22 January 2018

My First Young Brother Just Entered His Married Life: Solemnization At Masjid Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah (Part 1)

Budak hingusan adik saya sorang ni iaitu Farid, dah pun mengakhiri zaman solonya weiiiii. Cam tak percaya jeakan dah jadi laki orang Dak farid ni. Dulu ingat lagi nangis-nangis setiap kali nama jajan kat kedai. Sekarang dia pulak akan jadi apak kepada budak nangis-nangis tue. Haha.. #guraugurauyea.

Pengantin lelaki dah ready untuk tamatkan zaman bujangnya

Pada 13 Januari lepas, my bro Farid & pasangannya berkahwin. Masing-masing pada usia umur 25 tahun. Lagi cepat kahwin berbanding saya. Saya dulu kahwin pada umur 26 tahun. And then langkah bendul Didie, kakak keduanya (bawah saya) pulak tue. Yang beza umur 4 tahun darinya.

Baru sampai masjid

Budak-budak zaman sekarang dah tiada masalah dah nak kahwin cepat-cepat. Kalau dibandingkan zaman makchik-makchik saya dahulu, nak dekat 30an baru kahwin. Adakah ini satu petanda ekonomi negara semakin pulih? Sebab rakyat-rakyatnya dah tidak lagi mengalami masalah kesulitan kewangan. Kalau orang-orang tertentu tahu ni, mahu cukai-cukai tertentu dinaikkan lagi ni. Kuikuikui.

Di dalam masjid

Tak adalah. Adik kahwin ni tak ada kena mengena langsung dengan ekonomi negara. Dah kalau jodoh & tiada apa-apa halangan untuk berkahwin, dah tak ada alasan lainlah untuk menanguh-nangguhkan simpulan ikatan yang sangat dibenci-benci oleh Setan.

Dak Zafran still under control

Berbalik pada cerita nikah Farid ni. Belah perempuan pilih untuk melangsungkan akad nikah & juga majlis persandingan pada Januari. Majlis sebelah lelaki pada bulan March. Kena buat bulan 1 sebab dewannya available untuk date itu sahaja. Akad nikah & Majlis Persandingan berlangsung pada hari yang sama iaitu pada Sabtu. Lebih menjimatkan masa & kos buat macamni.

Farid tengah debor tahap maksim ni

Sehari sebelum majlis, dah gerak ke Kedah. Godiks gerak dengan naik dua kereta. Geng negeri Sembilan yang ada 30 orang semuanya, diaorang sewa bas. Sewa bas kau, rombongan nogori ke Kedah ni. Lepastu keluarga maktih, ayahchik, ayahhar & ayahsu, dioarang gerak dari rumah masing-masing.

Ready untuk lafaz nikah

Ramai jugaklah yang join rombongan pengantin lelaki. Tapi still tak boleh lawan yang join rombongan ke Perak iaitu untuk majlis perkahwinan saya belah Kimchi. Time saya dulu walaupun tak sewa bas tapi hampir semua join. Even belah abah pun ramai join. Semuanya naik kereta masing-masing. Maybe sebab Perak dekat kot.

Welcome to the club, Farid

Tersasar jauh cerita lain balik. Ok ok sambung balik cerita kahwin Farid ni. Homestay untuk godiks & belah negeri sembilan bermalam, still pilih homestay yang sama book time tunang Farid dahulu iaitu di Teratak Singgah D’Soffiyya. Book untuk 2 malam. Belah abah pulak book homestay rumah double storey di Jitra Town.

Zainun Clans & CMC bergambar dengan pengantin

Sampai homestay dalam pukul 5 petang. Yang geng bas sampai pukul 2 pagi sebab gerak lambat.  Agak kepenatan jugak sebab esoknya kena bangun pagi untuk majlis akad nikah. Tapi tak apa diorang semua tak ada anak di fasa tantrum. Saya rasa macam saya lagi penat semasa majlis kahwin berbanding dengan diaorang walaupun saya dah berehat lagi lama. Faham-fahamlah kenapa kan.Haha

Batal air sembahyang

Esoknya dalam pukul 10am dah berada di Masjid Mukim Wang Tepus untuk majlis akad nikah. Majlis akad nikah dimulakan dengan doa & beberapa soalan dari jurunikah diajukan kepada Farid. Soalan yang saya dengan just apa itu rukun nikah. Kacang jea soalan tu. Farid pun dapat jawab dengan jayanya.

mak abah tambah menantu baru

Tanpa melengahkan masa, continue dengan lafaz akad nikah. Farid just lafaz sekali jea. Dah lafaz, tengok-tengok dah ada group pengantin lain tunggu turn akad nikah. Diorang pun guna khidmat jurunikah yang sama. Terpaksalah cepat-cepat keluar dari masjid. Tak sempat nak buat apa-apa even batal air sembahyang pun. Tapi stail iman masjid ni memang dia tak benarkan pun batal air sembahyang, bergambar & etc di dalam masjid. Dah settle akad nikah, terus kena beredar.


Weollss dapar ipar baru

Bergambar dengan pengantin di perkarangan masjid sahaja. Batal air sembahyang kena buat di rumah pengantin perempuan. Dah settle semua, balik homestay semula. Rehat-rehat dahulu sebelum get ready untuk majlis persandingan di Dewan Tunku Anum.


Continue reading Part 2 cy clicking My First Young Brother Just Entered His Married Life: Wedding Reception At Dewan Anum (Part 2) 

P/S: Sharpness gambar berbeza sebab dari kamera berbeza. Kalau cantik tu dari kamera dslr diambil oleh pro photographer la tue. hehe

12 comments:

  1. sama cantik sme padan... alaaa cikyan jeles !

    ReplyDelete
  2. baju nikah adik radhia sama warna dan pattern macam IQ nikah dulu..kain kembang2..hehe...rindu plak

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Dah selamat ye.. Semoga berbahagia hingga ke Jannah buat Farid dan pasangan..

    ReplyDelete
  4. I pun baru je dapat kakak ipar hahaha.

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah. Slmt pengantin baru buat mempelai

    ReplyDelete
  6. comel adik ipar radhia..selamat penganti bru buat adik radhia..:)

    ReplyDelete
  7. sume serba biru...sweet je...

    bdk2 skang byk yang kawen awl..iols dulu kawen umur 30 an jugak...hihihi

    ReplyDelete
  8. comelnye pengantin perempuan...senyum berseri mukanya

    ReplyDelete
  9. tahniah ... comel jer pasangan pengantin ni....

    ReplyDelete
  10. we're fixated on hot Sequin Dress ; we live for the radiance. If you ask us, you can never have enough bling and we are decidedly dribbling in sequins this season with shimmering dresses to suit each body and each event. In case you don't know when is a decent an ideal opportunity to wear one there's a straightforward answer - any time is a decent time! Fortunately, this season, the Sequin Dress is back in style, and this hot pattern isn't leaving design any time soon. Dress them up or dress them down, it's an ideal opportunity to feel like the star that you are with shimmering outfits to experience the entirety of your perfect diva dreams.

    ReplyDelete
  11. the 2023 Goddiva bridesmaids dresses collection offers a range of styles, colours, and sizes to suit every bridal party.

    ReplyDelete