Menikmati Steak Di Restoran Me'nate Steak Hub, Shah Alam Untuk Menyambut Kemerdekaan Habis Berpantang

Lepas habis berpantang hari tu, belanja mak dan didie makan di tempat special..yeala mak and didie yang all out jaga saya dan baby semasa berpantang..Jaga time bulan puasa pulak tu..Haa yea bulan puasa.  Dapat rasakanlah mencabar tak mencabar jaga orang pantang time puasa.

Tapi mak especially mak lah, jaga saya tanpa kenal erti penat lelah.. Dan Alhamdulillah  proses berpantang saya berjalan lancar. Berat badan ajealah susah nak dapat asal. Dah kerja melantak jea. Hikhik



Tempat saya nak bawa mak n didi makan adalah Me'nate Steak Hub, Shah Alam.   Kenapa saya pilih Menate of course sebab tak pernah try makan di situ lagi.

Tak pernah try makan mesti ada sebab lain kan yang mendorong saya pilih untuk belanja makan di situ. Banyak lagi tempat lain kot yang tak pernah pergi lagi. Kenapa pilih menate.


Sebabnya Menate adalah high end western restaurant yang ada sijil halal dari Jakim. Saya cakap high end sebabnya makanan yang disediakan oleh chef yang hampir bertaraf michelen star dan harganya setiap menu paling murah rm50.

Restaurant ini juga dikelolakan oleh bumiputera. Rasanye Menate adalah satu-satunya high end western kepunyaan bumiputera.

Second baca kebanyakan review semua makanan yang disediakan oleh Menate tak ada yang tak sedap. Tu sebablah saya pilih Menate.

penerangan bahagia-bahagian steak

Satu lagi, Menate banyak memenangi anugerah tau. Nak tahu anugerah apa, mintak Mr Google carikan lah yea. Hehe

Punyalah nampak sangat saya ni first timer. Masa sampai-sampai, terus duduk dan buka menu. Waiter di sebelah pulak tengok sahaja perbuatan kitaorang tanpa berkata apa-apa.

Dah tengok menu dan tengok di bahagian steak, masing-masing macam blur tak tau nak pilih. Tanya mak sebab mak bukan first timer. Dah second timer. Mak kata pilih jenis steak  yang berkenan di hati. Lepastu tak dengar dah mak cakap apa. Maklumlah ada dua orang anak. Susah dah nak fokus kepada conversation sekarang ni.

Susah sangat terus mintak waiter explain. Dia cakap pilih steak di freezer. Bukan di menu. Owh gitu. Patutlah nampak ada customer sampai-sampai terus pergi ke bahagian freezer. Almaklumlah nubis kubis(newbie maksudnya)

 Tengah pilih steak



Terus bagitau kat godiks pilih daging sendiri di Fridge(yup, godiks lain pun join jugak. lagi ramai barulah meriah). Masing-masing dah pilih steak. Steak yang di fridge tu dah siap dipotong ikut saiz hidangan dan di dalam paket. Berat, jenis steak dan harga ada tertera pada paket tersebut. So senanglah pilih steak pada yang kena taste. Kalau saya pilih ikut harga. Yeala pilih ikut hargalah. Nak pilih ikut taste saya bukanlah steak lover. Yang dah tahu nak jenis premium je.. ahaks

Yang ni antara steak paling murah. Namanya Premium Grass Striploin. Murah-murah pun harganya RM63.84 jugak

 Yang ini pulak salah satu part yang high end. Nama steak ni Angus F1 Striploin. Harganya RM94.60.
tak sempat nak snap cantik cantik. farid tak sabau nak makan

Lepastu pilih cara masak. Ada 5 jenis iaitu rare, medium rare, medium, medium well dan well done. Apa beza kelima-lima cara masakan ni. Tengoklah explaination di gambar bawah yea.



Saya pilih cara masakan medium rare. Mak bagitau kalau pilih medium done atau well done, steak liat. Tak dapat nak menikmati keenakkan steak. Saya pun pilih medium rare.

Bila dah dapat n makan, tak kena pulak pada tekak cara masakan medium. Potionnya besar amat dan ada rasa darah lagi. Senang cakap macam daging mentah pun ada.

Tekak melayu kan. Portion besar pulak tu. Ambil masa lah nak habiskan protein portion besau ni. Yang saya pilih untuk kimchi iaitu medium done,steak nya dah mengecut dan hampir garing. Yang ni baru kena tekak dengan saya. Selalu gitu. Orang lain punya mesti lagi sedap compare yang sendiri pilih. Huhu

 Tengok saya punya dan mak punya. Nampak lebih kurang tapi jenis lain tau. Saya pilih Premium Grass Ribeye. Harganya

 Fresh Salmon, RM 59.90

Mak pilih Grain-Fed Striploin. RM67.50

Lamb Loin Bone, RM67.84


Side dish dah fix iaitu salad dan mash potato. Sos pula ada black pepper dan mushroom. Saya pilih mushroom sauce. Sauce memang sedap.

Rasa yang Farid punya. Farid punya paling premium iaitu Angus F1 Striploin. Rasanye yang ni perghhhh.. Bila kunyah daging nya cair di mulut. Cara masak pulak medium well done. Lagi lah sedap. Harga pun dia punyalah paling sedap sekali. Ahaks

Cheese burger untuk Zafran

Filete De Cordero, RM75.00 

Hazie pilih Fresh Salmon. Not bad jugak rasanya. Dak zafran pilih burger. Mula mula makan sedap. Bila dah sejuk jadi liat.

Yang Mak & Mus, bagi saya rasa lebih kurang. Padahal bukan ambil jenis yang sama pun. Kan saya dah cakap tadi. Saya bukannya steak lover mahupun food critic. Memang tak dapatlah nak bezakan rasa steak ni.

Memang dikategori sebagi restoran high end lah kan

Part best di sini drinks adalah free flow. Free nak minum apa pun(yang disediakan oleh Menate) dan boleh minum seberapa kali dan banyak yang kita nak.

Next time kalau nak makan di Menate tahu dah nak plih cara masakan yang kena dengan tekak saya iaitu medium well done tak pun well done terus.

Share this:

, ,

CONVERSATION

9 comments:

  1. Haritu pun pernah makan dekat Menate Shah Alam ni, tapi Ekin tak berapa suka sangat.. Mungkin tekak lain2 kan.. Hihi

    ReplyDelete
  2. mak oii...sekali makan RM500.

    lemah kepala lutut jika belum cukup kaya untuk makan sebegini mewah..

    apa-apapun bukan setiap hari dan menikmati makanan bersama orang yang tersayang adalah nikmat kesyukuran yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata

    ReplyDelete
  3. walaupun mahal sy tgk menate kt setapak tu sokmo penuh je org...waduhhh sedapnya steak...

    ReplyDelete
  4. Dah pernah makan kat sini masa food review Ramadhan yang lalu. Setuju bab kesedapannya! Tidak dinafikan. ..
    Eermmm. .. Cheese burger untuk Zafran tu leh habis ker? ? Menyelerakan sungguh

    ReplyDelete
  5. Kalau nak makan sini satu family, memang kena sedia rm500++. Harga per person pon dah nak smpai rm100

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba.. sesekali rewards diri dengan makanan mahal memang berbaloi..

    ReplyDelete
  7. puas makan steak kat sini...

    ReplyDelete
  8. Suka makan kat situ tapi tak boleh selalu. Mungkin dua tiga bulan sekali.

    ReplyDelete