14 March 2018

Roti Cicah Sup Kambing Di Restoran Sup Hameed, George Town, Pulau Pinang

Selalu tengok orang post gambar makan Roti Cicah Sup Kambing Di Restoran Sup Hameed di socmed kalau ada pergi Penang. Macam sedap jea sup kambing ni.



Tapi saya belum berpeluang lagi makan Restoran Sup Hameed signature dish ni walaupun ada pergi Penang setiap tahun. Mesti ada orang kata so rugi dah sampai Penang tapi tak pekenaq sup kambing Hameed ni. Tu yang bila ada bercuti di Penang baru-baru ni, memang target akan singgah restoran Hameed.  Nak rasa sendiri keenakkan sup kambing ni.

Senget dah tudung mama dikerjakan Dak Zafran

Lokasi Restoran Hameed ini  adalah di Jalan Penang. Di shoplot, yang betul-betul di tepi jalan. Degar di Shoplot macam susah parking kan. Jangan risau dengan parking. Sebabnya ada parking area yang berdekatan dengan restoran Hameed. Tapi dikenakan bayaranlah.

Dr. M pun pernah menjamu selera di Restoran Sup Hameed

Pelbagai jenis sup ada dijual di situ. Saya & Kimchi of course order sup kambing. Orang kata sup ni paling special or sedap or etc.



Sup kambing ini dihidang bersama dengan roti. Roti ini dicicah sup atau nak dimakan begitu sahaja pun boleh jugak. Ahaks. Rasanya daging kambing sangat lembut. Sup pun sedap & pekat. Sup & daging dah tak ada bau kambing yang sangat kuat. Rasa rempah pun tak terlalu kuat. Harganya tak mahal. Semangkuk RM4.50 sahaja.

Alamak gelap photo ni.letak jeala sebab nak tunjuk macammana rupa restoran sup hameed di luar.

Kalau peminat kambing, memang tak akan cukup makan satu mangkuk sahaja. Kalau saya, satu mangkuk cukup dah. Rasa nak repeat makan lagi ke tak kalau ada sampai Penang. Tak kot. Maybe sebab saya bukan die hard fan of kambing kot. Tapi kalau orang tanya sedap ke tak sup kambing Hameed. Saya jawab sedap. Keenakkan Sup Hameed dan dicicah dengan roti memang tak boleh disangkal.

20 comments:

  1. Saya suka sup kambing, tapi saya tak boleh ambil makanan cecair yang banyak sebab tak boleh urinate. By the way, amat murah sup kambing ni kalau nak dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur :)

    ReplyDelete
  2. ain penah try sup hameed ni .. sedap jugaklahhhh makan panas panas cicah dengan roti tuh.. nyum nyumm..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...memang favorite Haida ni dapat roti cicah sup... marvelessssss yummy

    ReplyDelete
  4. tengok sup pun dah terliur dah sebab nampak pekat sup dia tu.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi tak retilah makan roti dengan sup camtu!

    ReplyDelete
  6. Jelesnye~ dahlah murah harga sup dia

    ReplyDelete
  7. marvelous....sedapnye...sy tak penah sampai lg ni...walaupun dok penang

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok , nanti nak try bila2 datang penang ^^

    ReplyDelete
  9. best nya kalau dapat makan sekarang sup hameed nih
    sedap ohhh

    ReplyDelete
  10. uih terliur tengok sup kambing :p

    ReplyDelete
  11. Pergh!! Sedap tu.. sup Kambing..

    ReplyDelete
  12. sup kambing tu nampak sedap ...
    ni confirm sedap lagi2 bila femes di socmed ...

    ReplyDelete
  13. Sedap nyer lah... Lapar terus haa... Sup tu nampak pekat betul... Saya & BigBoss memang peminat tegar kambing...

    ReplyDelete
  14. nampak sedap. tengok sup die.. pekat.. ishh lapar pulak tetibe hehe

    ReplyDelete
  15. sedap 2..kne dtg jgak ni..😊😊

    ReplyDelete