Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah

Baru tahu mudah sahaja nak buat agar-agar roti milo. Kenapa saya cakap mudah? Sebabnya hampir semua bahan yang nak digunakan untuk buat agar-agar roti, hanya perlu campak sahaja dalam blender. Selepas itu, kisar sehingga sebati. Settle kisar, adalah kena mengacau beberapa kali. Mudah sahajakan.

Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah


Nak tahu resipe agar-agar roti mudah ni, boleh tengok step by step di bawah.

Bahan bahan:
10 gram agar agar tali
3 cawan air
1/4 cawan serbuk milo - bancuh dengan sedikit air panas
Bahan kisar:
1/2 cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan milo yang dibancuh dengan 1 sudu air panas supaya tidak berbiji.
4. Ambil 1 senduk warna asal dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan milo dan tuang di atas warna lapisan asal tadi. Buat secara berselang seli sehingga habis. Kena cepat sebelum adunan menjadi beku.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah
Agar-agar roti yang baru keras & belum dipotong

Kalau tahu agar-agar roti ini hanya melibatkan kacau & kisar sahaja, dah lama dah saya buat untuk santapan keluarga. Dah akan acap kali lah saya kali buat. Lagi-lagi stok roti & juga bahan-bahan lain di rumah, sentiasa tak pernah putus.

Resipe ini juga masuk dalam senarai pencuci mulut yang boleh buat untuk buka puasa nanti. Sebabnya resipe ini sangat menjimatkan masa & tidak rumit.

Share this:

CONVERSATION

14 comments:

  1. Wow sedap Tu.. boleh Cubalah resepi ni nanti. Sedappp

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je... Memang best nie kalau dapat..

    ReplyDelete
  3. kalau campak2 ni pun IQ suka. hehehe

    ReplyDelete
  4. cantiknya kejadian dia :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya rupa agar agar ni ... mesti sedap ni ...

    ReplyDelete
  6. Suka makan bahagian yg ade milo tu jer hehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas ilmu ni.. sy tgh mencuba resipi ni utk berbuka nnt😁

    ReplyDelete
  8. Your input has been a game-changer for me. Thank you for sharing this information.
    บาคาร่าขั้นต่ำ10บาท

    ReplyDelete
  9. I wanted to extend my heartfelt thanks for sharing this valuable information with me.
    สล็อตเว็บตรง

    ReplyDelete
  10. It’s best for me.Thanks for writing this. It's very useful for me and also others. I hope you will share informative article like this again.
    "เว็บคาสิโนออนไลน์ทำเงิน
    "

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete