Pencarian Famous Penang Street Art Berjaya Dengan Menaiki Beca



Masa first time cari street art pada tahun lepas, agak rushing. Mana tak rushing pukul  tujuh malam baru sampai Armenian street. Huh dah nak maghrib baru nak mencari street art, memang ciput jeala jumpanya. Just jumpa dan bergambar di tiga top Penang Street Art sahajalah.

Trip kali ini memang aim nak cover semua art terutamanya yang top dan ada props. Tu yang sampai sampai sahaja Penang pada waktu pagi, terus ke Armenian Street. Supaya misi kali ini tercapai.

Pencarian street art hanya dengan berjalan kaki. Konon-konon nak buat stail backpackers explorace gitew. Art yang pertama jumpa adalah ‘Little Children On The Bicycle'.

Dah bergambar,  cari art seterusnya.  Kena berjalan sedikit sebab jarak antara satu art ke art seterusnya agak jauh. Baru berjalan ke next art, budak budak dah start meragam.

Little Children On The Bicycle

Macam tak sesuai nak buat aktiviti dengan berjalan kaki bila ada budak budak. Dengan cuaca panas lit lit lagi. Nampak sahaja beca di jalan, terus keluar idea nak mencari semua art dengan menaiki beca.

Dealing punya dealing dengan pengayuh beca dan campur dengan sesi tawar menawar, dapat deal dengan harga rm25 perbeca untuk membawa kami ke semua famous street art. Harga asal RM30.



Satu beca boleh 2 dewasa 2 kanak kanak naik. So just book 3 beca untuk kitaorang sekeluarga.

Penjelajahan mencari street art dimulakan dengan art ‘Reaching Art. Lokasinya di Lebuh Cannon. Di seberang jalan boleh jumpa art “Cat In A Window”

Reaching Up


Hanya berjalan sedikit daripada art tadi, boleh jumpa dua art iaitu Lets Push dan Thrishaw Vendor.

 Thrishaw Vendor

Lets Push

Seterusnya  adalah art kucing yang lokasinya di dalam kedai. Marketing strategy yang agak bagus. Tuan kedai dapat promosikan barang jualannya kepada pengunjung yang datang bergambar di art.



Gerak ke Armenian street untuk  pergi ke Art ‘I Want Bao’. Art ini mengunakan props motor dan tingkap.

I Want Bao

Siap bergambar, naik beca lagi untuk pergi ke Lebuh Chulia. Di jalan ini ada dua art iaitu “Brother and Sister Playing Basketball” dan ada iron sculpture /ukiran kepak rama-rama.

 Brother and Sister Playing Basketball

Butterfly's wing sculpture 

Arts seterusnya lokasinya hanya berdekatan sahaja dengan yang sebelum ini iaitu ‘Brother and Sister Playing Swing’ dan juga soy stall. Dua-dua ada mengunakan props.

Brother and Sister Playing Swing

soy stall

Lokasi terakhir adalah Lebuh Ah Quee. Di area ini ada dua art iaitu “Little Boy with Pet Dinosaur” dan “Boy On Motocycle” . Yang Boy On Motocycle mengunakan props motor yang real.

 Little Boy with Pet Dinosaur

Boy On Motocycle


Sangat-sangat berbaloi menjelajah top Penang Street Art dengan menaiki beca. Pakej sekali melihat dan menikmati keindahan bandar Georgetown.

Baby Zafirah behave sahaja di dalam beca walaupun sebenarnya aktiviti ini agak panas untuk baby. Yea naik beca pun still tak boleh lari daripada panas. Melainkan naik beca berhawa dingin. ahaks

Dak Zafirah layan jea

So, rasa tak larat nak berjalan kaki nak cover semua art boleh naik beca. Harga pun reasonable. Kalau nak berjalan kaki nak buat stail backpacker sambil membakar lemak, tak perlu naik beca. Berjalan kaki sahaja. Tapi make sure get ready dengan sun block dan air mineral la yea kalau melakukan aktiviti ini semasa cuaca panas. Tak kira berjalan kaki mahupun naik beca.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. alahai, bestnya tengok gambar2 semua. macam nak terbang pergi penang sekarang juga..

    ReplyDelete
  2. Menarik la semua art dia, lepas tu good idea juga naik beca , anak2 pun tak meragam senang nak jenjalan kan ..

    ReplyDelete
  3. Ohhh..di Penang yea.Kreatif betul kesemua art dia.Ni mau berjam jam ni utk selfie..ehehehe.Seronok lah tengoknya..Dapat pergi kesana lagi lah,haih.Harap satu hari nnt dapat singgah ke sana

    ReplyDelete
  4. Kalau jalan kaki memang syok tapi itulah larat dan tak larat je. tapi kalau nak pose sakan pada setiap mural lupa bab penat tu..hihi

    ReplyDelete
  5. Okay juga naik beca.. bayaran pun tak adalah mahal.. Boleh cover semua street art lagi.. Ohsem..

    ReplyDelete