Nak tahu resipe agar-agar roti mudah ni, boleh tengok step by step di bawah.
Bahan bahan:
10 gram agar agar tali
3 cawan air
1/4 cawan serbuk milo - bancuh dengan sedikit air panas
Bahan kisar:
1/2 cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan milo yang dibancuh dengan 1 sudu air panas supaya tidak berbiji.
4. Ambil 1 senduk warna asal dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan milo dan tuang di atas warna lapisan asal tadi. Buat secara berselang seli sehingga habis. Kena cepat sebelum adunan menjadi beku.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
Agar-agar roti yang baru keras & belum dipotong
Kalau tahu agar-agar roti ini hanya melibatkan kacau & kisar sahaja, dah lama dah saya buat untuk santapan keluarga. Dah akan acap kali lah saya kali buat. Lagi-lagi stok roti & juga bahan-bahan lain di rumah, sentiasa tak pernah putus.
Resipe ini juga masuk dalam senarai pencuci mulut yang boleh buat untuk buka puasa nanti. Sebabnya resipe ini sangat menjimatkan masa & tidak rumit.
uii..sdapnya..:)
ReplyDeleteMcm sedap ja tu
ReplyDeleteWow sedap Tu.. boleh Cubalah resepi ni nanti. Sedappp
ReplyDeleteMacam menarik je... Memang best nie kalau dapat..
ReplyDeletekalau campak2 ni pun IQ suka. hehehe
ReplyDeletewow sedap tu
ReplyDeletecantiknya kejadian dia :)
ReplyDeletecantiknya rupa agar agar ni ... mesti sedap ni ...
ReplyDeleteSuka makan bahagian yg ade milo tu jer hehe
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu ni.. sy tgh mencuba resipi ni utk berbuka nnt😁
ReplyDeleteYour input has been a game-changer for me. Thank you for sharing this information.
ReplyDeleteบาคาร่าขั้นต่ำ10บาท
I wanted to extend my heartfelt thanks for sharing this valuable information with me.
ReplyDeleteสล็อตเว็บตรง
It’s best for me.Thanks for writing this. It's very useful for me and also others. I hope you will share informative article like this again.
ReplyDelete"เว็บคาสิโนออนไลน์ทำเงิน
"
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete