Memang resepi egg tart/tart telur ni senang nak ingat. Sebab apa saya cakap macam ni. Sebabnya adik saya, Didi boleh buat egg tart ni tanpa rujuk resepi. Dah ada dalam kepalanya. Nak cakap betapa senangnya resepi egg tart ni.
Of course Didi dah banyak kalilah buat sebelum tu. Tapi still resipe ini dikira senang jugaklah sebab di hujung jari didi sahaja. Oklah, tanpa melengahkan masa, saya kongsikan resepi egg tart yang senang nak ingat ini.
Crust pastry(Kulit tart)
Bahan2
125 gram butter
63 gula halus
250 gram tepung gandum
1 biji telur kuning
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar air
Cara-cara
1) masukkan tepung dan gula ke dalam bekas.
2) letak butter kedalam bekas yg dah letak tepung dan gula tadi, kacau dan pukul hingga sebati.
3) masukkan kuning telur,esen vanilla dan air.
4) kacau dan uli hingga menjadi doh.
5) Sapu acuan tart/loyang kek (berukuran 9'. 8' atau 7' pun boleh jugak) dengan marjerin.
6) Masukkan doh ke dalam acuan/loyang. Tekan dan ratakan hingga kemas. Cucuk- cucuk dasar pastry dengan garpu supaya pastry mudah masak
Filling(Inti)
1) 2 biji telur kuning
2) 4 biji telur
3) 200 gram susu segar ( 1 cawan)
4) 1 sudu kecil asen vanilla
5) 90gram gula
6) 60gram air
Cara-cara
1) campurkan kesemua bahan 1-4 dan kacau hingga sebati
2) panaskan bahan 5-6 di atas api yg kecil..
3) campur kan di dalam telur yang sudah dipukul tadi..Kacau hingga sebati.
4) Tuang bancuhan inti ke dalam kulit tart secara perlahan-lahan
5) Masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180-190 degree celcius selama 15min-20min. Setting ni kena cuba dan jaya yea. Sebab setiap oven setting nya tak sama.
Rupa egg tart setelah dituang intinya dan sebelum dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar
Mudahkan nak buat egg tart ni kalau tengok resepi ni. Sebelum ni saya ingatkan apa-apa yang melibatkan tart, confirm susah nak buat. Macam cheese tart, portugis tart dan etc. Salah sangkaan saya rupanya beli tengok adik saya boleh buat egg tart dengan cepat dan tanpa tengok resepi ni.
Dah siap masak & dipotong...
Ke ada yang rasa resepi ini pun still rasa susah jugak nak buat egg tart. Cuba dulu buat. Tak cuba, macam mana nak tahu susah ke senang. Apapun kepada yang nak cuba, saya wish Selamat Mencuba dan hopefully berjaya,
nak sikittttt
ReplyDeletewow.... terpegunnya kita..... sedap gebu nampak. tak pernah ku buat art egg ni....
ReplyDeleteKalau masuk kedai bakery, benda first saya cari egg tart. Memang suka sangat makan egg tart tapi nak buat sendiri tak pernah try lagi :D
ReplyDeletehi..singgah sini...
ReplyDeletejemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html
Sampai sekarang tak pandai makan egg tart.. Kalau cheese tart memang favourite.
ReplyDeleteNampak sedap je. Nanti nak cuba resepi ni pulak lah.
ReplyDeleteWah senang jer buat..cuma rajin ke malas jer nk try.hehe. tq for sharing. Bila mood rajin nnt nak try la
ReplyDeleteNampak sedap..kalau ditukar coklat mesti lagi sedp...hehehe...
ReplyDeleteHuishh.... Sedapnya! Dah lama gak tak bikin egg tart ni. Cuma kak nina biasanya buat Portuguese egg tart. Base dia lain sikit adunannya
ReplyDeletesedap nmpknya..tk pernh try buat..slalu bli je..tq share resepi
ReplyDeleteMenarik resepi ni, bolehlah cuba nanti..
ReplyDeleteNampak sedap dan mudah. Bolehlah cuba ni.
ReplyDeleteCara Kecilkan Liang Pori Dengan Berkesan
nampak sedap tapi belum ada kesempatan untuk cuba..
ReplyDeletetunggu dah ada dapur sendiri..itupun kalau ada keinginan nak emncuba
woosh!! sedap2 :D
ReplyDeleteSyaza follow akak~
nampak sedap sangat!
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.
ReplyDeletehttps://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html
Sedapnya nampak...tapi nak buat takut tak jadi. Saya bookmark dulu la, nanti dah ada keberanian..cari resepi ni balik
ReplyDeleteNampak sedap, dah lama tak makan tart telur
ReplyDeleteWah, fevret zumal tu tapi nak buat sendiri tak pandai
ReplyDeleteAla teringinnya! Nak try buat jugalah :D
ReplyDeleteRajin makan je.. tak rajin nak buat.. Kikikiki..
ReplyDeleteAduhhh sedapnya.. nnt nak try buat la..senang je..
ReplyDelete