30 April 2018

Shapee High Waist Maternity Briefs │Mampu Memberi Keselesaan Kepada Ibu Mengandung

Setiap kali pergi antenatal check up, nurse mesti memeriksa pakaian yang sedang dipakai oleh ibu mengandung. Adakah mengenakan pakaian yang sesuai untuk ibu mengandung atau tidak. Dari baju, seluar hinggalah kasut. Kalau tidak sesuai, kena dengarlah ceramah free daripada nurse.

Sebab apa kena ceramah free? Sebabnya pemakaian pakaian yang tidak sesuai kepada ibu mengandung boleh mengundang pelbagai masalah kepada ibu mengandung. Masalahnya adalah seperti sakit belakang, sakit kepala dan banyak lagi.

Pemakaian pakaian mengadnung yang tidak sesuai boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada si pemakai. Salah satunya adalah sakit belakang (Sumber gambar dari google)

Kalau pakaian luaran harus pakai yang untuk mengandung. Inikan pakaian dalaman. Kena mengenakan yang sesuai untuk mengandung jugaklah. Mengenakan pakaian dalam yang sesuai dan selesa untuk ibu mengandung lagi penting. Sebab pakaian dalamlah akan menyokong postur tubuh badan ibu mengandung.

Nak cari pakaian dalam yang sesuai dan berkualiti untuk ibu mengandung tak susah pun. Ini kerana Shapee telah mengeluarkan rangkaian  pakaian dalam untuk ibu mengandung yang mengunakan teknologi mikro 3D Jepun yang inovatif.



Ibu-ibu mengandung pasti selesa & masalah sakit belakang dapat dikurangkan apabila mengenakan produk ibu mengandung keluaran Shapee ini. Sama juga seperti saya. Masalah sakit belakang & ketidakselesaan dapat dihindarkan dengan pemakaian Shapee High Waist Maternity Brief.



Shapee High Waist Maternity Briefs adalah adalah seluar dalam yang diperbuat daripada material 95% nylon dan 5% spande. Pada bahagian pangkal bawahnya pula adalah diperbuat 100% dari cotton. Ini adalah untuk pengudaraan bahagian perut kebawah yang mampu memberi keselesan kepada ibu mengandung.

Selain itu, pengunaan material-material ini pada Shapee High Waist Maternity Briefs juga adalah adalah supaya seluar ini elastik mengikut bentuk perut. Jadi tiada masalah apabila perut yang semakin membesar kehadapan kerana material-material tersebut dan juga reka bentuk yang inovatif yang dapat menyokong perut supaya lebih terletak dan seterusnya memudahkan pergerakkan.

Pemakaian Shapee High Waist Maternity Briefs dapat menyokong perut saya supaya lebih terletak dan seterusnya memudahkan pergerakkan

Memang banyak kelebihan Shapee High Waist Maternity Briefs ni. Rasa macam tak cukup ada dua helai sahaja. Kena tambah lagi koleksi Shapee High Waist Maternity Briefs dengan beli warna-warna lain. Haaa..lupa nak beritahu, Shapee High Waist Maternity Briefs ada banyak pilihan warna tau iaitu warna warna hitam, beige, dan pink. Harganya cuma RM36 untuk 2 helai.


Kalau berminat juga nak dapatkan Shapee High Waist Maternity Briefs seperti saya, boleh dapatkan maklumat lanjut (warna, cara pembelian, dah lain-lain) dengan layari di:

Website: www.theshapee.com

IG: https://www.instagram.com/shapeemy/

24 April 2018

Menang SEGMEN BLOGLIST APRIL HINGGA JUN + MINI GIVEAWAY

Alhamdulillah..Saya menang sehelai shawl dari SEGMEN BLOGLIST APRIL HINGGA JUN + MINI GIVEAWAY. Shawl yang saya menangi adalah dari Zalora. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cikla

penselduabee terpilih sebagai pemenang SEGMEN BLOGLIST APRIL HINGGA JUN + MINI GIVEAWAY

 Dah terima parcel

Hadiah yang dibalut cantik


Cantik aiii shawl Zalora ni


Bila ada gambar OOTD bersama scarf  ini, saya akan upload di entri ini. To blogger Cikla Thanks for this lovely shawl. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Cikla sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.

23 April 2018

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah



Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

22 April 2018

Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 1



At last & at last induk kita mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki pilihan induk. Syukur Alhamdulillah. Induk adalah panggilan untuk mak sedara aka adik bongsu mak. So, dengan kahwinnya induk kita ni, dengan rasminya keluarga Inun melabuhkan tirai….tirai apa pulak ni...tirai status sololah. Yeala, habis dah semua anak-anak inun berkahwin. Yang solo tinggal cucu-cucu inun sahajalah. Cucu-cucu inun pun dah start seorang demi seorang tinggalkan zaman solo.

Akad nikah. Tapi saya, kimchi & Zafran tak join

Majlis akad nikah & majlis persandingan dilakukan pada hari yang sama. Plan asal nak buat pada hari yang berlainan iaitu selang sehari. Tapi bincang punya bincang, lebih senang buat pada hari yang sama iaitu pada hari Sabtu. Hari Ahad boleh rehat-rehat dan mengemas apa-apa yang patut. Eh walaupun catering pun yang rasa boleh cuci tangan jea lepas majlis, tapi still ada jugak kerja-kerja mengemas nak kena buat.

Upacara batal air sembahyang. Tak boleh buat selepas akad nikad di masjid sebelum tu Tok kadi tak benarkan.

Pengantin bergambar dengan anak-anak dara.. Eh mak dara (saya ler) n nenek dara(my mak ler) pun ada jugak..eh sorang lagi isteri dara iaitu Hazie..ahaks

Disebabkan induk adalah direct Zainun's clan yang terakhir mengakhiri zaman solo, uwan nak mengadakan majlis walimatulurus yang meriah untuk induk. Lepas ini, dah tak ada dah buat majlis perkahwinan di rumah uwan lagi. Semuanya dah berkahwin kan. Kalau ada pun itu just kes terpencil. Kita fikir yang baik-baik sahaja. Doa yang baik-baik.




So, macam-macam uwan plan nak buat. Kakak kakak & abang-abang induk (merangkap pak mak sedara saya) pun excited nak contribute untuk majlis resepsi induk baik dari segi tenaga mahupun dari segi wang.



Cara kitaorang nak buat majlis perkahwinan meriah adalah dengan cara jamu tetamu dengan pelbagai jenis juadah. Tak terhad pada lauk-pauk kenduri sahaja.  Ada banyak lagi tambahan side dish yang lain terutamanya dessert & savoury.




Itu cara kitaorang nak buat majlis meriah. Orang lain ingat kalau meriah mesti ada banyak benda-benda fancy, hipster mipster ni. Contohnya seperti photobooth ke,  bridesmaids baju sedondon vogue kebaboom ke dan banyak lagilah. Bagi kitaorang daripada invest kat benda-benda macamtu, baik invest ke makanan. Kitaorang pegang moto “tetamu balik dengan perut kenyang & diisi dengan makanan yang sedap dan baik, pasti akan ingati sampai bila-bila. Panjang pulak moto suka hati cipta sendiri ni. Tak sedap pulak tu. Haha

Continue reading to next part by clicking Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 2

Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 2



Antara tambahan makanan adalah laksa, icecream cone, apam balik, cendol. Ini yang order. Juadah yang prepare sendiri adalah pulut kuning, sambal ikan bilis, epok-epok & kuih koci. Banyak kan makanan. Makan di kenduri ni rasa macam makan buffet hotel pun ada.

Cendol songkok tinggi

Ice cream pun ada..Dak Zafran saja makan sampai dua

Benda-benda fancy pun ada jugak sebab induk ni kan peminat benda-benda artistic. Tapi kebanyakkannya DIYlah iaitu guest book, banner pengantin untuk bergambar. Lepas tu induk pun ada panggil orang buat persembahan silat. Adalah sedikit-sedikit benda fancy macamni untuk menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan majlis resepsi induk.

 Persembahan silat

Guest Book

Banner untuk tetamu kalau nak bergambar

Tema majlis resepsi, induk pilih konsep tradisional. Sama macam majlis makchik & saya. Kalau dah nama tradisional, busana yang dikenakan of courselah baju kebaya songket. Lepas tu banyaklah pakai aksesori seperti kerongsang, do-koh, subang, sanggul, rantai, gelang lengan dan gelang kaki. Warnanya ialah kuning diraja.

Tema tradisional

Kedua-dua maljis akad nikah dan majlis pernikahan berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. Betul-betul sebelum majlis berakhir iaitu pada waktu petangnya, semua ahli keluarga inun bergambar bersama-sama dengan pengantin. Memang wajiblah bergambar sebab first, time inilah hampir semuanya ada. Second, semuanya mengenakan pakaian yang sedondon.

Memang sedondonlah sebab semuanya tempah baju mengunakan kain yang sama untuk lelaki dan juga perempuan. Akan rugilah kalau tak bergambar beramai-ramai time ini.



Settle sahaja bergambar, selesai sudah majlis resepsi induk. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Cuaca pun sangat baik. To induk & Azrul, Selamat pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Looking forward to attend wedding reception belah Azrul pulak.

Back reading to first part by clicking Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 1

17 April 2018

Had Great & Fun Night At Dataran Warisan Taiping & Bazaar Cross Street



Dataran Warisan Taiping sekarang dah tak sama macam mula-mula Taiping jadi kampung halaman kedua saya, iaitu pada 5 tahun dahulu. Kalau dulu cuma dataran yang sunyi sahaja terutamanya pada waktu malam tapi sekarang dah sangat berbeza. Sekarang lebih meriah, lebih menyeronokkan semua yang positiflah.



Dataran Warisan Taiping dah setahun dua tahun tau bertukar wajah menjadi lebih ceria ni. Tapi Kimchi baru bawak pergi ke dataran ni pada tahun ni. Sangat ambil masa lama kan. Kikiki. Tapi ok kot baru nak pergi sekarang. Kalau pergi masa mula-mula buka dahulu, tak banyak benda menarik ada di dataran ni.



Pergi ke Dataran Warisan Taiping boleh tengoklah pelbagai jenis aktiviti dilakukan di situ. Antaranya ialah main kasut roda, skuter, basikal, kereta kawal & sebagainya. Untuk para pengunjung yang tidak membawa apa-apa, perkhidmatan menyewa permainan semua ini turut disediakan.



Dah nampak boleh sewa kereta kawal kanak-kanak, Kimchi terus ajak Zafran naik kereta ni. Kalau dah nama naik kereta, Zafran memang tak adalah say ‘no’. Say ‘yes yes yes’ ajealah.  Anak SIL, Enal iaitu Dak Imaan & Dak Akeem pun join sekali. Kereta dikawal oleh ayah depa. Harga sewa kereta ni RM15 untuk 30 minit.



Selesai kanak-kanak riang dan ayah-ayah riang main kereta kawal, jalan-jalan di Bazaar Cross Street. Bazaar ni ala-ala uptown gitu yang betul-betul bersebelahan dengan Dataran Warisan Taiping. Pelbagai jenis barangan & makanan dijual di situ. Dessert viral seperti aiskrim gulung pun ada dijual. Tapi bapak ramai nak beli aiskrim ni. Tengah viral kan.



Bagus jugaklah Dataran Warisan Taiping dah jadi lebih happening macamni. Aktiviti-aktiviti yang ada situ pun sangat sesuai dilakukan untuk keluarga. Rasa tak ada nak buat apa di rumah, boleh pergi ke Dataran Warisan Taiping untuk  meluangkan masa bersama-sama dengan berkualiti.

Cuma harap kesedaran sivik pengunjung-pengunjung dibaiki lagi supaya tak nampak sampah merata-rata di Dataran Warisan Taiping ni. Tang tu yang kena improve. Yang lain semuanya sangat best.

12 April 2018

Kurang Cukup Rasa Pulak Boat Noodle Thai Iced Green Tea Yang Ini

Bagi saya (bagi sayalah), antara semua tempat iced green tea yang saya pernah beli, yang Boat Noddle adalah yang paling sedap, paling cukup rasa, paling lemak berkrim semua palinglah. Setiap kali pergi Boat Noddle Aeon Shah Alam, confirm saya akan tapau Thai Iced green tea. Kenapa Aeon Shah Alam. Sebabnya dekat dengan office. hehe

 Kimchi layankan jea keinginan isteri  mengandung.kuikuikui

Masa ada pergi PKNS haritu, baru tahu ada Boat Noodle baru dibuka di situ. Saya apalagi ajak Kimchi lunch di Boat Noddle lepas Kimchi settle shopping baju melayu. Bukan nak makan sangat pun di Boat Noddle, tapi nak minum Thai iced green tea.

Kimchi pun layan ajelah. Dah di Boat Noddle, order Kra Pow Chicken,  Kaw Pad Super Fried Rice, Thai Iced Tea & of course Thai iced green tea. Dapat-dapat jea Thai Iced Green Tea, tanpa membuang masa terus minum.




Dah masuk ke tekak, macam tak sampai rasanya. Dengan kata lain, rasanya tak sama seperti yang saya pernah minum sebelum ni. Kalau lagi sedap tak apa. Ini lagi tawar & sememangnya tak cukup rasalah.

Gini yea. Lain kedai, lain rasanya yea. Of courselah kan. Tukang buatnya lain-lain orang. Seriously ingat akan rasa sama. Yeala, memanglah bukan dari franchise yang sama. Tapi mesti mengunakan SOP yang sama kan. Macam KFC, McD kan sama jea rasanya tak kira makan di mana-mana franchise pun. Bukan macam tu ke. Tak erkkk.
Muka paksa senyum sebab Thai Iced Green Tea yang tawar

Luluh hati minum iced green tea yang tak cukup rasa. Takpe, nasib baik dekat jea dari office kalau nak beli yang sedap punya iaitu di Boat Noddle, Aeon Shah Alam. Thai Iced Green Tea di Boat Noodle, Aeon Shah Alam tak pernah mengecewakan.

Yang Kimchi order iaitu Thai Iced Tea pun rasa biasa-biasa jea. Tak tahulah memang rasa macamtu ke Boat Noddle ni yang buat so-so

Macam inilah. Kalau tiba-tiba teringin Thai Iced Green Tea, kena beli di Aeon Shah Alam. Confirm dapat minum yang sedap. Tempat lain tak cuba dan jayalah. Takut hasilnya mengecewakan. Huhu.

P/S: Lupa nak komen pasal makanan yang saya & kimchi order. Rasanya biasa biasa sahaja. Tak ada yang extraordinary sangat

11 April 2018

Dapat Jemputan Ke Agilent Science & Technology Seminar Lagi. Kali Ini di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pula.



Supplier Agilent tak pernah miss jemput saya & Lina untuk hadir ke seminar anjuran mereka. Walaupun tak pernah beli product daripada mereka, tapi setiap tahun tak pernah gagal hantar invitation kepada kami berdua. Yang penting bagi Agilent, lagi ramai hadir lagi bagus. Sebab lagi meriah.


Saya & Lina of course lah tak akan melepaskan peluang untuk join seminar anjuran Agilent ni. Di seminar inilah adalah masa nak tambah kenalan terutamanya yang dari sama bidang dengan kami berdua iaitu laboratory dan chemistry. Selain itu dapat tambah juga ilmu yang dikongsikan oleh product specialist dari Agilent. Ada yang dari Malaysia & juga dari luar negara.

Satu lagi part yang best dari seminar ni of courselah makang..kuikuikui

Apa yang saya & Lina dapat dari seminar, of courselah ilmu yang berkaitan dengan kerja kami berdua. Kalau betul-betul cerita in details nanti, mau ada yang tengah membaca entri ni terlelap. Ahaks.



Seminar ini berlangsung selama 2 hari. Dua-dua hari kami attend tanpa gagal. Tahun depan kalau ada organize lagi, jangan lupa jemput kami lagi yea, Agilent. Hehe 

2 April 2018

SENARAI NAMA PEMENANG MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE



MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE  sudah pun tamat pada 31/3/18. Seramai 36 orang menyertai GA ini tetapi hanya 28 sahaja yang memenuhi syarat-syarat dengan jayanya. Penyertaan yang selebihnya terpaksa digugurkan kerana penyertaan tidak lengkap. Kena buat macamni sebab nak berlaku adil kepada peserta yang follow syarat ini.

Tanpa membuang masa, saya ingin mengumumkan nama para pemenang MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE. Berikut adalah senarai nama pemenang.

Top Komentator

1 x RM20

Mrs Pip
21. MRS PIP
http://www.mrspip.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html 

1 x Realash Eyelash Enhancer (worth RM240)
34. FATIN DIANA
http://ftndiana.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html


1 x Green Shawl Bubble + sunglasses
19.S.K.
http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

1 x 1 box Micrite 3D All Use Mask (disponsor oleh Blogger ehbelogaku)
5. NUR IZZATI
https://z3tty.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html 


5 pemenang
Bloglist
14. MIA LIANA
http://www.mialiana.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html

23. WANI SUKARNO
http://www.wanisukarno.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html 

19.S.K.
http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html 

33. MARIA FIRDZ
http://www.mariafirdz.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html

10. AMANDA SURIA
http://www.suriaamanda.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html

Tahniah kepada para pemenang. Kepada para pemenang hadiah, bolehlah email Nama Penuh, Alamat Untuk Pengeposan Hadiah, Link Entry GA, No Telefon & email address ke radhia_87@yahoo.com. Kepada pemenang wang tunai, email Nama penuh, link entry GA, no akaun & nama bank. Tahniah sekali lagi.