Tapi mak especially mak lah, jaga saya tanpa kenal erti penat lelah.. Dan Alhamdulillah proses berpantang saya berjalan lancar. Berat badan ajealah susah nak dapat asal. Dah kerja melantak jea. Hikhik
Tempat saya nak bawa mak n didi makan adalah Me'nate Steak Hub, Shah Alam. Kenapa saya pilih Menate of course sebab tak pernah try makan di situ lagi.
Tak pernah try makan mesti ada sebab lain kan yang mendorong saya pilih untuk belanja makan di situ. Banyak lagi tempat lain kot yang tak pernah pergi lagi. Kenapa pilih menate.
Restaurant ini juga dikelolakan oleh bumiputera. Rasanye Menate adalah satu-satunya high end western kepunyaan bumiputera.
Second baca kebanyakan review semua makanan yang disediakan oleh Menate tak ada yang tak sedap. Tu sebablah saya pilih Menate.
Satu lagi, Menate banyak memenangi anugerah tau. Nak tahu anugerah apa, mintak Mr Google carikan lah yea. Hehe
Punyalah nampak sangat saya ni first timer. Masa sampai-sampai, terus duduk dan buka menu. Waiter di sebelah pulak tengok sahaja perbuatan kitaorang tanpa berkata apa-apa.
Dah tengok menu dan tengok di bahagian steak, masing-masing macam blur tak tau nak pilih. Tanya mak sebab mak bukan first timer. Dah second timer. Mak kata pilih jenis steak yang berkenan di hati. Lepastu tak dengar dah mak cakap apa. Maklumlah ada dua orang anak. Susah dah nak fokus kepada conversation sekarang ni.
Susah sangat terus mintak waiter explain. Dia cakap pilih steak di freezer. Bukan di menu. Owh gitu. Patutlah nampak ada customer sampai-sampai terus pergi ke bahagian freezer. Almaklumlah nubis kubis(newbie maksudnya)
Tengah pilih steak
Yang ni antara steak paling murah. Namanya Premium Grass Striploin. Murah-murah pun harganya RM63.84 jugak
Yang ini pulak salah satu part yang high end. Nama steak ni Angus F1 Striploin. Harganya RM94.60.
tak sempat nak snap cantik cantik. farid tak sabau nak makan
Saya pilih cara masakan medium rare. Mak bagitau kalau pilih medium done atau well done, steak liat. Tak dapat nak menikmati keenakkan steak. Saya pun pilih medium rare.
Bila dah dapat n makan, tak kena pulak pada tekak cara masakan medium. Potionnya besar amat dan ada rasa darah lagi. Senang cakap macam daging mentah pun ada.
Tekak melayu kan. Portion besar pulak tu. Ambil masa lah nak habiskan protein portion besau ni. Yang saya pilih untuk kimchi iaitu medium done,steak nya dah mengecut dan hampir garing. Yang ni baru kena tekak dengan saya. Selalu gitu. Orang lain punya mesti lagi sedap compare yang sendiri pilih. Huhu
Tengok saya punya dan mak punya. Nampak lebih kurang tapi jenis lain tau. Saya pilih Premium Grass Ribeye. Harganya
Fresh Salmon, RM 59.90
Lamb Loin Bone, RM67.84
Side dish dah fix iaitu salad dan mash potato. Sos pula ada black pepper dan mushroom. Saya pilih mushroom sauce. Sauce memang sedap.
Rasa yang Farid punya. Farid punya paling premium iaitu Angus F1 Striploin. Rasanye yang ni perghhhh.. Bila kunyah daging nya cair di mulut. Cara masak pulak medium well done. Lagi lah sedap. Harga pun dia punyalah paling sedap sekali. Ahaks
Cheese burger untuk Zafran
Filete De Cordero, RM75.00
Hazie pilih Fresh Salmon. Not bad jugak rasanya. Dak zafran pilih burger. Mula mula makan sedap. Bila dah sejuk jadi liat.
Yang Mak & Mus, bagi saya rasa lebih kurang. Padahal bukan ambil jenis yang sama pun. Kan saya dah cakap tadi. Saya bukannya steak lover mahupun food critic. Memang tak dapatlah nak bezakan rasa steak ni.
Memang dikategori sebagi restoran high end lah kan
Part best di sini drinks adalah free flow. Free nak minum apa pun(yang disediakan oleh Menate) dan boleh minum seberapa kali dan banyak yang kita nak.
Haritu pun pernah makan dekat Menate Shah Alam ni, tapi Ekin tak berapa suka sangat.. Mungkin tekak lain2 kan.. Hihi
ReplyDeletemak oii...sekali makan RM500.
ReplyDeletelemah kepala lutut jika belum cukup kaya untuk makan sebegini mewah..
apa-apapun bukan setiap hari dan menikmati makanan bersama orang yang tersayang adalah nikmat kesyukuran yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata
walaupun mahal sy tgk menate kt setapak tu sokmo penuh je org...waduhhh sedapnya steak...
ReplyDeleteDah pernah makan kat sini masa food review Ramadhan yang lalu. Setuju bab kesedapannya! Tidak dinafikan. ..
ReplyDeleteEermmm. .. Cheese burger untuk Zafran tu leh habis ker? ? Menyelerakan sungguh
Kalau nak makan sini satu family, memang kena sedia rm500++. Harga per person pon dah nak smpai rm100
ReplyDeleteTak pernah cuba.. sesekali rewards diri dengan makanan mahal memang berbaloi..
ReplyDeletepuas makan steak kat sini...
ReplyDeleteSuka makan kat situ tapi tak boleh selalu. Mungkin dua tiga bulan sekali.
ReplyDeletewaaaaa.. terbaek :)
ReplyDelete