15 August 2018

Dua Budak Cilik Tengok Kereta Api Lama Di Hadapan Galeri Perbandaran Taiping




Bandar Taiping ada banyak port menarik dan cantik kerana bandar Taiping adalah bandar bersejarah. Kalau nak tahu Taiping sudah dikenali sebagai Bandar Warisan Negeri Perak.



Port menarik yang pergi bersama-sama dengan budak-budak cilik iaitu Dak Zafran dan sepupunya Qisya ialah Landasan Kereta Api lama. Landasan ini ada kereta api lama. Lokasi landasan ni berhadapan dengan Galeri Perbandaran Taiping.


Galeri Perbandaran Taiping

Dak Zafran kan suka transportation. So, bawaklah ke lokasi yang Zafran boleh tengok apa yang dia minat. Dak Qisya turut diheret sama tengok kereta api lama ini. Mesti dalam fikiran Qisya tak ada tempat lain ke nak pergi. Kereta api lama jugak nak tengok. Ahaks.

Galeri Perbandaran Taiping ni dulunya adalah muzium. Saya pernah masuk sekali. Sekarang dengar cerita, dah tak jadi muzium dah. Dah jadi  Pusat Informasi Setempat. Kalau nak dapatkan maklumat mengenai produk-produk pelancongan di Taiping, boleh berkunjung ke galeri ini. Tapi sekarang ditutup kerana ada kerja-kerja penambahbaikkan dilakukan. Bila nak buka balik, itu tak tahu.




Landasan kereta api & Galeri Perbandaran Taiping adalah antara tempat bersejarah menarik yang ada Taiping. Tempatnya juga cantik & sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot. Lain-lain port menarik ada yang saya dah up dalam blog dan ada yang belum. Mana yang belum bakal menyusul dalam blog ni.

13 comments:

  1. Mesti dia pelik tengok keretapi tu kan,
    tak bergerak

    ReplyDelete
  2. saya suka area mcm ni... di kelilingi 'sejarah'... tp entah bla laa sy nk smpi taiping ni...

    ReplyDelete
  3. Wah memang rare la keretapi ni...

    ReplyDelete
  4. lama gak tak pi taiping.. last tahun lepas kot.. memang best taiping, sebab macam old school sikit area dia kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknya jalan2 camni. Tak pernah singgah lagi galeri ni, next time pi Taiping nak terjah jugakla..

    ReplyDelete
  6. ada peluang dan kesempatan ..memang teringin juga nak ke Taiping..

    kata orang jauh perjalanan luas pandangan..

    ReplyDelete
  7. Pergi ipoh je pernah..taiping tak pernah lagi

    ReplyDelete
  8. Tempat ni cantik kalau nak buat apa-apa photoshoot. orang kawen ke, graduate ke any sorts of special event

    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/what-to-see-do-eat-best-activities-in.html

    ReplyDelete
  9. Best ni utk port bergambar.. Liez smp taiping pun ke rumah mak saudara je.. xpernah jln2 lagi

    ReplyDelete
  10. tak pernah sampai lagi kat taiping ini

    ReplyDelete