30 March 2018

Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 1


Lepas 2 bulan berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis resepsi FaxFa (Farid & Fatin) belah perempuan di Kedah, tibanya giliran belah lelaki pulak. Terpaksa gap agak lama iaitu 2 bulan sebab pada bulan 3 sahaja dewan kastam kelana jaya available  untuk majlis resepsi Farid.

Orang kuat tolong mak abah berikan door gift kepada tetamu. Uwan tolong jaga handbags.


Makanan & alls guna perkhidmatan catering sahaja iaitu Sri Payung Catering. So, tak ada nak buat preparation bagai nak rak sangat pun. Lepas tu benda-benda lain macam makeup, pelamin & sebagainya, ambil yang dah termasuk dalam pakej catering. Lagilah tak ada nak serik-serik sangat ni. Meet up dengan caterer pun cuma beberapa kali sahaja untuk food testing, pilih design baju & deco pelamin untuk pengantin.
Antara menu sri payung catering


Tapi seminggu sebelum majlis, hampir berlaku jugak serik-serik ni. Sebabnya boleh pulak ada masalah air di Selangor. Tak taulah apa jadi. Katanya piping ke hape yang problem. Kebetulan pulaklah kan berlaku semasa nak dekat-dekat PRU ni. Iolss malaslah nak komen apa-apa.

Terpaksalah redha dan fikir ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walaupun banyak benda melibatkan air ni nak kena buat. Macam rebus telur, buat pulut kuning & lepat pisang untuk tambah lagi side dish & sebagainya. Ada saudara-mara juga nak datang awal untuk merewang lagi.


Deco pintu gerbang, red carpet hingga ke pelamin yang cantik



Disebabkan dari hari Selasa lagi dah terputus bekalan air direct, mak came out beberapa back up plan supaya air tangki dapat bertahan hingga ke hari majlis.  Buat pulut kuning kena cancel. Mandi kena catu.  Makan pun kena guna kertas wrapping jea.

Memang baik punya planning mak. Air direct yang terputus sejak hari Selasa, dapat bertahan dengan air tangki sampai hari Jumaat weii. Jiran-jiran lain, sehari dua dah habis dah air tangki.


Keluarga IsMi (Kelantan side)

Jumaat habis, nasib baik malam Sabtu dah start ada air balik. Dapatlah semuanya mandi  untuk majlis resepsi pada hari Sabtunya. Sadiskan air takdok semasa nak buat majlis besar-besar. Nasib baiklah buat di dewan. Dan nasib baik jugaklah di dewan tak terkena masalah air. Kalau kena time majlis saya dulu yang dibuat di rumah, nak taknak kena panggil lori isi air di tangki. Kena bayar woo kalau panggil lori datang ni. Harganya RM150/tangki.

12 comments:

  1. mahal jugak nak panggil lori air huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,.. Mujur bekalan air pulih semula..

    ReplyDelete
  3. Susahnya takde air waktu kenduri.

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah , walaupun terpaksa , tapi semuanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  5. Mujur semua berjalan lancar..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar kan.mudah mudahan maslah air di selangor tak berlaku lagi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selesai sudah majlisnya.

    Takde air memang mencabarkan, esp time nak buat majlis @ time berkumpul sanak sedara macam ni...

    Cantik lah baju dhia. Akak suka :)

    ReplyDelete
  9. bila air tak de mmg payah kan..kalau sehari ok jugak tapi kalau masuk hari ke 2 mmg stress kan..hehe

    ReplyDelete
  10. Meriah majlisnya walaupun dugaan tak dak air.

    ReplyDelete
  11. pape pun majlis tetap meriah huhu #blogwalking here

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dapat mandi walaupun takde air haha. Kak radhia kemain berseri, cantik sangat!!

    ReplyDelete