang terbaik. Kalau nak cari kedamaian hati pun boleh. Sebab boleh lihat permandangan yang cantik dari bilik. Saya bagi lima bintang untuk hotel ini.

19 December 2018

Bantuan Sara Hidup 2019 Mampu Meringankan Beban Golongan B40



Pada tahun ini kita telah diperkenalkan Bantuan Sara Hidup 2019 oleh kerajaan bagi mengantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bagi saya ini adalah perkhabaran baik buat rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan yang dikategori dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Ini adalah kerana kadar yang akan diterima adalah melebihi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, kadar BSH 2019:

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

1. Bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.
2. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.
3. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.



Kadar tambahan BSH 2019 sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang

Dengan kadar Bantuan Sara Hidup 2019 ini, mampu meringankan beban rakyat kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Walaubagaimanapun Bantuan Sara Hidup 2019 haruslah diuruskan dengan cekap dan bijak. Jika dibazirkan, masalah beban kos hidup tidak diselesaikan walau banyak mana pun BSH 2019 diberi.

Sebelum membelanjakan wang BSH 2019, saya kongsikan cara cara menguruskan wang secara bijak dan berhemah. Ini adalah supaya hanya perbelanjaan tertentu sahaja mengunakan BSH 2019.

Pengurusan Semasa Berbelanja

* Buat senarai sebelum berbelanja
* Bandingkan harga barang sebelum membeli
* Membeli setelah tawar-menawar
* Beli bahan tidak mudah rosak secara nafsu
* Amalkan sikap berjimat-cermat



Pengurusan Perbelanjaan Makanan dan Barangan Dapur

* Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan
* Makan buah-buah pada musimnya
* Hentikan tabiat merokok
* Sediakan bekalan untuk ke sekolah/pejabat
* Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya
* Kurangkan makan di luar masak sendiri di rumah



Pengurusan Perbelanjaan Pakaian

* Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini
* Jangan hanya membeli pakaian  berjenama
* Kitar semula pakaian lama
* Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang

Pengurusan Perbelanjaan Hiburan dan Percutian

* Melayan rakan-rakan di rumah
* Pilih kaedah pengangkutan paling murah
* Bercuti di luar musim puncak
* Bercuti dalam negara



Pengurusan Penggunaan Tenaga

* Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan
* Jangan pastikan peti sejuk terlalu dingin
* Perbaiki kebocoran paip
* Amalkan kitar semula
* Kumpul air hujan untuk kegunaan harian



Pengurusan Perbelanjaan Pengangkutan/Kenderaan

* Selaraskan enjin dengan betul
* Pastikan tekanan tayar sesuai
* Memandu pada kelajuan konsisten
* Berjalan bagi jarak perjalanan yang dekat
* Gunakan pengangkutan awam



Dengan aplikasikan semua tips di atas,  banyak perbelanjaan dapat dijimatkan. Jadi, Bantuan Sara Hidup 2019 dapat digunakan untuk perbelanjaan yang lebih penting seperti

1. perbelanjaan sekolah anak-anak



2. kos perubatan


3. wang kecemasan.



BSH 2019 juga boleh dijadikan modal bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau pertanian.





Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak supaya Bantuan Sara Hidup 2019 yang bakal dibuka permohonannya pada bulan Januari 2019 dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.




Sumber Maklumat: Berita Harian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna)
Sumber Gambar: Google

18 December 2018

Aqiqah Ceremony For My Little Princess, Alyaa Zafirah



Plan asal Grandma Zafirah cuma nak buat doa selamat untuk adik ipar yang tengah sarat mengandung. Hanya nak buat di surau dan minta orang orang surau doakan agar urusan mengandung hinggalah bersalin dipermudahkan oleh Allah SWt.

Siap buat ecard tu..nampak nau printscreen..tak hilang watermark tu.

Then saya cadangkan dah alang alang nak buat doa selamat why not combine dengan majlis aqiqah zafirah. Zafirah belum buat aqiqah untuknya lagi.



Mak abah setuju jea. Abah pun nak combine sekali majlis tahlil untuk ahli keluarga yang sudah meninggal. Termasuk jugaklah saudara mara belah Kimchi

Tema peach.matching dengan warna baju yang diraikan iaitu Zafirah dan Hazie(adik ipar)

Sama-sama pakai baju warna peach

Pemilihan menu dan tukang masag oleh mak dan abah. Tukang masak adalah member mak and abah.  Menu nya ialah ayam masak merah, pecal dan ikan masin. Mainnya adalah kambing. Kambing dimasak gulai. Abah yang uruskan pembelian kambing. Saya bank in duit.

Since main menu tukang masak dah uruskan. Kitaorang just prepare yang nak dihidangkan di dessert corner.

Dessert Corner. Semuanya buat sendiri.

Mak siap bahagikan tugas untuk desser corner preparation. Macam saya buat puding oreo dan puding roti karamel. Didi dan hazie buat nutella cheese tart. Mak buat mee kari. Uwan yang diterbang khas dari jempol buat lepat pisang dan koci. Yang order pulak vadey, karipap dan kole kacang.

Ni pun bake sendiri

Majlis mula pada pukul 11am dan majlis dirasmikan dengan bacaan selawat. Sebabnya bacaan selawat yang memerlukan penglibatan Dak Zafirah.  Buat awal awal Dak Zafirah boleh settle cepat cepat. Lambat sangat nanti takut Dak Zafirah meragam. Dah lah time tu adalah waktu tidur Dak Zafirah.

  



Tapi Alhamdulillah. Sepanjang bacaan selawat pada Zafirah, Dak Zafirah behave jea. Dah habis, baru dak zafirah tidur.

Selamat dah..

Bacaan diteruskan dengan bacaan yassin, tahlil dan selawat. Selesai dengan bacaan, baru makan tengahhari.

Cuaca pun sangat baik dari mula majlis hingga selesai. Jadi perjalanan majlis sangat berjalan lancar. Tetamu pula tak putus putus bawa buah tangan iaitu kuih-muih.








Ramai juga tetamu menghulur untuk Dak Zafirah. Collection nya dah macam kenduri kahwin. Rezeki Dak Zafirah sangat.



Kepada semua tetamu yang hadir, kami sekeluarga ucap terima kasih. Semoga Allah SWT murahkan rezeki kepada kalian semua.