Wajib Singgah Makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak Bila Di Cherating, Pahang
Memang tak pernah miss singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak bila berada di Cherating, Pahang. Kalau tak singgah makan kudapan-kudapan ni, confirm akan menyesal di kemudian hari. Rasa menyesal sampai tidur pun tak lena, mandi tak basah & makan tak kenyang. Begitu sekalikan penangan kudapan ni. Kikiki.
Garing sangat sampai kulitnya merekah-rekah. Tapi isinya lembut giloss. Makan dengan dicicah homemade sos keropok lekor
Kudapan yang paling wajib dimakan adalah yang keropok lekor fresh yang baru lepas diuli, digoreng & dihidang panas-panas. Keropok yang digoreng oleh orang kedai ni, memang tak akan sama yang kita goreng. Keropok yang digoreng oleh depa sangat lembut di dalam & garing di luar.
Makan dulu
Selain keropok lekor, wajib jugak makan otak-otak & satar. Isinya memang fresh & rasanya sangat sedap. Nak beli yang otak-otak & satar frozen, boleh juga dibeli di kedai ni. Keropok lekor mentah pun sama.
Otak-otak
Satar. Dua-dua dalam plastik sebab beli di kedai lain. Kedai keropok lekor kitaorang makan ni tak jual satar & otak-otak
Saya tak ingat apa nama kedai yang saya makan ni. Betul-betul di sempadan Terengganu-Pahang ni memang ada berderetlah kedai-kedai keropok lekor ni. Pilih jea mana-mana kedai untuk singgah makan. Rasa & kesedapannya, semuanya sama.
Deretan kedai/warung keropok lekor di sempadan Terengganu-Cherating. Kenapa saya cakap di sempadan. Jalan ke depan sedikit dah nampak pintu gerbang nak masuk Terengganu.
Kalau ada pergi lagi Cherating ataupun Terengganu pun sama, memang akan singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak. Kalau tak singgah, mahu kerja menangis di bucu katil jea.kuikuikui.
uwaa..keropok lekor..nak jgk..:)
ReplyDeleteKalau ray dlu selalu pegi satu warung called aziz satar dekat terengganu. seriously that place daboomm!!!!
ReplyDeleteZumal suka sangat sata tu... Tetiba jadi favret sejak berkunjung di Terengganu sejak 15 tahun dulu
ReplyDeletePernah singgah cni. Memang sodap.
ReplyDeleteWahhh sedap aihhh.
ReplyDeleteWah.. sedapnya.. rasa nak balik kampung sekarang
ReplyDeleteTengok tajuk je dah rasa nak cari keropok lekor dan otak2 sekarang jugak. Huhu
ReplyDeletelama dah tak jalan-jalan area sana.. rindu
ReplyDeleteAlamak.. sedaonya
ReplyDeletePernah singgah gerai macam ni masa kat Kemaman..best betul memborong...
ReplyDeletehuwaaa sedapnya satar
ReplyDeletesusahnya nak dpt keropok lekor sedap kat tmpt mrs pip ni ...
ReplyDeleteBelum berkesempatan ke sana
ReplyDeleteSedapnya keropok lekor, sata...yummy
ReplyDeleteCherating la boleh rasa paling serupa dgn ganu punyer keropok
ReplyDeleteRawat Sakit Lutut