Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 2

Ok, habis cerita tragedy masalah air sebelum majlis resepsi. Tapi Alhamdulillah, apa-apa kesulitan yang datangnya dari masalah air semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Mak lah yang the crisis solver terbaik.



Majlis Resepsi Farid ini adalah majlis kedua yang besar yang diuruskan oleh mak & abah. First of course saya. Masa majlis bersanding saya dahulu, mak rasa tak dapat nak jamu tetamu dengan makanan sepuas-puasnya. Kalau akad nikah, jamuan mewah dengan makanan. Yang sanding, macam ada lack here and there. Mak abah rasa ralat di situ.

Antara side dishes untuk dijamukan kepada tetamu






So time Farid, mak & abah order macam-macam. Supaya tetamu balik dengan perut yang kenyang dan hati yang riang. Antara usaha mak & abah untuk mencapai objektif mereka ini adalah, catering order sehingga 1000 pax. Order macam first time nak buat kenduri. Ada pelbagai jenis menu yang dalam pakej catering ini iaitu smoked chicken, kari daging, papadom, buah orange, dalca dan sebagainya.




Untuk tea corner, kuih-muih pulak ada 4 jenis. Asalnya untuk 200pax. Mak tambah lagi 200 pax. Mak tambah lagi sebab cakap kononnya time saya dulu  sebelum tengahari, semua kuih dah habis.
Lepas tu ada bubur dan teh tarik. Uwan buat jugak lepat pisang.

Keluarga besar ISMI

Tambahan side dish yang lain adalah apam untuk 600 pax, nasi dagang 300 pax dan kambing 3 ekor. Betul-betul kaw-kaw mak abah jamu tetamu. Kalau ada jugak tetamu balik dengan perut tak kenyang, tak taulah nak cakap apa. Tetamu ni diet kot. Ahaks.

Kawan mak & abah semasa study di USA dulu..kira buat reunion sekali.

Selesai sudah majlis resepsi Farid & Fatin ini. Memang puas hati dengan servis perkhidmatan Sri Payung. Makanan semuanya sedap. Ramai puji makanan sedap. Paling penting esoknya takdok dengar tetamu complaint kena cirit. kuikuikui.

Sepupu-sepupu Zafran pun ada datang jugak.

Hiasan pelamin, pintu gerbang, meja makan beradab, meja vip, meja tetamu, bunga-bunga semuanya cantik.  Condition dewan kastam pun sangat baik. Air con dapat maintain sejuk even time peak hours.

Alhamdulillah, tak ada cacat celahlah berlaku semasa majlis Farid ini. Memang dapat lupakan masalah air yang berlaku sebelum majlis sebab majlis berlangsung dengan meriahnya.


Apapun, semua yang berlaku tak kira baik atau buruk tetap meninggalkan kenangan & pengalaman yang bermakna buat godiks family. To my bro Farid & SIL, Fatin, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Share this:

, ,

CONVERSATION

11 comments:

  1. Alhamdulillah semua dah selesai. Selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah walaupon ada masalah bekalan air, majlis berjalan dengan lancar.. selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Selesai dah semua..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nasib masalah selesai, lancar majlis!

    ReplyDelete
  5. wah meriahnya , walaupun rintangan masalah takde air..majlis tetap kebaboom tu

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru.. meriah menu tu.. pasti tetamu pun suka

    ReplyDelete
  7. comel je pengantin perempuan :)

    ReplyDelete
  8. Wah, meriah majlisnya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  9. Masalah bekalan air di selangor makin terkenal sebab selalu keluar berita kat tv. Masalah bekalan air di pahang tak nak pulak keluar kat tv. Apa jugaklah yang dorang tak puas hati kat selangor tu.

    Majlis kahwin Farid takde masalah maknanya OKlah tu.

    ReplyDelete
  10. cantiknya pengantin perempuan

    ReplyDelete
  11. Alhamdullillah moga bahagia hngga ank cucu 😊

    ReplyDelete