Raya & Newborn Visits By Friends Cum My Baby Boy’s Fourth Birthday Celebration


Baby boy? Bukan yang baru lahir Mei hari tu, baby girl ke. Baby Boy mana pulak ni. Kalau dah birthday celebration untuk yang keempat tahun, of courselah untuk Zafran. Baby boy tu merangkap kepada Dak Zafranlah..

Walaupun dah masuk 4 tahun, Dak Zafran still baby to me. Still manja dengan mama walaupun dah ada adik. Dengan perangainye yang ‘ado-ado’(mengade), sangat-sangat sesuailah gelaran baby untuk Dak Zafran.




Ada terbaca info sharing toddler berperangai manja, mengada disebabkan oleh layanan ibu bapanya  terhadap anak-anaknya. Ibu bapa seharusnya tidak boleh menunaikan apa-apa jenis permintaan anak (tak kira baik ke buruk ke) especially semasa peringkat toddler ni.

Kalau tak nanti akan nanti akan ada implikasi tak baik seperti anak-anak akan berperangai mengada-gada( macam Dak Zafranlah.ahaks), besar kepala, degil dan etc.


Mula-mula memang taknak layan semua permintaan Dak Zafran. Tapi bila fikir balik, macam kesian pulak. Yeala, kalau bukan dengan mak pak dia nak minta, habis dengan siapa lagi.

Kalau request toy harga ribu-riban, apa-apalah yang melibatkan kos yang tinggi & membahayakan of course lah tak layan. Ni setakat bawa pergi playground, tengok tv bersama-sama, etc salah ke nak memenuhi permintaan sedemikian.

Tengah nyanyikan birthday song untuk birthday boy

Sesi potong kek Dak Zafran ditemani oleh Dak Aiman

Macam inilah. Setiap parents ada cara masing-masing membesarkan anak-anak. Yang pastinya, semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak. Habis cerita pasal ni. Nak sambung cerita member ofis iaitu Lina & Balqis datang beraya rumah parents di PJ. Sambil-sambil tu depa nak tengok newborn baby girl, Alyaa Zafirah.

New York Cheese Cake From Secret Recipe

Alang-alang masing-masing datang satu family, buat sekali birthday celebration untuk Dak Zafran yang keempat tahun. Simple celebration ajea. Last minute planning kan.


Nasib baik ada Mustaza yang boleh tolong buat deco. Dia cakap dia dh biasa buat kerja-kerja adhoc ni. Adhoc pun boleh tahan juga Mus punya decoration. Kalau tak adhoc, lagi kebabom kot deco nya.
Cake pula beli di tak lain tak bukan di Secret Recipe. Menu  pula adalah mee kari.

Hadiah untuk Alyaa Zafirah daripada Lina & Balqis

Birthday Zafran tahun ini disambut dengan kawan-kawan mama pulak. Kalau sebelum ini dengan family samaada belah mama atau papa.

Hadiah untuk birthday boy, pemberian auntie Didi & Lina

To Lina & Balqis & family masing-masing, thanks datang melawat Alyaa Zafirah & memeriahkan sambutan harijadi Zafran.

Dak Aqil Zafran, Happy Birthday to you. Mama & Papa akan try the best tak miss sambut harijadi Zafran setiap tahun. Birthday celebration adalah salah satu cara mama papa memperingati hari yang bertapa gembiranya mama & papa dengan kelahiran Aqil Zafran di dunia.


Semoga mama papa dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Aqil Zafran dan membentuk Aqil Zafran menjadi insan yang berjaya di dunia & Akhirat.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

12 comments:

  1. Alhamdulillah..4 tahun dah umur awak..dah jadi abang pun...moga menjadi hamba Allah yang taat ya...aamin.

    ReplyDelete
  2. tahniah.. semoga anak2 menjadi anak solehah..

    ReplyDelete
  3. hepi bestday aqil zhafran..:)

    ReplyDelete
  4. happy birthday Zafran..semoga membesar menjadi anak yg soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Zafran.. Semoga adik membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh serta kebanggaan ibu dan ayah..

    ReplyDelete
  6. Happy birthday buat Aqil Zafran..

    ReplyDelete
  7. layan permintaan anak tu boleh tetapi berpada-padalah.

    mak saya selalu cakap pada saya, kau besar macam mana pun mak tetap anggap kau budak kecik lagi. Aduhhh!!!

    ReplyDelete