Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 2



Antara tambahan makanan adalah laksa, icecream cone, apam balik, cendol. Ini yang order. Juadah yang prepare sendiri adalah pulut kuning, sambal ikan bilis, epok-epok & kuih koci. Banyak kan makanan. Makan di kenduri ni rasa macam makan buffet hotel pun ada.

Cendol songkok tinggi

Ice cream pun ada..Dak Zafran saja makan sampai dua

Benda-benda fancy pun ada jugak sebab induk ni kan peminat benda-benda artistic. Tapi kebanyakkannya DIYlah iaitu guest book, banner pengantin untuk bergambar. Lepas tu induk pun ada panggil orang buat persembahan silat. Adalah sedikit-sedikit benda fancy macamni untuk menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan majlis resepsi induk.

 Persembahan silat

Guest Book

Banner untuk tetamu kalau nak bergambar

Tema majlis resepsi, induk pilih konsep tradisional. Sama macam majlis makchik & saya. Kalau dah nama tradisional, busana yang dikenakan of courselah baju kebaya songket. Lepas tu banyaklah pakai aksesori seperti kerongsang, do-koh, subang, sanggul, rantai, gelang lengan dan gelang kaki. Warnanya ialah kuning diraja.

Tema tradisional

Kedua-dua maljis akad nikah dan majlis pernikahan berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. Betul-betul sebelum majlis berakhir iaitu pada waktu petangnya, semua ahli keluarga inun bergambar bersama-sama dengan pengantin. Memang wajiblah bergambar sebab first, time inilah hampir semuanya ada. Second, semuanya mengenakan pakaian yang sedondon.

Memang sedondonlah sebab semuanya tempah baju mengunakan kain yang sama untuk lelaki dan juga perempuan. Akan rugilah kalau tak bergambar beramai-ramai time ini.



Settle sahaja bergambar, selesai sudah majlis resepsi induk. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Cuaca pun sangat baik. To induk & Azrul, Selamat pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Looking forward to attend wedding reception belah Azrul pulak.

Back reading to first part by clicking Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 1

Share this:

, , ,

CONVERSATION

12 comments:

  1. Tahniahh.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, semoga hubungan mempelai berkekalan dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  4. Seronoknya Majlis perkahwinan macam ni..meriah..semua pun sangat- sangat sporting..

    ReplyDelete
  5. Hepi tengok. Gambar ramai-ramai keluarga yang besar dan bahagia hehe

    ReplyDelete
  6. Masa kenduri macam ni la seronok dapat berkumpul sekeluarga...

    ReplyDelete
  7. seronoknya sedondon di hari kenduri kan

    ReplyDelete
  8. gambar terakhir tu menarik sebab semua nampak sedondon. kalau gambar candid pun best hehehe..

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pasangan mempelai..

    ReplyDelete
  10. Kepada pasangan mempelai,tahniah! Moga terus dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah selamat.. Semoga berbahagia hingga ke jannah buat pasangan mempelai..

    ReplyDelete