Musim Buah Mengganas di Kampung Uwan, Kampung Jempol Negeri Sembilan



Bila dapat tahu musim buah sedang berlangsung di kampung uwan, memang tidak lepaskan peluanglah untuk menikmati musim tersebut. Lagi-lagi buah yang sangat sekarang sukar dicari dan didapati iaitu MANGGIS, pokok-pokoknya tengah berbuah lebat. Apalagi sampai sahaja cuti hujung minggu, terus balik kampung.


Hampir semua (rasanya semualah) manggis di kampung uwan dan juga di kebun uwan(sekarang dah jadi kebun pak uda). Pokok rambutan pun berbuah lebat juga. Dapatlah bawak balik buah manggis dan juga buah rambutan.

Tapi nak kutip buah manggis agak mencabar sedikit. Daun-daunya agak lebar & lebat. Kena cari betul-betul baru jumpa. Lepastu yang tempat yang tak boleh dicapai dari tanah, kena panjat pokok. Mus lah yang diberi tugasan tersebut iaitu panjat pokok untuk memetik di pokok yang tinggi.

Mus tengah memanjat pokok manggis

Hasilnya dapat bebekas-bekas buah rambutan dan juga manggis.  Dapat makan sehingga puas hati. Kalau beli buah manggis, paling murah RM4/kg. 1kg dapatlah 14 biji. Ini harga pak uda jual. Kalau orang lain jual, lagi mahal kot. Tapi dengar-dengar kat Taiping boleh dapat RM2/kg. Itu di Taiping lah.

fresh from pokok

Lama menunggu pokok manggis berbuah lebat. Last sekali berbuah macam ni dua tahun lepas. Tahun ini tahun ini dapat makan sampai buntat.

Hasil petik di kebun

Anak cucu dapat menikmati buah-buahan yang segar dan banyak macam ni adalah kerana jasa arwah atuk. Al fatihah to Atuk Mohd Noor.

Share this:

, ,

CONVERSATION

13 comments:

  1. seronok lah musim buah ni, dapat makan buah banyakkkk haha

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..tahun ni SA x berapa makan manggis or rambutan..lebih kepada durian..hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow banyaknya durian. Tahun ni belum makan durian lagi. Huhu...

    ReplyDelete
  4. Memang seronok. Minggu lepas pakat dengan sepupu, pakcik makcik semua ajak balik kampung kutip buah. Banyak kali turun kebun pun still tak habis sebab banyak sangat haha...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Ya Tuhanku sedapnya dapat makan buah-buahan tempatan meriah macam ni..

    ReplyDelete
  6. tolonglah campakkan sebiji dua kat sy yg tgh kempunan ni hahaha

    ReplyDelete
  7. perghhh sedapnya makan buah manggis tu. Saya suka buah manggis. Biasa beli je kat Chow Kit tu. Maklumlah orang KL. Haha. Done follow blog ni.

    ReplyDelete
  8. banyak nyaa buah manggis tuh, peminat juga nih tapi memang mahal sekilonya.

    ReplyDelete
  9. Rambutannya enak tuh ,, apalagi kalo ngelotok buahnya..

    ReplyDelete
  10. kalau ada dusun mmg best time musam buah-buahan nie

    ReplyDelete
  11. Tahun ini Alhamdulillah dapat makan buah manggis. Banyak jual (kes takda kebun)..hihi

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... seronok bila ada kebun sendiri.. Puas hati makan buah-buahan..

    ReplyDelete