Masa first time cari street art pada tahun lepas, agak rushing. Mana tak rushing pukul tujuh malam baru sampai Armenian street. Huh dah nak maghrib baru nak mencari street art, memang ciput jeala jumpanya. Just jumpa dan bergambar di tiga top Penang Street Art sahajalah.
Trip kali ini memang aim nak cover semua art terutamanya yang top dan ada props. Tu yang sampai sampai sahaja Penang pada waktu pagi, terus ke Armenian Street. Supaya misi kali ini tercapai.
Pencarian street art hanya dengan berjalan kaki. Konon-konon nak buat stail backpackers explorace gitew. Art yang pertama jumpa adalah ‘Little Children On The Bicycle'.
Dah bergambar, cari art seterusnya. Kena berjalan sedikit sebab jarak antara satu art ke art seterusnya agak jauh. Baru berjalan ke next art, budak budak dah start meragam.
Little Children On The Bicycle
Macam tak sesuai nak buat aktiviti dengan berjalan kaki bila ada budak budak. Dengan cuaca panas lit lit lagi. Nampak sahaja beca di jalan, terus keluar idea nak mencari semua art dengan menaiki beca.
Dealing punya dealing dengan pengayuh beca dan campur dengan sesi tawar menawar, dapat deal dengan harga rm25 perbeca untuk membawa kami ke semua famous street art. Harga asal RM30.
Satu beca boleh 2 dewasa 2 kanak kanak naik. So just book 3 beca untuk kitaorang sekeluarga.
Penjelajahan mencari street art dimulakan dengan art ‘Reaching Art. Lokasinya di Lebuh Cannon. Di seberang jalan boleh jumpa art “Cat In A Window”
Reaching Up
Thrishaw Vendor
Lets Push
I Want Bao
Siap bergambar, naik beca lagi untuk pergi ke Lebuh Chulia. Di jalan ini ada dua art iaitu “Brother and Sister Playing Basketball” dan ada iron sculpture /ukiran kepak rama-rama.
Brother and Sister Playing Basketball
Butterfly's wing sculpture
Arts seterusnya lokasinya hanya berdekatan sahaja dengan yang sebelum ini iaitu ‘Brother and Sister Playing Swing’ dan juga soy stall. Dua-dua ada mengunakan props.
Brother and Sister Playing Swing
soy stall
Lokasi terakhir adalah Lebuh Ah Quee. Di area ini ada dua art iaitu “Little Boy with Pet Dinosaur” dan “Boy On Motocycle” . Yang Boy On Motocycle mengunakan props motor yang real.
Little Boy with Pet Dinosaur
Boy On Motocycle
Sangat-sangat berbaloi menjelajah top Penang Street Art dengan menaiki beca. Pakej sekali melihat dan menikmati keindahan bandar Georgetown.
Baby Zafirah behave sahaja di dalam beca walaupun sebenarnya aktiviti ini agak panas untuk baby. Yea naik beca pun still tak boleh lari daripada panas. Melainkan naik beca berhawa dingin. ahaks
Dak Zafirah layan jea
So, rasa tak larat nak berjalan kaki nak cover semua art boleh naik beca. Harga pun reasonable. Kalau nak berjalan kaki nak buat stail backpacker sambil membakar lemak, tak perlu naik beca. Berjalan kaki sahaja. Tapi make sure get ready dengan sun block dan air mineral la yea kalau melakukan aktiviti ini semasa cuaca panas. Tak kira berjalan kaki mahupun naik beca.