30 July 2018

Musim Buah Mengganas di Kampung Uwan, Kampung Jempol Negeri Sembilan



Bila dapat tahu musim buah sedang berlangsung di kampung uwan, memang tidak lepaskan peluanglah untuk menikmati musim tersebut. Lagi-lagi buah yang sangat sekarang sukar dicari dan didapati iaitu MANGGIS, pokok-pokoknya tengah berbuah lebat. Apalagi sampai sahaja cuti hujung minggu, terus balik kampung.


Hampir semua (rasanya semualah) manggis di kampung uwan dan juga di kebun uwan(sekarang dah jadi kebun pak uda). Pokok rambutan pun berbuah lebat juga. Dapatlah bawak balik buah manggis dan juga buah rambutan.

Tapi nak kutip buah manggis agak mencabar sedikit. Daun-daunya agak lebar & lebat. Kena cari betul-betul baru jumpa. Lepastu yang tempat yang tak boleh dicapai dari tanah, kena panjat pokok. Mus lah yang diberi tugasan tersebut iaitu panjat pokok untuk memetik di pokok yang tinggi.

Mus tengah memanjat pokok manggis

Hasilnya dapat bebekas-bekas buah rambutan dan juga manggis.  Dapat makan sehingga puas hati. Kalau beli buah manggis, paling murah RM4/kg. 1kg dapatlah 14 biji. Ini harga pak uda jual. Kalau orang lain jual, lagi mahal kot. Tapi dengar-dengar kat Taiping boleh dapat RM2/kg. Itu di Taiping lah.

fresh from pokok

Lama menunggu pokok manggis berbuah lebat. Last sekali berbuah macam ni dua tahun lepas. Tahun ini tahun ini dapat makan sampai buntat.

Hasil petik di kebun

Anak cucu dapat menikmati buah-buahan yang segar dan banyak macam ni adalah kerana jasa arwah atuk. Al fatihah to Atuk Mohd Noor.

26 July 2018

Seminar Di Le Meridien Putrajaya Punca Harapan Untuk Turun Berat Badan 8KG Musnah



Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bila makan sampai tiga kali dan makanan yang dihidangkan ada pelbagai jenis. Senang cakap ada buffetla.

Morning break

Sampai-sampai nak mendaftar pada pukul 9am, peserta seminar diberi breakfast iaitu ada kuew tiaw goreng and kuih-muih. Tapi saya tak sempat nak makan sebab makanan dah nak habis. Lagipun pukul 9am tu seminar sudah nak bermula.

Ingatkan next makan masa lunch nanti. Rupa-rupanya ada morning break. Morning break bukan makan yang ringan-ringan ja. Ada Nasi goreng, pastry, buah-buahan, sandwich dan satu lagi macam rasa fishball gitu. Dapat pulak sit yang best iaitu di tepi kolam. Rasa syok je . Haaa.Bilik seminar kali ni betul-betul bersebelahan dengan swimming pool.

Bilik seminar bersebelahan dengan swimming pool

Lepastu seminar sambung balik hinggalah pukul 12pm. Organizer beritahu semua peserta boleh menikmati di lunch buffet Le Meridien punya dining restaurant iaitu di Latest Recipe. Buffet di Latest Recipe. Dah pernah makan sekali buffet pada tahun lepas. Semasa attend agilent seminar jugak. Boleh baca dengan klik SINI.





Disebabkan saya ni crazy sangat dengan dessert, maka gambar yang diambil banyak pada dessert. 

Buffetnya my gawdd.sama macam tahun lepas.memang akan rambang mata. Tak tahu nak makan satu dulu. Latest Recipe Restaurant ni ada lima bahagian iaitu ada Malay, Chinese, Indian, Japanese and Western. Setiap bahagian menghidangkan lebih lima jenis makanan. Itu belum campur lagi bahagian air, dessert, seafood, sup, buah-buahan, abc, chocolate fountain, salads dan banyak lagi.

Noodle section

Indian cuisine section

Itulah penyebab lambat lagi berat badan 8kg nak boleh turun. Tak berhenti makan weii. Banyak kali round ambil makanan. Itupun nasib baiklah tak ada tea break sebab seminar habis pukul 3pm. Kalau tidak, hmmm tak taulah nak cakap apa. Ahaks.


Ada seminar yang saya pergi, dapat jumpa dengan member lama.especially satu course zaman UKM dulu.

Tak apa, tak payah rasa menyesal sebab makan banyak. Benda dah lepas tak usah dikenang. Lagipun bukannya selalu pun Agilent organize seminar di Le Meridien Putrajaya.

Orang kata tips nak nampak kurus dalam gambar, ambil gambar sampai separuh badan. Tak apalah tak nampak kurus pun. Dah memang lebar. Nak buat acano. Naik 8kg kot. Diet diet nanti effect ke BF pulak. tak maulah perkara tersebut terjadi.

Buffet di Latest Recipe Restaurant sememangnya adalah buffet terbaik yang saya pernah pergi so far. Tak pernah mengecewakan dari segi kepelbagaian jenis makanan dan juga rasa. Tak menyesal makan buffet ni walaupun memberi kesan jangka masa panjang terhadap diet saya. huhuhu.

25 July 2018

Shapee Disposable Nursing Pad │ Mampu Memberi Keselesaan Maksima Kepada Ibu Menyusu



Penyusuaan susu ibu adalah salah satu momen yang terindah antara ibu dan anak kecil. Ini kerana proses ini mampu menggalakkan hubungan ibu-anak melalui sentuhan.  Segala penat hilang dan dilupakan apabila melihat wajah si kecil sedang menyusu di badan kita.

Tetapi momen yang tidak indahnya buat ibu-ibu menyusu ini salah satunya adalah payudara bengkak dan mengakibatkan susu merembes keluar. Apabila baju dalam sudah basah, baju di luar pun akan ada tompokan. Amat memalukan apabila orang luar boleh nampak kesan tompokan ni.

Masalah tompokan masih boleh lagi cover dengan tudung or etc. Kalau bau, bagaimana pula? Susu badan ini bila dah ‘react’ dengan material baju, memang akan mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan yang agak kuat. Kalau setakat diri sendiri kena hadap bau tu, tak apa lagi. Ni orang-orang sekeliling pun akan bau jugak. 

Tapi ibu-ibu jangan sampai berhenti menyusu hanya kerana taknak berlaku perkara-perkara tersebut terjadi. Masalah-masalah tersebut ada jalan penyelesaian iaitu dengan memakai Shapee Disposable Nursing Pad.



Shapee Disposable Nursing Pad mampu menyerap susu yang merembes keluar apabila berlakunya bengkak susu. Masalah tompokan pada baju, bau tidak menyenangkan dan sebagainya dapat diatasi dengan memakai nursing pad buatan daripada Korea ini.

Shapee Disposable Nursing Pad mampu memberi keselasaan kerana mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi seperti di bawah:

1. Ultra-Thin Design -  ketebalan hanya 1mm thickness untuk memberi lebih keselesaan kepada ibu menyusu.
2. Dri-Comfy Technology –mampu kekal kering untuk tempoh yang lama
3. Ultra-Water Absorber – boleh menyerap susu ibu sehingga 55ml.
4. 3D shaped design – dapat mengekalkan kedudukan yang terletak dan bentuk asal walaupun dalam keadaan basah.
5. Leak Proof Coverage –tidak mudah bocor walaupun untuk tempoh yang lama.
6. Double Anti-Slip Adhesive Strips – slip tidak mudah gerak atau beralih tempat walaupun ada banyak pergerakkan.



Memang banyak kelebihan Shapee Disposable Nursing Pad sampai ibu-ibu yang menyusu  boleh pergi ke mana-mana dan memakai apa-apa jenis pakaian dengan fikiran yang tenang dan tidak serabut.

Harga hanya RM18.90 untuk 30 keping (Harga Pengenalan: RM13.90). Kalau nak tahu, ada diskaun 10% untuk setiap pembelian produk  Shapee Disposable Nursing Pad. Guna code 10dnpblogger17 untuk menikmati diskaun ini.

Cepat-cepatlah dapatkan Shapee Disposable Nursing Pad  untuk untuk menikmati diskaun sebelum terlambat dan paling penting memberi keselesaan kepada diri ibu menyusu.



Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut (seperti maklumat syarikat, lain-lain testimoni, cara tempahan & etc), boleh layari atau hubungi di:

Website: https://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram: https://www.instagram.com/shapeemy/

18 July 2018

Tradisi Baraan Geng Legend & Spouse Diteruskan Untuk Tahun Kedua Demi Kesinambungan Generasi Masa Hadapan

Tahun lepas, tradisi baraan di kalangan Geng Legend & Spouse dapat dilakukan dengan jayanya. Boleh baca dengan klik SINI 

Baraan dengan semangat membara

Kejayaan baraan tahun lepas adalah sebagai titik tolak untuk menjadikan tradisi baraan sebagai aktiviti wajib dilakukan pada setiap tahun/raya.

First pit stop: Rumah Sheeren & Hairul

Tahun ini hampir gagal untuk mengadakan baraan kerana ada yang mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Tapi oleh kerana geng legend & spouse memiliki semangat juang yang tinggi, ahli kumpulan cuba sedaya upaya menjayakan tradisi baraan untuk tahun ini.

Second: Rumah Sapian di Sungai Plong

Alhamdulillah, tradisi baraan dapat dilakukan dua tahun berturut-turut.  Walaupun tempat-tempat singgahan tidak sebanyak seperti tahun lepas, tetapi tak kisah. Asalkan tradisi baraan ada dilakukan untuk tahun ini.
Third: Rumah parents saya di PJ

Kena tahu melalui tradisi baraanlah, dapat mengukuhkan ikatan ukhwah sesama ahli kumpulan. Dan yang paling penting, adalah untuk kesinambungan generasi masa hadapan dengan penglibatan gen z, iaitu anak-anak Geng Legend & Spouse.


Jika tidak, tradisi baraan pasti akan ditelan zaman kesan daripada arus globalisasi yang kejam, yang melanda pada zaman sekarang.

Menu yang dihidangkan untuk geng baraan

OMGGGG. Ilmiah sungguh penulisan saya ni..Entah kenapa entah tetiba ter menulis dengan skima tahap maksimnya.. Tapi apa yang saya tulis tu, betullah kan.

Pakchik-pachik bawang

Yea, masih diteruskan untuk tahun kedua. Hope sampai bila-bilalah buat baraan ni.

Fourth: Rumah Manisan di Puncak Alam

Saya, Kimi dan anak-anak tak join dari rumah first iaitu di Sungai Plong. Sebab ada baby. Susah nak bangun pagi-pagi. Lepastu saya masih lagi di rumah parents iaitu di PJ.

Fifth: Rumah Faid di Ijok

Tapi still ajak mereka untuk datang beraya di rumah parents. Rumah parents adalah 3rd pit stop untuk baraan. Dari rumah parents baru saya, kimi dan anak-anak join baraan. Join jugak tau. Nak beri sokongan moral (sokongan moral kau) terhadap aktiviti baraan ni.

Ada baby ginilah..Sebelah pegang makanan, sebelah lagi dodoi anak.

Menu yang dihidangkan untuk mereka adalah mee goreng, oreo pudding, egg tart & popia. Selesai beraya, terus gerak ke pitstop seterusnya.

Dah nak balik. Tapi yang lain nak pergi rumah yang last di Kuala Selangor

Pitstops seterusnya adalah di Puncak Alam & Kota Puteri. Untuk last pitstop iaitu di Kuala Selangor, saya, kimi & anak-anak tak join rombongan baraan. Kena balik awal dan kalau boleh sebelum maghrib  sebab ada baby kan.

Rumah terakhir

Memang seronok bila ada aktiviti baraan ni. Bila geng sekepala membawang dapat lupa seketika masalah hutang negara yang ber trillion-trillon tu. (Adui habis duit kwsp saya yang carum sejak umuq 21 tahun. Huhuhu.)

Apapun, jangan berhenti buat tradisi baraan yea guys..

P/S: . Kalau nak tahu, Geng Legend & Spouse sebenarnya asal daripada Kimchi & the gang yang bekerja di company yang sama & juga plant yang sama iaitu Hartalega. Pasangan-pasangan join group ni semasa nak organize aktiviti baraan pada tahun lepas. Kalau nak tahu macammana group ini terbentuk. Kalau taknak tahu, byee.. :P

17 July 2018

Menang Cash Voucher Bernilai RM30 Dari GIVEAWAY DOUDOU.MY X CEKGUNORAZIMAH




Terpilih untuk memenangi hadiah saguhati iaitu Lazada voucher bernilai RM20



Alhamdulillah..Saya menang DOUDOU.MY cash voucher bernilai RM20 dari GIVEAWAY DOUDOU.MY X CEKGUNORAZIMAH yang dianjurkan oleh blogger Cikgu Norazimah.



Parcel dah sampai

Dengan mengunakan cash voucher dan tambah dengan duit sendiri sebanyak RM17, saya dapat dua helai baby gown . Yang bestnya, gown ini disediakan dalam set iaitu ada gown, panty dan yang tak tahan ada jugak headband tu. Melaram sakanlah Dak Zafirah dengan memakai set gown ni.

Hasil redeem cash voucher bernilai RM30

Anway to organizer iaitu blogger Cikgu Norazimah., thanks for selecting me as one of your giveaway winner.

13 July 2018

ZY Print Pack Sdn Bhd | One Stop Centre For Printing

Rasa buntu nak cari tempat yang menawarkan perkhidmatan cetakan secara borong/pukal dengan harga berpatutan. Jangan risau dan pening. Sebabnya ZY Print Pack Sdn Bhd adalah pusat sehenti yang terbaik bagi servis percetakan.



ZY Print Pack juga mampu menyediakan perkhidmatan mencetak mengikut speksifikasi yang disediakan oleh pelanggan sediakan atau ZY Print Pak akan design ikut concept pelanggan.

Serba sedikit mengenai ZY Print Pack. ZY Print Pack merupakan salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies. Semasa di awal penubuhan, ZY Print Pack asalnya adalah jabatan percetakan di bawah syarikat ZY Phyto Tech  Industries Sdn Bhd (kini dikenali sebagai ZY manufacturing).

Cetakan kotak dan label merupakan produk pertama yang dihasilkan oleh ZY Print Pack iaitu pada November 2016. Pada 8th March 2017, ZY Print Pack telah berdaftar di bawah SSM.

ZY Print Pack sentiasa mementingkan kepuasan para pelanggan. Ini kerana para perkhidmatan pelanggan akan sentiasa membantu pelanggan dalam setiap pertanyaan tentang servis yang ditawarkan.

Bawah adalah antara servis-servis yang ditawarkan oleh ZY Print Pack.



Harga yang ditawakan juga dijamin berpatutan serta mampu milik. Mesin-mesin percetakan yang dimiliki oleh ZY Print Pack cukup berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Bawah adalah gambar-gambar mesin yang digunakan untuk proses percetakan dan juga jenis produk yang dihasilkan bagi setiap mesin.





Jadi, jika ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai ZY Print Pack, boleh hubungi:

En Mahadzir Abdullah 0187828898/ En Zulkepli Yusof: 0182278898 (untuk pertanyaan berkenaan dengan paper printing & premium item)

En Rubel Aswaadi: 0183178898 (untuk pertanyaan berkenaan dengan tshirt printing)

11 July 2018

Beraya Dalam Pantang Kerana Alyaa Zafirah

Dak Alyaa Zafirah lahir pada 15 Mei 2018. Ramadhan start pada 17 Mei. Raya pertama baru hari berpantang yang ke 32. Maknanya, raya tahun ini terpaksalah sambut dalam keadaan masih berpantang.

Mama & baby masih dalam fasa berpantang ni

Kalau dah nama berpantang, almost kesemua juadah raya saya boleh tengok dan bau sahajalah. Sadis kan. Nak buat macam mana. Siapa suruh tak pandai timing kan. Timing apa. Faham-faham sendiri sahajalah. Ahaks.

Tapi boleh lagi bagi duit raya kat sepupu-sepupu yang kecil hinggalah masih belajar

Ala, bukan big deal pun bersalin semasa betul-betul dah nak masuk Ramadhan. Setakat tak dapat merasa juadah raya pada awal Syawal sahaja. Lepastu hari yang ke 13 Syawal, dah dapat dah makan. Of course kena berpada-padalah. Takut ada makanan yang memberi kesan kepada baby. BF kan.

Bersalam-salaman dengan uwan

Mak dan uwan

Big deal pun setakat kena ganti balik puasa 1 bulan. Agak sukar nak kena puasa semasa orang lain tak puasa. Kena ganti satu bulan pulak tu.

Dak Zafirah pun nak kutip duet raya

Actually ini bukan pengalaman baru bagi saya iaitu raya dalam pantang ni. Masa Zafran dulu pun jadi perkara yang sama jugak. Zafran lahir seminggu sebelum bulan puasa. Habis jea ganti puasa satu bulan. Tapi ambil masa 2 tahun jugaklah dan kena bayar fidyah sekali. Kuikuikui.

4 Generasi perempuan

Fikir yang baik-baik sahajalah. Bila pantang time Syawal dapatlah kawal pemakanan. Dapatlah turunkan berat badan. Orang lain naik berat badan semasa Raya, kita pulak turun (turun ke). Betul tak. Hehe.
bergambar dengan generasi paling tua dan paling muda

Apapun, Syawal tahun ini sangat bermakna buat saya sekeluarga kerana adalah tahun pertama raya berempat. Raya tahun ini beraya di Negeri Sembilan kerana turn beraya di kampung saya. Next ada ke tak raya berlima. Kita tungguuuu....hehe...

Enon familia

freestyle

Walaupun Syawal tinggal 2 hari sahaja, tapi still nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hope belum terlambat lagilah yea. Fuhh sempat jugak up entri raya sebelum syawal berakhir. hehe.