Makan Ais Kepal Milo Di Twin Char Kuew Teow Utara Famous, Ipoh Perak

Ais Kepal Milo adalah salah satu makanan(tak tahulah dikategorikan sebagai hipster ke dok) yang viral pada tahun ini. Dah nama viral wajiblah kena rasa, sekurang-kurangnya sekali. Tapi saya agak lambat jugak dapat jumpa ais kepal milo. Sebab saya ni bukanlah jenis viral jea, terus cari. Bila kebetulan ada jual di depan mata, barulah beli.





Macam ais kepal milo ni. Jumpa ada gerai jual ais kepal milo masa nak cari makan petang di Ipoh. Pergi Ipoh pun sebab nak tengok rumah baru Mel & Kak Kirah.

Jumpa ada jual ais kepal milo di kedai Twin Char Kuew Teow Utara Famous. Masa mula-mula sampai, belum ramai order lagi ais kepal milo. Apalagi cepat-cepat lah order sebelum ramai serbu. Memang ais kepal milo tengah hot sekarang ni. Lepas sahaja saya dapat saya punya, dah ramai kerumun gerai ais kepal milo ni.



Rasa ais kepal milo sebijik macam ais krim Malaysia perisa milo. Rasanya & feeling makan ais kepal ni, samalah macam makan aiskrim Malaysia milo. Tak ada beza. Sedaplah juga ais kepal milo yang order di situ. Cukup rasa, cukup manis & cukup pekat. Sangat kawwww. Tak boleh amalkan selalu ais kepal milo. Sebabnya manisya boleh potong kaki punya manis.

Banyaknya nak makan..

Selain order ais kepal milo, ada order jugak char kuew tiau. Dah nama makan di kedai Char keuw tiau kan. And then, beli Nutella pancake & ABC yang ada dijual berdekatan dengan kedai kitaorang makan ni. Senang cakap banyak gerai-gerai yang menjual pelbagi jenis makanan dibuka berdekatan dengan kedai ni.

 Kuew Teow Goreng

 ABC

 Char Kuew Teow 

Char Kuew Tiaunya sangat sedap tapi rasa pedas. ABC pun sedap. Semuanya sedaplah termasuklah ais kepal milo. Kalau ada pergi Ipoh lagi, bolehlah repeat makan di Twin Char Kuew Teow Utara Famous.

Bila makan, dah tak pandang kanan kiri dah..

Share this:

,

CONVERSATION

17 comments:

  1. sedapnya milo kepal.makan masa berais lagi memang sedap.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nutella pancake tu..dah lama tak makan kat luar camni :(

    ReplyDelete
  3. Selalu balik Ipoh bawak anak main dekat Bulatan Amanjaya tu. Asyik lalu je belum ada kesempatan nak singgah. Nak try jugakla nanti

    ReplyDelete
  4. Seram nak makan ais kepal milo ni, mesti manis gilersss!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try ais kepal milo. Tapi yg ABC tu nampak menggunung! Boleh mkn utk 2 org! Hehe

    ReplyDelete
  6. tengok juga video milo kepal kat insta. Ya Allah pekatnyaaaa seram plak tengok tapi sekali sekala try best juga hahaha

    ReplyDelete
  7. sedap belaka minuman n makanan yg dihidangkan. nanti nak gi beli. abam kie follow sini ye.. no 516.

    ReplyDelete
  8. Char kuew tiaw tu nampak sedapnya..

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok ais kepalnya.. milo banyak gila!

    ReplyDelete
  10. ais kepal nampak cantik dan sedap ...
    tak pernah lg try ais kepal milo ...

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try milo ais kepal lagi sb kurang minat dgn milo tapi yg if kueh tiaw grg mmg faberet, salam terjah n follow done

    ReplyDelete
  12. Wah, sedapnya... Tak pernah cuba lagi ais kepal milo tu

    ReplyDelete
  13. Tak pernah try lagi ais kepal milo ni

    ReplyDelete
  14. Entah bila ais kepal milo akan sampai ke Sabah... Tapi, betul, x blh mkn slalu, bahaya.

    ReplyDelete