Berehat Seketika Daripada Aktiviti Blogging Demi Ma 1st Doter Alyaa Zafirah

Agak lama jugak berehat daripada aktiviti blogging. Last sekali update entri adalah pada 30 Mei lepas. Maknanya sebulan menyepikan diri membawa diri daripada dunia blogging.

Merajuk ke sampai nak membawa diri bagai nih. Taklah. Tak ada masa nak merajuk merajuk ni. Kalau merajuk pun tak ada siapa peduli pun. Dan bukan setakat tak peduli. Tak siapa sedar kot kalau kau tengah merajuk. Haha

Baca tajuk entri ini pun dah boleh tekalah kan kenapa dah lama tak update blog. Demi Ma 1st Doter Alyaa Zafirah. Ma 1st Doter stand for my first daughter. Saja nak tarik minat acik-acik bawang baca entri ni dengan mengunakan bahasa wechat..kahkahkah Yup, saya baru sahaja bersalin dan dapat baby girl yang namanya Alyaa Zafirah.

Baru umur 1 hari dah ada perangai diva sangat. Taknak pandang kamera bila bergambar..kuikuikui

Kalau dah nama baru lepas bersalin, masa yang ada kenalah fokus kepada berpantang, jaga baby, penyembuhan sakit bersalin, tidur siang untuk jaga malam & layan kerenah abangnya Dak Zafran yang tak boleh move on dah dapat title abanglong. Yang last ni paling tak boleh blah. haha. Sabar ajelah Dak  Zafran ni.

Semuanya nak cerita dalam entri akan datang. Sekarang masih lagi kena rehat sebab tempoh berpantang baru sahaja tamat.

Last but not least, hope belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mampu tengok ajelah orang lain makan juadah raya. Huhu.

Ni uncle yid yang edit. Masa ni Alyaa Zafirah dah 1bulan. Dak Zafirah membesar bagaikan juara.

Share this:

CONVERSATION

15 comments:

  1. Comelnya baby Zafirah.. mehh raya rumah kak ai meh mehh..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...tahniah dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. sama la.. dilah bersalin 22 April aritu.. ni baru warm up semula nak update blog.. hahaha.. btw congrats sis.. comel alya zafirah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan selamat berpantang

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah dhia! Moga baby membesar dgn sihat sempurna aamiin.

    Selamat hari raya & selamat berpantang.

    ReplyDelete
  6. Slmt bpantang sis, comel
    bb

    ReplyDelete
  7. seronoknya ada baby baru ... hope motherhood journey will be another sweet memories to be cherished in life ... alahai, masya allah, comelnya dak Zafirah ni dgn gaya2 hipsturr tu ...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Radhia.. Selamat berehat ye..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah kak Radhia dan selamat berpantang diucapkan, comel betul anak akak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak Radhia, tahniah kerana akak terpilih untuk direview dalam jurnal saya, ada masa jemputlah singgah..

      http://www.shikinrazali.com/2018/07/sahabat-blogger-pilihan_10.html

      Delete
  10. Oh patutlah lamaaaa menyepi..sambut orang baru rupanya. Tahniah ya!

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak.selamat berpantang kak

    ReplyDelete
  12. tahniah :)
    dlm pantang memang concentration lebih kpd baby kan.

    ReplyDelete