Beraya Dalam Pantang Kerana Alyaa Zafirah

Dak Alyaa Zafirah lahir pada 15 Mei 2018. Ramadhan start pada 17 Mei. Raya pertama baru hari berpantang yang ke 32. Maknanya, raya tahun ini terpaksalah sambut dalam keadaan masih berpantang.

Mama & baby masih dalam fasa berpantang ni

Kalau dah nama berpantang, almost kesemua juadah raya saya boleh tengok dan bau sahajalah. Sadis kan. Nak buat macam mana. Siapa suruh tak pandai timing kan. Timing apa. Faham-faham sendiri sahajalah. Ahaks.

Tapi boleh lagi bagi duit raya kat sepupu-sepupu yang kecil hinggalah masih belajar

Ala, bukan big deal pun bersalin semasa betul-betul dah nak masuk Ramadhan. Setakat tak dapat merasa juadah raya pada awal Syawal sahaja. Lepastu hari yang ke 13 Syawal, dah dapat dah makan. Of course kena berpada-padalah. Takut ada makanan yang memberi kesan kepada baby. BF kan.

Bersalam-salaman dengan uwan

Mak dan uwan

Big deal pun setakat kena ganti balik puasa 1 bulan. Agak sukar nak kena puasa semasa orang lain tak puasa. Kena ganti satu bulan pulak tu.

Dak Zafirah pun nak kutip duet raya

Actually ini bukan pengalaman baru bagi saya iaitu raya dalam pantang ni. Masa Zafran dulu pun jadi perkara yang sama jugak. Zafran lahir seminggu sebelum bulan puasa. Habis jea ganti puasa satu bulan. Tapi ambil masa 2 tahun jugaklah dan kena bayar fidyah sekali. Kuikuikui.

4 Generasi perempuan

Fikir yang baik-baik sahajalah. Bila pantang time Syawal dapatlah kawal pemakanan. Dapatlah turunkan berat badan. Orang lain naik berat badan semasa Raya, kita pulak turun (turun ke). Betul tak. Hehe.
bergambar dengan generasi paling tua dan paling muda

Apapun, Syawal tahun ini sangat bermakna buat saya sekeluarga kerana adalah tahun pertama raya berempat. Raya tahun ini beraya di Negeri Sembilan kerana turn beraya di kampung saya. Next ada ke tak raya berlima. Kita tungguuuu....hehe...

Enon familia

freestyle

Walaupun Syawal tinggal 2 hari sahaja, tapi still nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hope belum terlambat lagilah yea. Fuhh sempat jugak up entri raya sebelum syawal berakhir. hehe.

Share this:

CONVERSATION

13 comments:

  1. Wah meriahnyaaaa, ramai tu. Selamat hari raya dik zafirah . Eh eh

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya penselduabee walaupun raya dah hampir ke penghujungnya

    ReplyDelete
  3. Kak tetap gojes even dalam pantang. Haha.

    ReplyDelete
  4. Pergh!! untung pantang masa raya.. Badan slim je.. kikiki..
    Part ganti puasa tu memang Sha faham sangat.. Chayook.. Chayook ye Radhia..

    ReplyDelete
  5. lama x terjah sini.
    blogwalking hari ni...
    selamat hari raya.
    selamat berbaby baru yg comel. tahniah :)

    ReplyDelete
  6. wahhh tema raya kita sama lah! Meriahnya satu family beraya :D

    ReplyDelete
  7. mrs pip pun kena ganti puasa juga coz preggy ni mmg tak puasa sebab HB rendah lepas tu selalu muntah2 ....

    ReplyDelete
  8. Wow, semuanya sedondon.. Meriah keluarga akak.. =)

    ReplyDelete
  9. Berbaloi beraya dalam pantang.. sebab dapat orang baru dalam hidup..

    ReplyDelete
  10. dugaan jiwa raga nak makan macam2 xleh ye.. tapi xpe demi kesihatan. hehe baby lahir shari lepas besday kitala.. geng Taurus ni =P

    ReplyDelete
  11. sekurangnya dapat jug aberaya, pakai baju raya..hehee..comel je si kecik tu

    ReplyDelete
  12. Wah! tema hijau sekeluarga besar ha, terbaik!

    Mrs. A anak pertama pun delivered bulan puasa tapi alhamdulillah berjaya ganti puasa sebulan tu buat time hari kerja ok jer... sebab time tu kerja KL pergi subuh balik maghrib terus buka jer...

    ReplyDelete