18 July 2018

Tradisi Baraan Geng Legend & Spouse Diteruskan Untuk Tahun Kedua Demi Kesinambungan Generasi Masa Hadapan

Tahun lepas, tradisi baraan di kalangan Geng Legend & Spouse dapat dilakukan dengan jayanya. Boleh baca dengan klik SINI 

Baraan dengan semangat membara

Kejayaan baraan tahun lepas adalah sebagai titik tolak untuk menjadikan tradisi baraan sebagai aktiviti wajib dilakukan pada setiap tahun/raya.

First pit stop: Rumah Sheeren & Hairul

Tahun ini hampir gagal untuk mengadakan baraan kerana ada yang mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Tapi oleh kerana geng legend & spouse memiliki semangat juang yang tinggi, ahli kumpulan cuba sedaya upaya menjayakan tradisi baraan untuk tahun ini.

Second: Rumah Sapian di Sungai Plong

Alhamdulillah, tradisi baraan dapat dilakukan dua tahun berturut-turut.  Walaupun tempat-tempat singgahan tidak sebanyak seperti tahun lepas, tetapi tak kisah. Asalkan tradisi baraan ada dilakukan untuk tahun ini.
Third: Rumah parents saya di PJ

Kena tahu melalui tradisi baraanlah, dapat mengukuhkan ikatan ukhwah sesama ahli kumpulan. Dan yang paling penting, adalah untuk kesinambungan generasi masa hadapan dengan penglibatan gen z, iaitu anak-anak Geng Legend & Spouse.


Jika tidak, tradisi baraan pasti akan ditelan zaman kesan daripada arus globalisasi yang kejam, yang melanda pada zaman sekarang.

Menu yang dihidangkan untuk geng baraan

OMGGGG. Ilmiah sungguh penulisan saya ni..Entah kenapa entah tetiba ter menulis dengan skima tahap maksimnya.. Tapi apa yang saya tulis tu, betullah kan.

Pakchik-pachik bawang

Yea, masih diteruskan untuk tahun kedua. Hope sampai bila-bilalah buat baraan ni.

Fourth: Rumah Manisan di Puncak Alam

Saya, Kimi dan anak-anak tak join dari rumah first iaitu di Sungai Plong. Sebab ada baby. Susah nak bangun pagi-pagi. Lepastu saya masih lagi di rumah parents iaitu di PJ.

Fifth: Rumah Faid di Ijok

Tapi still ajak mereka untuk datang beraya di rumah parents. Rumah parents adalah 3rd pit stop untuk baraan. Dari rumah parents baru saya, kimi dan anak-anak join baraan. Join jugak tau. Nak beri sokongan moral (sokongan moral kau) terhadap aktiviti baraan ni.

Ada baby ginilah..Sebelah pegang makanan, sebelah lagi dodoi anak.

Menu yang dihidangkan untuk mereka adalah mee goreng, oreo pudding, egg tart & popia. Selesai beraya, terus gerak ke pitstop seterusnya.

Dah nak balik. Tapi yang lain nak pergi rumah yang last di Kuala Selangor

Pitstops seterusnya adalah di Puncak Alam & Kota Puteri. Untuk last pitstop iaitu di Kuala Selangor, saya, kimi & anak-anak tak join rombongan baraan. Kena balik awal dan kalau boleh sebelum maghrib  sebab ada baby kan.

Rumah terakhir

Memang seronok bila ada aktiviti baraan ni. Bila geng sekepala membawang dapat lupa seketika masalah hutang negara yang ber trillion-trillon tu. (Adui habis duit kwsp saya yang carum sejak umuq 21 tahun. Huhuhu.)

Apapun, jangan berhenti buat tradisi baraan yea guys..

P/S: . Kalau nak tahu, Geng Legend & Spouse sebenarnya asal daripada Kimchi & the gang yang bekerja di company yang sama & juga plant yang sama iaitu Hartalega. Pasangan-pasangan join group ni semasa nak organize aktiviti baraan pada tahun lepas. Kalau nak tahu macammana group ini terbentuk. Kalau taknak tahu, byee.. :P

10 comments:

  1. Baraan maksud dia berkunjung dari rumah ke rumah beramai- ramai ye?seronok nampak sebab meriah ramai- ramai menziarahi saudara mara

    ReplyDelete
  2. baraan tu apa ye? btw bestnya dapat berkunjung ramai2 :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baraan ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. :)

      Delete
  3. bestnya ada program macam ni..:)

    ReplyDelete
  4. salam..

    bestkan..biasa buat masa raya pertama kat kg.jenjalan dgn pakcik,makcik dan adik2 sedara yang ramai..mmg meriah

    ReplyDelete
  5. best baraan ni..beraya ramai-ramai..kalau kat kampung memang dapat pergi rumah berdekatan situ, pergi semua..jalan kaki je..hehe

    ReplyDelete
  6. kekalkan tradisi . muahahaha

    ReplyDelete