Resepi Egg Tart @Tart Telur Yang Senang Ingat Dalam Kepala
Memang resepi egg tart/tart telur ni senang nak ingat. Sebab apa saya cakap macam ni. Sebabnya adik saya, Didi boleh buat egg tart ni tanpa rujuk resepi. Dah ada dalam kepalanya. Nak cakap betapa senangnya resepi egg tart ni.
Of course Didi dah banyak kalilah buat sebelum tu. Tapi still resipe ini dikira senang jugaklah sebab di hujung jari didi sahaja. Oklah, tanpa melengahkan masa, saya kongsikan resepi egg tart yang senang nak ingat ini.
Crust pastry(Kulit tart)
Bahan2
125 gram butter
63 gula halus
250 gram tepung gandum
1 biji telur kuning
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar air
Cara-cara
1) masukkan tepung dan gula ke dalam bekas.
2) letak butter kedalam bekas yg dah letak tepung dan gula tadi, kacau dan pukul hingga sebati.
3) masukkan kuning telur,esen vanilla dan air.
4) kacau dan uli hingga menjadi doh.
5) Sapu acuan tart/loyang kek (berukuran 9'. 8' atau 7' pun boleh jugak) dengan marjerin.
6) Masukkan doh ke dalam acuan/loyang. Tekan dan ratakan hingga kemas. Cucuk- cucuk dasar pastry dengan garpu supaya pastry mudah masak
Filling(Inti)
1) 2 biji telur kuning
2) 4 biji telur
3) 200 gram susu segar ( 1 cawan)
4) 1 sudu kecil asen vanilla
5) 90gram gula
6) 60gram air
Cara-cara
1) campurkan kesemua bahan 1-4 dan kacau hingga sebati
2) panaskan bahan 5-6 di atas api yg kecil..
3) campur kan di dalam telur yang sudah dipukul tadi..Kacau hingga sebati.
4) Tuang bancuhan inti ke dalam kulit tart secara perlahan-lahan
5) Masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180-190 degree celcius selama 15min-20min. Setting ni kena cuba dan jaya yea. Sebab setiap oven setting nya tak sama.
Rupa egg tart setelah dituang intinya dan sebelum dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar
Mudahkan nak buat egg tart ni kalau tengok resepi ni. Sebelum ni saya ingatkan apa-apa yang melibatkan tart, confirm susah nak buat. Macam cheese tart, portugis tart dan etc. Salah sangkaan saya rupanya beli tengok adik saya boleh buat egg tart dengan cepat dan tanpa tengok resepi ni.
Dah siap masak & dipotong...
Ke ada yang rasa resepi ini pun still rasa susah jugak nak buat egg tart. Cuba dulu buat. Tak cuba, macam mana nak tahu susah ke senang. Apapun kepada yang nak cuba, saya wish Selamat Mencuba dan hopefully berjaya,
Memang resepi egg tart/tart telur ni senang nak ingat. Sebab apa saya cakap macam ni. Sebabnya adik saya, Didi boleh buat egg tart ni ta...