30 January 2018

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Muzium Sungai Lembing terletak di atas bukit. Asalnya adalah tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing

Masa stay di Kuantan, Pahang selama 3 tahun dahulu, tak pernah pun sampai Sungai Lembing. Ni dah stay di KL, barulah terfikir nak pergi Sungai Lembing. Itupun sebab dari Cherating. On the way nak balik KL, singgah lah sekejap di Sungai Lembing ni. Tapi dari Kuantan ke Sungai Lembing, boleh tahan jugak jauhnya. Adalah dalam 45 minit nak boleh sampai.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Harga tiket RM2 sahaja

Apa yang menarik di Sungai Lembing ni. Kalau sekarang, dah macam pekan cowboy sedikit. Jalan nak masuk ke bandar inipun macam sunyi jea. Kiri kanan hutan.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Family ayahchik pun peminat tempat-tempat bersejarah.


Tapi pada zaman dahulu, Sungai Lembing diibaratkan sebagai El-Dorado Timur tau di negeri-negeri Tanah Melayu. Sebabnya di sinilah letaknya sebuah perkampungan masyarakat Inggeris, iaitu di Lembah Sungai Kenau.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang


Sungai Lembing ni memang pernah melalui zaman kegemilangan kerana statusnya yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Di dunia tau. Jangan main-main.  Inilah menjadikan Sungai Lembing menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar utama bijih timah di negeri Pahang.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Mak macam biasa memang akan baca semua maklumat yang ada di situ

Sekarang kegemilangan itu dah tak dok lagi. Bijih timah dah habis. Yeala bijih timah ni digali sejak tahun 1887. Mana tak habisnya. Tapi bijih timah ni sebelum habis pun dah mengalami masalah kejatuhan harga dah. Mungkin masa itu ada bahan yang dapat replace bijih timah & kos nya lebih rendah.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Haaa..Ni mana words tak banyak, di situ ada saya. So lousy tabiat membaca saya ni.

Kalau nak tahu maklumat tentang perlombongan bijih timah dengan lebih lengkap, bolehlah melawat Muzium Sungai Lembing.  Di situ semua jenis maklumat dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah hinggalah kemerosotan di Sungai Lembing, ada di situ. Dak dak sekolah kalau nak buat projek geografi/sejarah yang berkaitan dengan Sungai Lembing, memang patutlah melawat Muzium ni.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Entah bila nak rajin membaca macam mak.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Mak & Abah

Bangunan muzium ni asalnya tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing. Macam rumah kampung tapi sangat besar & terletak di atas bukit. Tempat mandi pun ada bathtub. Dulu-dulu kira kayalah ada kediaman macam ini.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Macam inilah rupa perlombongan bawah tanah

Dari parking kenalah mendaki sedikit untuk ke muzium. Atas bukitkan. Harga tiket tak mahal. Cuma RM2/person. Muzium selalunya tak pernah kenakan harga tiket yang mahal. Nanti tak orang nak pergi. Hehe.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Nak naik kereta api, boleh naik di Tai Pei Tong ni. Rambut Dak Zafran serabai sebab baru bangun tidur.

Honestly suka dengan bangunan muzium sungai lembing ni. Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial. Cantik jugaklah kalau nak buat apa-apa photoshoot di situ.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Naik kereta api inilah.

Sebelum balik, singgah Lombong Bijih Timah bawah tanah. Sampai-sampai situ, kena naik train kalau nak pergi ke kawasan perlombongan bijih timah. Tapi harga tiketnya mak aii mahal bebenor..Satu kepalaq kena bayar RM25. Mampu tengok ajelah orang-orang lain naik.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Menuju ke kawasan perlombongan

Sungai Lembing ini macam kehidupan kita dah. Ada masa naik, ada masa turun. Lepas itu naik. Tapi Sungai Lembing ini bila nak jatuh, dah tak boleh naik-naik dah. Tapi boleh buat apa kot. Melibatkan ekonomi global kan. Apapun, tetap rasa seronok melawat Sungai Lembing especially Muzium Sungai Lembing.

29 January 2018

Won Tommee Tippee Bottle From Tag, Share & Win Contest By Today's Baby Expo

Image may contain: 7 people, people smiling

Wohooo..Akhirnya menang something jugak dari contest yang dianjurkan oleh Today's Baby Expo. Banyak kali dah join sebelum ni tapi rezeki belum berpihak pada saya lagi. Yealah nama pun expo contest, yang ribu-ribu participate. Chances nak menang tu agak tipislah sedikit.

Tapi ada jugak rezeki untuk saya. Saya menang satu botol Tommee Tippee. Tengok gambar atas, macam dapat dua. Tapi bila tengok caption just tulis bottle jea, tak ada 's', so tahu dah dapat satu jea.

Bila redeem di Today's Baby Expo yang diadakan di Midvalley pada weekend lepas, bukan setakat dapat satu jea, tengok-tengok botol kecil. Dengar cerita ramailah pemenang tak puas hati dengan hadiah ni. Hadiah tak sama dengan gambar.



Saya tak kisah pun, dapat size apa-apa pun. Contest inipun bukannya keluar modal. Setakat kena like, share & comment jea. And then, saya memang plan nak pergi Today's Baby Expo sebab nak beli breast pump Spectra S9Plus (double pump).

Apapun to Today's Baby Expo, thanks for selecting me as one of your contest winner. Boleh tambah stok botol susu untuk adik Zafran. InsyaAllah.

Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah

Baru tahu mudah sahaja nak buat agar-agar roti milo. Kenapa saya cakap mudah? Sebabnya hampir semua bahan yang nak digunakan untuk buat agar-agar roti, hanya perlu campak sahaja dalam blender. Selepas itu, kisar sehingga sebati. Settle kisar, adalah kena mengacau beberapa kali. Mudah sahajakan.

Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah


Nak tahu resipe agar-agar roti mudah ni, boleh tengok step by step di bawah.

Bahan bahan:
10 gram agar agar tali
3 cawan air
1/4 cawan serbuk milo - bancuh dengan sedikit air panas
Bahan kisar:
1/2 cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan milo yang dibancuh dengan 1 sudu air panas supaya tidak berbiji.
4. Ambil 1 senduk warna asal dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan milo dan tuang di atas warna lapisan asal tadi. Buat secara berselang seli sehingga habis. Kena cepat sebelum adunan menjadi beku.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Agar-agar Roti Milo Guna Agar-Agar Bertali Yang Sangat Mudah
Agar-agar roti yang baru keras & belum dipotong

Kalau tahu agar-agar roti ini hanya melibatkan kacau & kisar sahaja, dah lama dah saya buat untuk santapan keluarga. Dah akan acap kali lah saya kali buat. Lagi-lagi stok roti & juga bahan-bahan lain di rumah, sentiasa tak pernah putus.

Resipe ini juga masuk dalam senarai pencuci mulut yang boleh buat untuk buka puasa nanti. Sebabnya resipe ini sangat menjimatkan masa & tidak rumit.

23 January 2018

My First Young Brother Just Entered His Married Life: Wedding Reception At Dewan Tunku Anum, Jitra Kedah (Part 2)

 Ready untuk majlis persandingan

Dalam pukul 1 dah berada di Dewan Tunku Anum. Bila semua dah berkumpul, terus berarak ikut belakang pengantin sampai masuk dewan. Dah duduk, terus makan dahulu. Lauk yang dihidangkan sangat special iaitu ada gulai kambing, gulai ayam, sambal ikan masin & banyak lagi. Apam balik pun ada jugak.



Dah makan, sesi bergambar dengan pengantin. Tapi disebabkan Zafran. Yes again Zafran.. rasanya tiap-tiap entri mesti ada cerita fasa sel-sel otak berkembang Zafran ni. Hehe. Taknak lah cerita in details pasal peel Zafran masa tu. Implikasinya saya just dapat bergambar dengan godiks sahaja. Sebabnya terpaksa beredar dari dewan dengan awalnya. Itupun Mus tak ada. Time inilah kawan-kawan Unimap nya datang.

 Mood Zafran tak berapa nak cantik dah.. Nap time dia dah kena kacau..

 Makan dulu

Kimchi melahap apam balik

Gambar dengan pengantin di pelamin yang saya ada cuma saya sekeluarga & dengan godiks tanpa Mus. Yang ramai-ramai & so on, semuanya tak ada. huhu. Agak rasa ralat jugaklah di situ. Tapi nak buat macammana. Nothing can do when tantrum strikes. Just fikir positif. Budak banyak ragam ni banyak akal. Banyak akal ni memang genius tahap maksim , di dunia & juga di akhirat. Aaminn jela kan weyhh apa saya baru sebut ni. Kuikuikui.

Mus takdok sebab membernya datang

 Tantrum sudah tiba...kuikuikui

 Mus dah free, kitaorang pulak dah chan chin chow..huhu

Zainun's Clan with pengantin

Hope belah PJ nanti dapat bergambar sefamili dengan pengantin di pelamin. Tapi tak mengharap jugaklah sebab busy kan sebagai tuan rumah. Anyway to my young first brother, selamat menempuhi alam perkahwinan. Semoga kau & Hazie bahagia hingga ke Jannah.  Lepas ni welcome to the bapak-bapak club pulak. hehe..

Back reading entry Part 1 by clicking My First Young Brother Just Entered His Married Life: Solemnization At Masjid Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah (Part 1)

P/S: Sharpness gambar berbeza sebab dari kamera berbeza. Kalau cantik tu dari kamera dslr diambil oleh pro photographer la tue. hehe

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM PEMULIHARAAN HAIWAN TERANCAM





PERHATIAN !!!

PERHATIAN !!!

Kepada para pengunjung penselduabee, adik saya iaitu Mustaza merupakan peserta Program Kesukerelawanan Pemuliharaan Haiwan Terancam ingin memohon bantuan dari para pengunjung, dengan hanya meluangkan masa 5 minit sahaja daripada masa anda.

Cuma IKUTI 5 LANGKAH INI. (ini bukan spam, bukan tipu, anda tidak akan rugi apa-apa)

1. Klik link ini https://goo.gl/kVHLde

2. Tekan bahagian "I don't have an Astro ID, I want to sign up with my Email address/Mobile No."

3. Masukkan details2 anda, dan masukkan code ini RQ3MSNUF di bahagian "Enter your redemption code"

4. Tekan Sign In

5. Sila tunggu code dihantar kepada anda melalui mesej di phone anda.

6. Masukkan code tersebut.

Terima Kasih !!

Dengan cara ini anda telah membantu adik saya untuk mendapatkan komisyen sebanyak RM 1.20/registration untuk disumbangkan kepada Program Kesukerelawanan Pemuliharaan Haiwan Terancam.  Saya juga memohon anda untuk share link blog ini supaya lebih ramai dapat bantu kami dapatkan lebih banyak komisyen untuk jayakan program ini.






Sedikit kata-kata dari Mustaza selaku pengarah program Kesukarelawan Pemuliharaan Haiwan Terancam 

Selaku pengarah program Kesukarelawan Pemuliharaan Haiwan Terancam ini akan menceritakan serba sedikit mengenai program ini. Saya memang berminat untuk melakukan CSR di tempat-tempat yang berkaitan dengan alam sekitar. Selepas itu, Saya telah mengambil langkah untuk melakukan program kesukarelawanan di Bukit Merah, Semanggol. Kira ini merupakan program pertama Tarot setelah dilantik menjadi Majlis Perwakilan Pelajar 2017/ 2018.

Selepas saya mengemukakan proposal program ini di halaman-halaman tertentu, Astro NJOI berminat untuk jadi penaja untuk program ini. Akan tetapi kami deal untuk menjadikan win-win situation. Pihak Astro NJOI bersetuju untuk beri komisyen bagi setiap orang yang sign in dengan bayaran RM 1.20 setiap orang. Lebih ramai yang sign in Astro NJOI menggunakan code RQ3MSNUF , lebih banyak tajaan yang kami akan peroleh. Kami memohon ramai yang dapat membantu untuk membolehkan kami mendapatkan dana yang mencukupi.

Jika ada pihak yang berminat untuk memberikan sumbangan untuk program ini, anda boleh hubungi nombor di bawah. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan.

Mustaza - 0132035062


22 January 2018

My First Young Brother Just Entered His Married Life: Solemnization At Masjid Mukim Wang Tepus, Jitra Kedah (Part 1)

Budak hingusan adik saya sorang ni iaitu Farid, dah pun mengakhiri zaman solonya weiiiii. Cam tak percaya jeakan dah jadi laki orang Dak farid ni. Dulu ingat lagi nangis-nangis setiap kali nama jajan kat kedai. Sekarang dia pulak akan jadi apak kepada budak nangis-nangis tue. Haha.. #guraugurauyea.

Pengantin lelaki dah ready untuk tamatkan zaman bujangnya

Pada 13 Januari lepas, my bro Farid & pasangannya berkahwin. Masing-masing pada usia umur 25 tahun. Lagi cepat kahwin berbanding saya. Saya dulu kahwin pada umur 26 tahun. And then langkah bendul Didie, kakak keduanya (bawah saya) pulak tue. Yang beza umur 4 tahun darinya.

Baru sampai masjid

Budak-budak zaman sekarang dah tiada masalah dah nak kahwin cepat-cepat. Kalau dibandingkan zaman makchik-makchik saya dahulu, nak dekat 30an baru kahwin. Adakah ini satu petanda ekonomi negara semakin pulih? Sebab rakyat-rakyatnya dah tidak lagi mengalami masalah kesulitan kewangan. Kalau orang-orang tertentu tahu ni, mahu cukai-cukai tertentu dinaikkan lagi ni. Kuikuikui.

Di dalam masjid

Tak adalah. Adik kahwin ni tak ada kena mengena langsung dengan ekonomi negara. Dah kalau jodoh & tiada apa-apa halangan untuk berkahwin, dah tak ada alasan lainlah untuk menanguh-nangguhkan simpulan ikatan yang sangat dibenci-benci oleh Setan.

Dak Zafran still under control

Berbalik pada cerita nikah Farid ni. Belah perempuan pilih untuk melangsungkan akad nikah & juga majlis persandingan pada Januari. Majlis sebelah lelaki pada bulan March. Kena buat bulan 1 sebab dewannya available untuk date itu sahaja. Akad nikah & Majlis Persandingan berlangsung pada hari yang sama iaitu pada Sabtu. Lebih menjimatkan masa & kos buat macamni.

Farid tengah debor tahap maksim ni

Sehari sebelum majlis, dah gerak ke Kedah. Godiks gerak dengan naik dua kereta. Geng negeri Sembilan yang ada 30 orang semuanya, diaorang sewa bas. Sewa bas kau, rombongan nogori ke Kedah ni. Lepastu keluarga maktih, ayahchik, ayahhar & ayahsu, dioarang gerak dari rumah masing-masing.

Ready untuk lafaz nikah

Ramai jugaklah yang join rombongan pengantin lelaki. Tapi still tak boleh lawan yang join rombongan ke Perak iaitu untuk majlis perkahwinan saya belah Kimchi. Time saya dulu walaupun tak sewa bas tapi hampir semua join. Even belah abah pun ramai join. Semuanya naik kereta masing-masing. Maybe sebab Perak dekat kot.

Welcome to the club, Farid

Tersasar jauh cerita lain balik. Ok ok sambung balik cerita kahwin Farid ni. Homestay untuk godiks & belah negeri sembilan bermalam, still pilih homestay yang sama book time tunang Farid dahulu iaitu di Teratak Singgah D’Soffiyya. Book untuk 2 malam. Belah abah pulak book homestay rumah double storey di Jitra Town.

Zainun Clans & CMC bergambar dengan pengantin

Sampai homestay dalam pukul 5 petang. Yang geng bas sampai pukul 2 pagi sebab gerak lambat.  Agak kepenatan jugak sebab esoknya kena bangun pagi untuk majlis akad nikah. Tapi tak apa diorang semua tak ada anak di fasa tantrum. Saya rasa macam saya lagi penat semasa majlis kahwin berbanding dengan diaorang walaupun saya dah berehat lagi lama. Faham-fahamlah kenapa kan.Haha

Batal air sembahyang

Esoknya dalam pukul 10am dah berada di Masjid Mukim Wang Tepus untuk majlis akad nikah. Majlis akad nikah dimulakan dengan doa & beberapa soalan dari jurunikah diajukan kepada Farid. Soalan yang saya dengan just apa itu rukun nikah. Kacang jea soalan tu. Farid pun dapat jawab dengan jayanya.

mak abah tambah menantu baru

Tanpa melengahkan masa, continue dengan lafaz akad nikah. Farid just lafaz sekali jea. Dah lafaz, tengok-tengok dah ada group pengantin lain tunggu turn akad nikah. Diorang pun guna khidmat jurunikah yang sama. Terpaksalah cepat-cepat keluar dari masjid. Tak sempat nak buat apa-apa even batal air sembahyang pun. Tapi stail iman masjid ni memang dia tak benarkan pun batal air sembahyang, bergambar & etc di dalam masjid. Dah settle akad nikah, terus kena beredar.


Weollss dapar ipar baru

Bergambar dengan pengantin di perkarangan masjid sahaja. Batal air sembahyang kena buat di rumah pengantin perempuan. Dah settle semua, balik homestay semula. Rehat-rehat dahulu sebelum get ready untuk majlis persandingan di Dewan Tunku Anum.


Continue reading Part 2 cy clicking My First Young Brother Just Entered His Married Life: Wedding Reception At Dewan Anum (Part 2) 

P/S: Sharpness gambar berbeza sebab dari kamera berbeza. Kalau cantik tu dari kamera dslr diambil oleh pro photographer la tue. hehe

16 January 2018

Won Tools Pouch From LIKE, COMMENT and SHARE Contest By Tractmotor Parts (M) Sdn Bhd

No automatic alt text available.
Saya pemenang No 14

Alhamdulillah..Saya menang sebuah Tools Pouch dari  LIKE, COMMENT and SHARE Contest yang dianjurkan oleh Tractmotor Parts (M) Sdn Bhd. Contest ini telah diadakan di facebook.

Received the parcel


Tools Pouch adalah beg bertukang. Kalau dah nama bertukang memang bagi kat Kimchi ajelah. Tapi macamlah Kimchi selalu bertukang. Ahaks. Nak guna untuk kegunaan lain, belum ada idea lagi. Tengok-tengok pouch ni jadi tempat simpan make up saya. Tak pun mainan Zafran. Hehe.

Tools pouch

Anyway, Tractmotor Parts (M) Sdn Bhd, thanks for selecting me as one of your contest winner and gave me this tools pouch.

15 January 2018

Family Night Out│Enjoying Starbucks Coffee & Watching Xmas Deco At Setia City Mall

Ermm belumlah lapuk lagikan nak cerita pasal melihat keindahan warna-warni Xmas deco walaupun Xmasnya dah lama berlalu. Ala, tak sampai 1 bulan jea pun berlalu.

large cup frappuccino Toffee Nut

Keluar malam se family bukan purposely nak tengok Xmas deco pun. Malam tu nak pergi minum di Starbucks di Setia City Mall. Setia City Mall pulak memang penuh dengan Xmas deco yang cantic & warna-warni sebab dah tinggal beberapa hari sebelum Xmas celebration. Dah habis minum coffee, baru pergi tengok Xmas pulak.



Eh, dah macam dah buang tabiat pulak kan pekenaq coffee pada waktu malam. Pada hari bekerja pulak tue. Mau pergi kerja esok dengan mata panda sebab caffeine dah menghilangkan rasa mengantuk.



Bukan sebab mengidam yea pergi cari Starbucks malam-malam buta. Tak pekdahnya lah mengidam ngarut-ngarut camtu. Sayanya ada menang Starbucks Gift Card bernilai RM50 dari contest yang dianjurkan di facebook. Dah dapat, apalagi cepat-cepatlah terus guna. Dari contest mana saya menang gift card ni, boleh baca dengan klik link http://bit.ly/2DB6rmM



Kalut sangat kan dapat-dapat jea, cepat-cepat guna. Bukan apa, takutlah tunggu lama-lama nanti terlupa. Lepas tu mulalah dah expiredlah, hilanglah, macam-macamlah. Dah dapat tu, cepat-cepatlah redeem.



RM50 Gift Card ni dapatlah redeem 1 slice salted caramel marbel cheesecake, 1 slice oreo cheesecake & 1 large cup frappuccino Toffee Nut. Adalah balance lagi RM4 dalam card tu.

Setiap kali pergi starbucks, tak pernah miss order salted caramel cheesecake. Suka rasa masin-masin caramel dikombinasikan dengan rasa lemak-lemak cheese. Taka da jumpa salted caramel cheesecake macamni dijual di tempat lain termasuklah Secret Recipe.

Xmas gift

Habis makan cheesecake, bawak Dak Zafran tengok Xmas deco di perkarangan Setia Setia City Mall.  Macam-macam perhiasan ada yang mengunakan lampu iaitu Santa Clause, Raindeer, Xmas tree dan kereta api pun ada.

Train

Habis jalan-jalan, terus balik. Tapi sebelum balik rumah singgah kedai mamak pekenaq maggi goreng pulak. Macam tak cukup pulak dinner makan cheesecake jea. Ahaks.

Xmas deco yang di dalam setia city mall

Malam tu nasib baik boleh tidur walaupun dah pekenaq coffee. Coffee dah tak memberi kesan kot terhadap tidurku walaupun minum pada waktu malam. Berbanding zaman sebelum kahwin dulu, minum pukul 5 petang jeapun, dah tak boleh tidur dah. Tu tandanya apa yea. Haiii malaslah nak fikir. Sambung tidur balik. Zzzzzz