Muzium Sungai Lembing terletak di atas bukit. Asalnya adalah tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing
Masa
stay di Kuantan, Pahang selama 3 tahun dahulu, tak pernah pun sampai Sungai
Lembing. Ni dah stay di KL, barulah terfikir nak pergi Sungai Lembing. Itupun sebab
dari Cherating. On the way nak balik KL, singgah lah sekejap di Sungai Lembing
ni. Tapi dari Kuantan ke Sungai Lembing, boleh tahan jugak jauhnya. Adalah
dalam 45 minit nak boleh sampai.
Harga tiket RM2 sahaja
Family ayahchik pun peminat tempat-tempat bersejarah.
Sungai
Lembing ni memang pernah melalui zaman kegemilangan kerana statusnya yang
pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Di dunia tau. Jangan main-main. Inilah menjadikan Sungai Lembing menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar
utama bijih timah di negeri Pahang.
Mak macam biasa memang akan baca semua maklumat yang ada di situ
Sekarang
kegemilangan itu dah tak dok lagi. Bijih timah dah habis. Yeala bijih timah ni
digali sejak tahun 1887. Mana tak habisnya. Tapi bijih timah ni sebelum habis
pun dah mengalami masalah kejatuhan harga dah. Mungkin masa itu ada bahan yang
dapat replace bijih timah & kos nya lebih rendah.
Haaa..Ni mana words tak banyak, di situ ada saya. So lousy tabiat membaca saya ni.
Kalau
nak tahu maklumat tentang perlombongan bijih timah dengan lebih lengkap,
bolehlah melawat Muzium Sungai Lembing.
Di situ semua jenis maklumat dari zaman kegemilangan perlombongan bijih
timah hinggalah kemerosotan di Sungai Lembing, ada di situ. Dak dak sekolah kalau
nak buat projek geografi/sejarah yang berkaitan dengan Sungai Lembing, memang
patutlah melawat Muzium ni.
Entah bila nak rajin membaca macam mak.
Mak & Abah
Bangunan
muzium ni asalnya tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong
bijih timah di Sungai Lembing. Macam rumah kampung tapi sangat besar &
terletak di atas bukit. Tempat mandi pun ada bathtub. Dulu-dulu kira kayalah
ada kediaman macam ini.
Macam inilah rupa perlombongan bawah tanah
Dari
parking kenalah mendaki sedikit untuk ke muzium. Atas bukitkan. Harga tiket tak
mahal. Cuma RM2/person. Muzium selalunya tak pernah kenakan harga tiket yang
mahal. Nanti tak orang nak pergi. Hehe.
Nak naik kereta api, boleh naik di Tai Pei Tong ni. Rambut Dak Zafran serabai sebab baru bangun tidur.
Honestly
suka dengan bangunan muzium sungai lembing ni. Struktur binaan bangunan ini
mengikut reka bentuk vertikular-kolonial. Cantik jugaklah kalau nak buat
apa-apa photoshoot di situ.
Naik kereta api inilah.
Sebelum
balik, singgah Lombong Bijih Timah bawah tanah. Sampai-sampai situ, kena naik
train kalau nak pergi ke kawasan perlombongan bijih timah. Tapi harga tiketnya
mak aii mahal bebenor..Satu kepalaq kena bayar RM25. Mampu tengok ajelah
orang-orang lain naik.
Menuju ke kawasan perlombongan
Sungai
Lembing ini macam kehidupan kita dah. Ada masa naik, ada masa turun. Lepas itu
naik. Tapi Sungai Lembing ini bila nak jatuh, dah tak boleh naik-naik dah. Tapi
boleh buat apa kot. Melibatkan ekonomi global kan. Apapun, tetap rasa seronok
melawat Sungai Lembing especially Muzium Sungai Lembing.
bestnya melawat tempat2 gini..:)
ReplyDeleteminat nya tempat2 macam nih
ReplyDeletedah semua cantik2 jer ruang dan kawasan dia
Teringat datang sini dengan geng kbba9.. Best sgt..
ReplyDeleteBestnya.. Penuh informasi dan sejarah.. Harga tiket pun murah..
ReplyDeletewalaupun kampung IQ dekat felda bukit kuantan dan dekat dengan sungai lembing ni, tak pernah plak IQ sampai ke muzium ni, huhu
ReplyDeletetak pernah tahu pulak sejarah sungai lembing ni sampai ke tahap dunia dah.
ReplyDeleteBestnya.. murah Pula Tu tiket masuk
ReplyDeleteMenariklah tempat ni. Harga tiket pun murah.. teringin nak ke sini juga nanti sekeluarga jln2.. thanks sharing :)
ReplyDeleteWah menariknya... Satu hari nanti nak singgah muzium Sungai Lembing ni...
ReplyDeletehaaa akak pernah pegi jugak, yang naik ketapi masuk kawasan bijih tu pun akak masuk jugak, best dalam tu sejuk je, tapi sejenis akak ni takut sikit dengan kwasan sempit dan gelap, jenuh berdoa dalam tu macam2 hehehe fikir yang bukan2 je
ReplyDeletebest juga bila dpt lawat tempat yg ada kesan sejarah mcm ni... dpt juga belajar sesuatu mengenai kehidupan lalu masyarakat ...
ReplyDeleteHowever, many people assume that Sequin Dresses are only for the holiday season or formal events. But that is not true. With the right styling, you can rock sequins in the summer season as well. Here are some tips on how to wear Sequin Dresses in the summer.
ReplyDelete