Merajuk ke sampai nak membawa diri bagai nih. Taklah. Tak ada masa nak merajuk merajuk ni. Kalau merajuk pun tak ada siapa peduli pun. Dan bukan setakat tak peduli. Tak siapa sedar kot kalau kau tengah merajuk. Haha
Baca tajuk entri ini pun dah boleh tekalah kan kenapa dah lama tak update blog. Demi Ma 1st Doter Alyaa Zafirah. Ma 1st Doter stand for my first daughter. Saja nak tarik minat acik-acik bawang baca entri ni dengan mengunakan bahasa wechat..kahkahkah Yup, saya baru sahaja bersalin dan dapat baby girl yang namanya Alyaa Zafirah.
Baru umur 1 hari dah ada perangai diva sangat. Taknak pandang kamera bila bergambar..kuikuikui
Kalau dah nama baru lepas bersalin, masa yang ada kenalah fokus kepada berpantang, jaga baby, penyembuhan sakit bersalin, tidur siang untuk jaga malam & layan kerenah abangnya Dak Zafran yang tak boleh move on dah dapat title abanglong. Yang last ni paling tak boleh blah. haha. Sabar ajelah Dak Zafran ni.
Semuanya nak cerita dalam entri akan datang. Sekarang masih lagi kena rehat sebab tempoh berpantang baru sahaja tamat.
Last but not least, hope belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mampu tengok ajelah orang lain makan juadah raya. Huhu.
Ni uncle yid yang edit. Masa ni Alyaa Zafirah dah 1bulan. Dak Zafirah membesar bagaikan juara.