Had Great & Fun Night At Dataran Warisan Taiping & Bazaar Cross Street



Dataran Warisan Taiping sekarang dah tak sama macam mula-mula Taiping jadi kampung halaman kedua saya, iaitu pada 5 tahun dahulu. Kalau dulu cuma dataran yang sunyi sahaja terutamanya pada waktu malam tapi sekarang dah sangat berbeza. Sekarang lebih meriah, lebih menyeronokkan semua yang positiflah.



Dataran Warisan Taiping dah setahun dua tahun tau bertukar wajah menjadi lebih ceria ni. Tapi Kimchi baru bawak pergi ke dataran ni pada tahun ni. Sangat ambil masa lama kan. Kikiki. Tapi ok kot baru nak pergi sekarang. Kalau pergi masa mula-mula buka dahulu, tak banyak benda menarik ada di dataran ni.



Pergi ke Dataran Warisan Taiping boleh tengoklah pelbagai jenis aktiviti dilakukan di situ. Antaranya ialah main kasut roda, skuter, basikal, kereta kawal & sebagainya. Untuk para pengunjung yang tidak membawa apa-apa, perkhidmatan menyewa permainan semua ini turut disediakan.



Dah nampak boleh sewa kereta kawal kanak-kanak, Kimchi terus ajak Zafran naik kereta ni. Kalau dah nama naik kereta, Zafran memang tak adalah say ‘no’. Say ‘yes yes yes’ ajealah.  Anak SIL, Enal iaitu Dak Imaan & Dak Akeem pun join sekali. Kereta dikawal oleh ayah depa. Harga sewa kereta ni RM15 untuk 30 minit.



Selesai kanak-kanak riang dan ayah-ayah riang main kereta kawal, jalan-jalan di Bazaar Cross Street. Bazaar ni ala-ala uptown gitu yang betul-betul bersebelahan dengan Dataran Warisan Taiping. Pelbagai jenis barangan & makanan dijual di situ. Dessert viral seperti aiskrim gulung pun ada dijual. Tapi bapak ramai nak beli aiskrim ni. Tengah viral kan.



Bagus jugaklah Dataran Warisan Taiping dah jadi lebih happening macamni. Aktiviti-aktiviti yang ada situ pun sangat sesuai dilakukan untuk keluarga. Rasa tak ada nak buat apa di rumah, boleh pergi ke Dataran Warisan Taiping untuk  meluangkan masa bersama-sama dengan berkualiti.

Cuma harap kesedaran sivik pengunjung-pengunjung dibaiki lagi supaya tak nampak sampah merata-rata di Dataran Warisan Taiping ni. Tang tu yang kena improve. Yang lain semuanya sangat best.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. kenapa kami pergi dulu tak de huhuuuu bestnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi Taiping, dah banyak berubah...

    ReplyDelete
  3. kalau balik rumah mertua kadang² ada jugak lepak sini..saja bawa anak saudara main control car tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Best aktiviti mcm ni bila malam.. tak bosan

    ReplyDelete
  5. Seronoknya eskrem gulung ��
    Murah kereta sewa bdk kan ..nk pergi nnt yeahhh ����

    ReplyDelete
  6. Kulim pun dah ada dataran macam ni. Dulu malam sunyi sepi je, sekarang dah maju, hihi.

    ReplyDelete