30 March 2018

Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 1


Lepas 2 bulan berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis resepsi FaxFa (Farid & Fatin) belah perempuan di Kedah, tibanya giliran belah lelaki pulak. Terpaksa gap agak lama iaitu 2 bulan sebab pada bulan 3 sahaja dewan kastam kelana jaya available  untuk majlis resepsi Farid.

Orang kuat tolong mak abah berikan door gift kepada tetamu. Uwan tolong jaga handbags.


Makanan & alls guna perkhidmatan catering sahaja iaitu Sri Payung Catering. So, tak ada nak buat preparation bagai nak rak sangat pun. Lepas tu benda-benda lain macam makeup, pelamin & sebagainya, ambil yang dah termasuk dalam pakej catering. Lagilah tak ada nak serik-serik sangat ni. Meet up dengan caterer pun cuma beberapa kali sahaja untuk food testing, pilih design baju & deco pelamin untuk pengantin.
Antara menu sri payung catering


Tapi seminggu sebelum majlis, hampir berlaku jugak serik-serik ni. Sebabnya boleh pulak ada masalah air di Selangor. Tak taulah apa jadi. Katanya piping ke hape yang problem. Kebetulan pulaklah kan berlaku semasa nak dekat-dekat PRU ni. Iolss malaslah nak komen apa-apa.

Terpaksalah redha dan fikir ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walaupun banyak benda melibatkan air ni nak kena buat. Macam rebus telur, buat pulut kuning & lepat pisang untuk tambah lagi side dish & sebagainya. Ada saudara-mara juga nak datang awal untuk merewang lagi.


Deco pintu gerbang, red carpet hingga ke pelamin yang cantik



Disebabkan dari hari Selasa lagi dah terputus bekalan air direct, mak came out beberapa back up plan supaya air tangki dapat bertahan hingga ke hari majlis.  Buat pulut kuning kena cancel. Mandi kena catu.  Makan pun kena guna kertas wrapping jea.

Memang baik punya planning mak. Air direct yang terputus sejak hari Selasa, dapat bertahan dengan air tangki sampai hari Jumaat weii. Jiran-jiran lain, sehari dua dah habis dah air tangki.


Keluarga IsMi (Kelantan side)

Jumaat habis, nasib baik malam Sabtu dah start ada air balik. Dapatlah semuanya mandi  untuk majlis resepsi pada hari Sabtunya. Sadiskan air takdok semasa nak buat majlis besar-besar. Nasib baiklah buat di dewan. Dan nasib baik jugaklah di dewan tak terkena masalah air. Kalau kena time majlis saya dulu yang dibuat di rumah, nak taknak kena panggil lori isi air di tangki. Kena bayar woo kalau panggil lori datang ni. Harganya RM150/tangki.

Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 2

Ok, habis cerita tragedy masalah air sebelum majlis resepsi. Tapi Alhamdulillah, apa-apa kesulitan yang datangnya dari masalah air semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Mak lah yang the crisis solver terbaik.



Majlis Resepsi Farid ini adalah majlis kedua yang besar yang diuruskan oleh mak & abah. First of course saya. Masa majlis bersanding saya dahulu, mak rasa tak dapat nak jamu tetamu dengan makanan sepuas-puasnya. Kalau akad nikah, jamuan mewah dengan makanan. Yang sanding, macam ada lack here and there. Mak abah rasa ralat di situ.

Antara side dishes untuk dijamukan kepada tetamu






So time Farid, mak & abah order macam-macam. Supaya tetamu balik dengan perut yang kenyang dan hati yang riang. Antara usaha mak & abah untuk mencapai objektif mereka ini adalah, catering order sehingga 1000 pax. Order macam first time nak buat kenduri. Ada pelbagai jenis menu yang dalam pakej catering ini iaitu smoked chicken, kari daging, papadom, buah orange, dalca dan sebagainya.




Untuk tea corner, kuih-muih pulak ada 4 jenis. Asalnya untuk 200pax. Mak tambah lagi 200 pax. Mak tambah lagi sebab cakap kononnya time saya dulu  sebelum tengahari, semua kuih dah habis.
Lepas tu ada bubur dan teh tarik. Uwan buat jugak lepat pisang.

Keluarga besar ISMI

Tambahan side dish yang lain adalah apam untuk 600 pax, nasi dagang 300 pax dan kambing 3 ekor. Betul-betul kaw-kaw mak abah jamu tetamu. Kalau ada jugak tetamu balik dengan perut tak kenyang, tak taulah nak cakap apa. Tetamu ni diet kot. Ahaks.

Kawan mak & abah semasa study di USA dulu..kira buat reunion sekali.

Selesai sudah majlis resepsi Farid & Fatin ini. Memang puas hati dengan servis perkhidmatan Sri Payung. Makanan semuanya sedap. Ramai puji makanan sedap. Paling penting esoknya takdok dengar tetamu complaint kena cirit. kuikuikui.

Sepupu-sepupu Zafran pun ada datang jugak.

Hiasan pelamin, pintu gerbang, meja makan beradab, meja vip, meja tetamu, bunga-bunga semuanya cantik.  Condition dewan kastam pun sangat baik. Air con dapat maintain sejuk even time peak hours.

Alhamdulillah, tak ada cacat celahlah berlaku semasa majlis Farid ini. Memang dapat lupakan masalah air yang berlaku sebelum majlis sebab majlis berlangsung dengan meriahnya.


Apapun, semua yang berlaku tak kira baik atau buruk tetap meninggalkan kenangan & pengalaman yang bermakna buat godiks family. To my bro Farid & SIL, Fatin, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

29 March 2018

Menang Birthday giveaway #jmbelog



Alhamdulillah..Saya menang Birthday giveaway #jmbelog. Hadiah yang saya menangi adalah topup bernilai RM10. Top up ni saya dah beri kepada my youngest bro sebab dia guna prepaid. Saya guna postpaid.

penselduabee bernombor 3, menang hadiah topup


To blogger JM, thanks for selected me as your GA winner. Semoga JM sentiasa dimurahkan rezeki.

23 March 2018

Won Tolly Joy Products Worth RM150 From CNY Giveaway For Tolly Joy


Wohooo.. Ini adalah second time saya menang barangan bayi Tolly Joy. Nilai barangan yang saya menangi adalah RM150. Sangat lumayan bagi saya. hehe. Saya menangi dari CNY Giveaway For Tolly Joy yang dianjurkan oleh blogger mommy jane (www.mommyjane.com)

Parcel yang diterima di dalam kotak

Pemenang dipilih berdasarkan caption & gambar yang paling kreatif oleh Jane Chua. Gambar juga haruslah diambil bersama-sama dengan anak & produk Tolly Joy. Sebab tengok hadiah-hadiahnya sangat menarik & sesuai pula untuk Zafran & bakal adiknya, saya langsung tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib memenangi giveaway ini.



Tengok-tengok rezeki berpihak kepada saya & anak-anak. Saya adalah salah seorang daripada 5 pemenang. Tak sangka betul boleh menang contest ni. Sebabnya saya ni susah nak menang contest yang pemilihan pemenangnya melibatkan kekreatifan ni. Saya kan berat otak kiri. Tak berapa nak kreatif.  Contest contest macam ini susah nak menang. Tapi kali ada rezeki. Alhamdulillah.

Antarat barangan TollyJoy yang saya terima adalah toiletries travel pack, musical toy, towel, feeding bowl set, nursing bag, baby wipes with container, portable drying rack & 4 piece feeding set.

Produk tolly joy saya menangi

To organizer Jane Chua, thanks for selecting me as one of your GA winner. To Tolly Joy, thanks for all these lovely Tolly Joy baby products.

22 March 2018

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang │ Factory Outlet Shopping Paradise For Men

Ada orang kata Mitsui Outlet Park KLIA Sepang adalah syurga membeli-belah barangan luxury brands buat kaum lelaki berbanding perempuan. Sebabnya brands yang ada di situ, kebanyakkannya lelaki yang suka. Untuk perempuan, kurang. Betul atau tidak, saya pun tak sure. Sebab tak pernah sampai sana lagi.

Saya cubalah menjejakkan kaki ke Mitsui Outlet Park. Biar saya tengok sendiri, betul ke tidak Mitsui Outlet Park lebih sesuai untuk lelaki.



Sampai sahaja di Mitsui Outlet Park, memang betul lebih sesuai lelaki. Kalau tengok outlet di situ, mostly menjual brands yang lelaki suka seperti Nike, Adidas, Diadora dan banyak lagilah. Memanglah brands ni adalah unisex. Tetapi lelaki lagi berminat shopping brands ni berbanding perempuan.

Luxury brands yang perempuan suka still ada. Cuma tak banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Yang saya nampak ada adalah Bonia, Carlo Rino & Bally. Yang macam Fossil, Gucci, Michael Kors Coach, semua ini tak ada.


Brand unisex, untuk child & home appliances pun ada tapi macam saya kata tadilah. Tak sebanyak brands kesukaan lelaki. Unisex yang ada seperti Timberland, Clark dan etc. Untuk kanak-kanak pula ada Poney & Toy world.

Kimchi memang sakanlah shopping barangan sukan. Saya memang tak join shopping sakan macam dia sebab tak bersukan. Kimchi ada jugak shopping brand yang unisex dan saya minat jugak iaitu Levis. Levis pulak masa tu ada buat promotion especially seluar jeans. Tapi saya still tak dapat nak menumpang sekaki jugak shopping levis. Perut dah membonyotkan. Sambung tengok lagi Kimchi shopping. Yang saya dapat shopping just chocolate beryls ajo. huhu.

Kimchi dah dapat hasil

Apa yang saya suka dengan Mitsui Outlet Park  ni adalah interior deco nya. Ada banyak ruang yang ada 3D art. Memang kerja bergambar ajelah di semua 3D art yang kitaorang jumpa.

Semua 3D arts yang kitaorang bergambar





So, bagi saya betullah tu Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni lebih sesuai untuk lelaki. Nak outlet  ada sama banyak untuk lelaki, perempuan, unisex, kanak-kanak dan di area dekat dengan Selangor, shopping di GHPO. Kalau nak shopping luxury brands dengan harga berpatutanlah. Yang sentiasa ada discaunt. Kalau tak kisah nak bayar normal price, pergi ajolah shopping di mana-mana mall yang terdekat. Di Lembah Klang sahaja, macam-macam shopping mall ada. Pilih jea nak pergi mana satu. Sediakan duit sahaja. hehe.

21 March 2018

Senarai Nama Peserta MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE

Click above banner to join MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE

Senarai Nama Nama Peserta MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE sudah keluar.

Kepada semua peserta tolong check semula sama ada memenuhi semua syarat giveaway atau tidak terutamanya syarat yang kena komen di mana-mana dua entri.  Syarat yang melibatkan follow media social seperti fb, G+, twitter or IG masih boleh lagi dimaafkan jika ada yang tak dapat buat.

Bagi peserta yang masih tak meninggalkan komen di mana-mana dua entri (tidak termasuk komen di entri MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE)  sehingga tarikh tutup, saya akan gugurkan nama dari list Peserta ye. Cara saya nak memeriksa cukup komen ke tak, saya refer ni widget top komentator yang ada di sidebar blog saya.

Nama peserta yang tertera bilangan komen 3 dan lebih sahaja yang tidak akan digugurkan. Kena buat macamni sebab nak berlaku adil kepada peserta yang follow syarat ini.

1. NOR NAZLIANA
http://adna2029.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

2. SHAHIDA DZULKAFLI
http://kasihkuamani.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

3. LADY SHAH
https://byshaz.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

4. SITI ROHAIDA YUSOF
http://www.kisahsidairy.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

5. NUR IZZATI
https://z3tty.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html  (ok)

6. JAMIL HASHIM
https://belogsjm.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee-31mac2018.html  (ok)

7. HANI FADHLINA ABDUL RAHMAN
https://jombercontest.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

8. SHIKIN RAZALI
http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

9. FARHANNA JAFRI
http://www.farhanajafri.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

10. AMANDA SURIA
http://www.suriaamanda.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

11. NIK AILYA SAFFAA NIK HISHAM
https://ailya-saffaa.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 2 entri)

12. NOOR AKMA
http://www.huhahuhajerr.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

13. MAISARAH HUMAIRA
http://www.maisarahsidi.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 2 entri)

14. MIA LIANA
http://www.mialiana.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

15. IBU DILAH
http://www.ceriteraibu.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 2 entri)

16. CIK IFFAH
https://misseffah-ara.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 2 entri)

17. SHARO ANGAH
http://sharoangah.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html  (tidak cukup komen di 2 entri)

18. ✿CIK CAPPUCCINO LATTE ✿
http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

19.S.K.
http://stnrsyfh.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

20. NAJIAH SHAHARAIN
http://www.jiakreatifelt.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html  (tidak cukup komen di 1 entri)

21. MRS PIP
http://www.mrspip.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

22. MAISARAH IBRAHIM
https://messarah.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 2 entri)

23. WANI SUKARNO
http://www.wanisukarno.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

24. IKA.S
https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

25. NIEYLA NADIA
http://seindahcerita.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

26. FARAHAIN ZFA
http://akuainkausiapa.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

27. SYA NISSA
http://queensyanis.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (tidak cukup komen di 1 entri)

28. RODIAH AMIR
https://rodiahamir.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

29. SYAH BANU (ok)
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html

30. SHUHAIDA SAAD
http://shuhaidasaad.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

31. MOHAMAD KHAIRIL
http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

32. SAYIDAH NAPISAH
http://www.sayidahnapisah.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html  (ok)

33. MARIA FIRDZ
http://www.mariafirdz.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html  (ok)

34. FATIN DIANA
http://ftndiana.blogspot.com/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

35. SYIERA FIRDAUS
http://sayasyiera.blogspot.my/2018/03/march-giveaway-by-penselduabee.html (ok)

36. SYUHADA SALLEH
http://www.syuhadasalleh.com/2018/03/31/march-giveaway-penselduabee/ (ok)

Peserta-peserta bolehlah saling blogwalking sesama sendiri mengunakan link-link yang ada di atas. Inform saya yea kalau ada peserta yang ada join tapi tak ada dalam list di bawah & ada salah apa-apa.

19 March 2018

Main Giant Bubble Di Taiping Lake Garden

Ada satu hari di Taiping haritu, ada janji dengan Zafran & sepupunya iaitu Zara, Qisya & Zayyan. Nak bawak depa pergi Aeon sebab ada persembahan Didi & Friends di Aeon. Sebelum pergi Aeon, shopping di SSF di Taiping Sentral. Sebabnya persembannya lambat lagi.

Tapi ter shopping lama pulak. Terpengaruh dengan promosi SSF. kuikuikui.Lepas dah shopping, bagitau budak-budak ni dah ter miss persembahan Didi Friends. Bila tengok muka budak-budak ni macam sedih & dengan saya dah mungkir janjinya, rasa ralat pulak.  Nak gembirakan hati budak-budak ni balik, bawaklah diaorang main di Taiping Lake Garden.



Sampai-sampai sahaja di Taiping Lake Garden, main di playground dahulu. Memang excitedlah main gelongsor, buaian etc. Berdekatan dengan playground, ada orang jual giant bubbles. Bila nampak ada giant bubbles, confirmlah budak-budak nak main giant bubbles.


Mak mertua pergi beli dengan harga RM3 untuk sebesen air sabun & satu bubble wand. Mak mertua tambah lagi tiga bubble wands supaya cucu-cucunya dapat seorang satu. Ini untuk mengelakkan berlakunya insiden perebutan bubble wand di kalangan cucu-cucunya. Kuikuikui. Tak sure berapa mak mertua bayar untuk tambah lagi bubble wands tu.





Dak Qisya, Zara & Zayyan memang excited lah main belon. Dak Zafran tak pandai nak main. So, papanyalah kena buat belon guna bubble wand nya. Dak Zafran duk kejar-kejar bubble yang papa nya buat.



Main duk main, sampai habis satu besen air sabun. Eloklah sabun habis pun time nak maghrib. Memang nak kena balik rumah.

Budak-budak pun lupa dah dengan mungkir janji manis auntie nya. Sebab seronok sangat main giant bubbles ni. Thanks to Giant Bubble sebab dapat mengembirakan hati  Zafran dan anak-anak buah. Hehe.

14 March 2018

Roti Cicah Sup Kambing Di Restoran Sup Hameed, George Town, Pulau Pinang

Selalu tengok orang post gambar makan Roti Cicah Sup Kambing Di Restoran Sup Hameed di socmed kalau ada pergi Penang. Macam sedap jea sup kambing ni.



Tapi saya belum berpeluang lagi makan Restoran Sup Hameed signature dish ni walaupun ada pergi Penang setiap tahun. Mesti ada orang kata so rugi dah sampai Penang tapi tak pekenaq sup kambing Hameed ni. Tu yang bila ada bercuti di Penang baru-baru ni, memang target akan singgah restoran Hameed.  Nak rasa sendiri keenakkan sup kambing ni.

Senget dah tudung mama dikerjakan Dak Zafran

Lokasi Restoran Hameed ini  adalah di Jalan Penang. Di shoplot, yang betul-betul di tepi jalan. Degar di Shoplot macam susah parking kan. Jangan risau dengan parking. Sebabnya ada parking area yang berdekatan dengan restoran Hameed. Tapi dikenakan bayaranlah.

Dr. M pun pernah menjamu selera di Restoran Sup Hameed

Pelbagai jenis sup ada dijual di situ. Saya & Kimchi of course order sup kambing. Orang kata sup ni paling special or sedap or etc.



Sup kambing ini dihidang bersama dengan roti. Roti ini dicicah sup atau nak dimakan begitu sahaja pun boleh jugak. Ahaks. Rasanya daging kambing sangat lembut. Sup pun sedap & pekat. Sup & daging dah tak ada bau kambing yang sangat kuat. Rasa rempah pun tak terlalu kuat. Harganya tak mahal. Semangkuk RM4.50 sahaja.

Alamak gelap photo ni.letak jeala sebab nak tunjuk macammana rupa restoran sup hameed di luar.

Kalau peminat kambing, memang tak akan cukup makan satu mangkuk sahaja. Kalau saya, satu mangkuk cukup dah. Rasa nak repeat makan lagi ke tak kalau ada sampai Penang. Tak kot. Maybe sebab saya bukan die hard fan of kambing kot. Tapi kalau orang tanya sedap ke tak sup kambing Hameed. Saya jawab sedap. Keenakkan Sup Hameed dan dicicah dengan roti memang tak boleh disangkal.

6 March 2018

Naik Penang Hop On Hop Off Untuk Menerokai Keindahan Penang Island


Bercuti di Penang haritu terasa nak naik Penang Hop On Hop Off. Tak pernah lagi naik Hop On Off baik yang KL mahupun yang penang punya. So, dah sampai Penang pergilah merasa naik Hop On Hop Off.


Dak Zafran pulak memang suka transportation ni. Tengoklah mainan-mainan dia, almost 99% adalah transportation. 1% macam soft toys etc itu pun ada orang yang hadiahkan. Bukan dia sendiri nak. Ni beritahu dia nak naik bas, memang excited lah budak kecik tu.



Di hotel kitorang stay semasa bercuti di Penang iaitu Flamingo By The Beach, Tanjung Bungah, ada bus stop untuk Penang Hop On Hop Off. Tapi untuk beach tour. Sebelum saya cerita pasal pengalaman saya ni, ceritalah serba sedikit mengenai Penang Hop On Hop Off.


Penang Hop On Hop Off ini ada dua pilihan tour. Satu beach tour. Satu lagi city tour.  Beach tour akan membawa kita melihat keindahan pantai & melihat tempat-tempat menarik yang berlokasikan di tepi pantai seperti Hard Rock, National Park & sebagainya. Selain itu, dapat juga melihat aktiviti-aktiviti air seperti parachute gliding & etc.

Tengok beli roti. Alas perut dahulu sebab lambat lagi nak boleh lunch

Kalau city tour akan membawa kita menerokai bandar penang. Dapatlah pusing-pusing bandar penang & melihat bangunan-bangunan bersejarah seperti Fort Cornwallis, blue mansion dan sebagainya.

Itulah serba sedikit info mengenai Penang Hop On Hop Off. Kalau nak cover kedua-dua city tour & beach tour dalam masa satu hari adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk dilakukan. Ya, tidak mustahil. Tapi kena start naik bas awal. Masa operasi Penang Hop On Hop Off bermula pada pukul 9am. Sebelum tu lagi dah kena tercegat dah di bus stop. Kalau tak memang tak sempat.

Masa naik Hop On Hop Off, cuaca sedang elok. Tak panas & tak hujan. Dapatlah kitaorang duduk di seat tak berbumbung sepanjang-panjang perjalanan. Alhamduillah. 


Kitaorang definitely tak dapat nak cover dua-dua tour. Tak pelik lah kan. Ahaks. Sebabnya mula menunggu bas nya pada pukul 12:15pm. Lepas tu pulak terlepas bas yang sampai pukul 1210pm.

Kitaorang dah try check out awal dan try nak kejar bas yang pukul 12:15pm ni. Tapi terlewat jugak sebab Dak Zafrannya iyak pulak. Tapi tak apalah Zafran iyak masa di hotel lagi. Kalau iyak di dalam bas jenuh jugak nak pikir cara nak solve this problem. Kuikuikui.



Dah terlepas pukul 12:10, next trip pada pukul  1:25pm pulak. Duk menunggu ajelah. Haa tak cerita lagi kitaorang pilih city tour ke bus tour. Kitaorang pilih city tour. Sebab city tour hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Kalau city tour, 2 jam lebih. Kenalah ambil yang masa lebih pendek sebab petang tu nak balik Sungai Buloh dah.

Rasa pelik tak pilih city tour tapi naik bus stop yang untuk beach tour. Meh saya explain lagi. Walaupun untuk beach tour tapi bas akan pergi ke interchange stop jugak. Interchange stop ini di Gurney drive. Interchange stop ini yang pit stop untuk kedua-dua beach tour & city tour.

Botanical garden

Kitaorang naik bas di bus stop yang menghala ke interchange stop ni. Ni main stop ni akan tukar bas untuk city tour pulak. Buat macamni sebab boleh parking kereta di hotel Flamingo tadi. Kalau nak start di interchange stop, belum tentu lagi senang cari parking.


Penang Hill

Dah naik bas di Flamingo & turun di interchange stop. Kena tunggu dalam sejam lagi untuk naik yang city tour pulak. Boleh tahanlah banyak masa terbuang untuk menunggu sahaja. Tak boleh nak buat apalah. Bas pun tak banyak. Baca di internet ada 5 buah bas untuk setiap tour.


Sementara tunggu bas, alas perut makan roti sahaja. Nak makan di kedai, takut tak sedar bas sampai. Terlepas lepastu menunggu lagi. Oh tidak, tak sanggup menunggu lagi.

Bas sampai dalam 2pm. Bermula penerokaan bandar Penang kami sekeluarga dengan menaiki Hop On Hop Off.


Tempat-tempat menarik yang dibawa oleh Hop On Hop Off untuk city tour ini adalah Botanical Garden, Penang Hill, Kek Lok Si, Times Square, Komtar, Chowrasta, Unesco Heritage, Clan Jetties, Cruise, St George, Blue Mansion & Kelawei.

Apa benda tempat-tempat menarik ini, cari di internet sendirila yea. Kalau saya cerita satu-satu tempat-tempat, nanti dah jadi Penang encyclopedia pulak entri ni. Haha.

Komtar

Dak Zafran excited naik Hop On Hop Off ni. Dapat tengok macam-macam dari dalam bas. Masa di botanical garden, dapat tengok monyet. Di Kek Lok Si dapat tengok statue yang sangat besar di atas bukit. Transportation jangan ceritalah. Macam-macam transportation Dak Zafran tengok. Dan banyak lagilah.

Memang seronoklah naik Hop On Hop Off. Harga tiket pun tak mahal. Hanya RM32 yang untuk double trip. 




Nak merasai naik yang KL punya pulak. Yea, di KL jea tau. Tapi tak pernah naik lagi. Maklumlah busy mengalahkan Pok Jib. Ahaks.



Hope in future, bilangan bas untuk Hop On Hop Off bertambah. Dapat kurangkan sedikit masa menunggu. Apapun, naik Penang Hop On Off sememangnya memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada kami sekeluarga. (ayat iklan mana aku copy paste ni. Ahaks)