Mama & baby masih dalam fasa berpantang ni
Kalau dah nama berpantang, almost kesemua juadah raya saya boleh tengok dan bau sahajalah. Sadis kan. Nak buat macam mana. Siapa suruh tak pandai timing kan. Timing apa. Faham-faham sendiri sahajalah. Ahaks.
Tapi boleh lagi bagi duit raya kat sepupu-sepupu yang kecil hinggalah masih belajar
Ala, bukan big deal pun bersalin semasa betul-betul dah nak masuk Ramadhan. Setakat tak dapat merasa juadah raya pada awal Syawal sahaja. Lepastu hari yang ke 13 Syawal, dah dapat dah makan. Of course kena berpada-padalah. Takut ada makanan yang memberi kesan kepada baby. BF kan.
Bersalam-salaman dengan uwan
Mak dan uwan
Big deal pun setakat kena ganti balik puasa 1 bulan. Agak sukar nak kena puasa semasa orang lain tak puasa. Kena ganti satu bulan pulak tu.
Dak Zafirah pun nak kutip duet raya
Actually ini bukan pengalaman baru bagi saya iaitu raya dalam pantang ni. Masa Zafran dulu pun jadi perkara yang sama jugak. Zafran lahir seminggu sebelum bulan puasa. Habis jea ganti puasa satu bulan. Tapi ambil masa 2 tahun jugaklah dan kena bayar fidyah sekali. Kuikuikui.
Fikir yang baik-baik sahajalah. Bila pantang time Syawal dapatlah kawal pemakanan. Dapatlah turunkan berat badan. Orang lain naik berat badan semasa Raya, kita pulak turun (turun ke). Betul tak. Hehe.
bergambar dengan generasi paling tua dan paling muda
Enon familia
freestyle
Walaupun Syawal tinggal 2 hari sahaja, tapi still nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hope belum terlambat lagilah yea. Fuhh sempat jugak up entri raya sebelum syawal berakhir. hehe.
Wah meriahnyaaaa, ramai tu. Selamat hari raya dik zafirah . Eh eh
ReplyDeletewah..sedondon..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya penselduabee walaupun raya dah hampir ke penghujungnya
ReplyDeleteKak tetap gojes even dalam pantang. Haha.
ReplyDeletePergh!! untung pantang masa raya.. Badan slim je.. kikiki..
ReplyDeletePart ganti puasa tu memang Sha faham sangat.. Chayook.. Chayook ye Radhia..
lama x terjah sini.
ReplyDeleteblogwalking hari ni...
selamat hari raya.
selamat berbaby baru yg comel. tahniah :)
wahhh tema raya kita sama lah! Meriahnya satu family beraya :D
ReplyDeletemrs pip pun kena ganti puasa juga coz preggy ni mmg tak puasa sebab HB rendah lepas tu selalu muntah2 ....
ReplyDeleteWow, semuanya sedondon.. Meriah keluarga akak.. =)
ReplyDeleteBerbaloi beraya dalam pantang.. sebab dapat orang baru dalam hidup..
ReplyDeletedugaan jiwa raga nak makan macam2 xleh ye.. tapi xpe demi kesihatan. hehe baby lahir shari lepas besday kitala.. geng Taurus ni =P
ReplyDeletesekurangnya dapat jug aberaya, pakai baju raya..hehee..comel je si kecik tu
ReplyDeleteWah! tema hijau sekeluarga besar ha, terbaik!
ReplyDeleteMrs. A anak pertama pun delivered bulan puasa tapi alhamdulillah berjaya ganti puasa sebulan tu buat time hari kerja ok jer... sebab time tu kerja KL pergi subuh balik maghrib terus buka jer...