29 December 2017

Majlis Perkahwinan Muizz & Ikka di Negeri Jang Oh Jang

Hajjah Suppiah’s Clan join rombongan pengantin ke Negeri Sembilan pulak kali ni. Sebelum ni ke Sri Iskandar, Perak iaitu untuk kenduri Shafiq. Lepas turun sedikit ke selatan iaitu di Puchong untuk wedding Ben Firdaus. Yang latest ni turun ke selatan lagi iaitu di Negeri Sembilan pulak. Di Negeri Sembilan adalah untuk perkahwinan Muiz & Ikka.



Kendurinya adalah di rumah grandparents pengantin perempuan iaitu di Batu Kikir. Keluarga pengantin dah bermalam sehari sebelum majlis. Weolls gerak pada pagi hari majlisnya. Walaupun ada akad nikah pada paginya iaitu sebelum majlis persandingannya still sempat jugak join. Jalan Alhamdulillah tak jem especially di Bukit Putus hinggalah ke Kuala Pilah.

Sepanjang-panjang jalan di kawasan perkampungan, nampak banyak jugaklah gerai-gerai menjual hasil kampung dijual especially buah durian. Ada ternampak durian yang dijual dengan harga RM12/kg. Not bad jugaklah kan harganya. Tapi kalau compare dengan harga jual longok-longok, of courselah not so ‘not bad’.  Malangnya jual ikut timbang-timbang kemungkinan besar pupus buat selama-lamanya.. Ahaks.

Ini gambar diambil oleh Mel. Mel jea yang ada singgah beli durian.

Nak singgah beli tapi sebab nak kejar akad nikah Muiz, tukar plan singgah time on the balik. Mel singgah beli time on the way pergi. Dapatlah beberapa biji dengan harga RM12/kg. Dia memang tak sempatlah join akad nikah.

Sibuk semua nak selpie..last-last pengantin tertolak ke belakang..ahaks

Dah sampai masjid, tempat akad nikah Muiz, majlis akad nikah belum start lagi. Dapat jugak nak menyaksikan lafaz akad nikah by En Muiz. Tapi saya & kimchi terpaksa keluar masjid sebabnya Dak Zafran..time inilah kena pulak masanya dalam proses mengembangkan lagi sel-sel otaknya. apalagi.. layanzzzzz..

Rombongan baru sampai rumah pengantin

Selesai akad nikah, berehat di homestay, tempat anak-beranak maklang overnight sebelumtu. Dah dalam pukul 1pm, baru gerak ke rumah atuk & uwan pengantin. Sampai-sampai jea di meja untuk keluarga mempelai, semua terus pergi makan. Semuanya lapar. Lauk pulak perghh…negeri Sembilan sangat. Ada daging salai masak lemak cili api dengan tempoyak tu. Lagilah bertambah-tambah depa makan nasi.

Daging salai masak lemak cili api & tempoyak tue. Ni jea gambar yang ada..itupun Mel yang snap. Saya tak snap sebab tak sabar nak makan dah.ahaks

Dak Zafran macam biasa tak mau makan. Tapi nasib baiklah boleh makan kek pengantin lepas selesai acara potong kek. Dengan kek secret recipe nye lagi. Sampai 2 slice Dak Zafran makan. Dapatlah membantutkan niat Zafran untuk meragam. Ahaks.

Sesi potong kek

Sebelum balik, macam biasa bergambar dengan pengantin. Time on the way balik, ingat nak singgah nak beli durian. Tengok-tengok satu gerai pun tak ada jual durian. Dah habis.  Tapi singgahlah jugak satu gerai. Adalah depa beli buah kundang, rambutan, lemang & etc. Itik salai pun ada dijual tapi tak ada siapa  beli.

Itik salai dijual di gerai di kawasan perkampungan Negeri Sembilan

To Muizz & Ikka, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kamu berdua. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Welcome to the club Muiz & wifey.

28 December 2017

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi

Tiba-tiba teringat pulak percutian bersama keluarga mertua di Pulau Pangkor pada tahun 2015. Inilah kali terakhir saya bercuti di Pulau Pangkor. Lepas tu hingga sekarang dah tak ada sampai-sampai pun ke Pulau Pangkor. Patutlah tiba teringat dan rindu. Lama sangat tak menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor ni. Hampir tiga tahun tue. Kimchi sila take note yea. Kuikuikui.

Rindu sangat nak bercuti di Pulau Pangkor lagi sebabnya…eh banyak sebabnya. Meh saya senaraikan satu-satu.

1. Pantai sangat bersih

Inilah yang paling saya titikberatkan. Kalau dah nama bercuti di pulau, mestilah ada mandi pantai kan. Nak mandi pantai, air laut haruslah bersih dan bebas daripada segala mak nenek sampah-sarap. Kalau air laut kotor memang boleh membantutkan mood percutian saya.

Tapi pantai di Pulau Pangkor..mak aiiii bersih sangat. Sampah domestic mahupun daun-daun kering langsung tak ada di pantai ini. Padahal masa saya bercuti dulu tu, ramai kot orang datang bercuti. Bercuti semasa cuti sekolah kan iaitu pada Chinese New year. Memang pihak pengurusan Pulau Pangkor betul-betul jaga kebersihan pulau pangkor.

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi


2. Permandangan laut yang sangat cantik.

Pulau Pangkor juga terletak di kedudukan yang strategik. Dari pantai bukan setakat dapat menikmati permandangan laut yang cantik dan again bersih, malah dapat melihat matahari terbenam. Rasa tenang jea bila melihat matahari terbenam. Hilang segala mak nenek stress. Menikmati permandangan laut boleh jadi salah satu terapi tangani stress tau.

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
permandangan laut di Pulau Pangkor di kala senja

Selain itu, permandangan ini juga sangat sesuai untuk dinikmati oleh pasangan yang sedang berbulan madu. Ketika matahari terbenam, suasananya romantik sangat. Tapi saya dan Kimchi tak dapatlah nak berbulan madu time tu. Anak dah keluar seorang. Ahaks.

3. Pelbagai aktiviti air yang menarik boleh dilakukan baik untuk berkeluarga mahupun solo

Kalau dah bercuti di Pulau Pangkor tak cukup tau setakat bercuti kurang daripada 2 hari. Sebabnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan apabila berada di Pulau Pangkor. Satu lagi jangan ingat aktiviti-aktiviti di Pulau Pangkor sesuai untuk orang bujang sahaja (solo). Yang berkeluarga pun banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Macam saya dan keluarga mertua dahulu, aktiviti yang kami lakukan adalah mandi laut dan bersantai di tepi pantai. Budak-budak juga boleh bina istana pasir di pantai.


Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
 Island Hopping

Selain itu, boleh naik bot untuk melakukan aktiviti island hopping. Bot akan membawa kita mengelilingi pulau-pulau yang ada di situ. Jangan risau tentang kanak-kanak ketika naik bot sebabnya botnya lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. Semasa berada di dalam bot kena pakai life jacket dan ada life guard yang ikut bersama-sama naik dengan kita. 

Kalau yang bujang, bolehlah nak melakukan aktiviti seperti snorkeling, naik banana boat, scuba diving dan sebagainya. Tapi saya dapat jea melakukan snorkeling dan juga naik banana boat. Mak mertua tolong jagakan Zafran. Thanks Mak. Hehe. Tak gaya macam mak budak kan buat semua aktiviti ni. Ahaks.

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
Naik banana boat

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
Snorkelling


4. Pelbagai aktiviti darat juga boleh dilakukan.

Kalau taknak basah-basah dah, boleh lakukan aktiviti kering-kering pulak. Macam saya dulu, pada waktu malam, saya dan keluarga mertua melakukan aktiviti BBQ.  Kemudahan BBQ di Pulau Pangkor tersangatlah tiptop. Mana-mana tempat penginapan , semuanya menyediakan peralatan lengkap untuk aktiviti BBQ. Tak payah susah-susah nak bawa dari rumah. Cuma nak kena membakar sahaja.


Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
 Aktiviti BBQ

Di siang hari pula, boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Pangkor. Pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Kilang Satay Fish dan Kilang Ikan Bilis. Nak shopping sekali di kilang-kilang ini pun boleh. Dah habis shopping boleh melawat Kilang Bot dan Taman Ku Lin Fung.

Yang paling menarik untuk dikunjungi ialah Kota Belanda sebab adalah tempat bersejarah. Kota ini adalah tapak peninggalan sejarah  dan dibina untuk pertahanan dari serangan lanun dan permberontakan oleh penduduk tempatan. Memang cantik sangat bergambar di Kota Belanda sebab berkonsepkan senibina lama Belanda.

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
 Kilang Satey Ikan

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi 
Taman Ku Lin Fung

Rindu Nak Bercuti Di Pulau Pangkor Lagi
Kota Belanda

Haiii..Bila recap semua ni,bertambah-tambahlah rindu kat Pulau Pangkor ni. Haruslah cepat-cepat plan percutian ke Pulau Pangkor ni kalau dah asyik berlegar-legar kat kepalaq iolss ni.haha. Next percutian di Pulau Pangkor nak menginap di Pangkor Laut Resort. Dengar cerita dari kenalan yang pernah overnight di Pangkor Laut Resort, semuanya berikan feedback yang bagus.

Saya apalagi kalau dah dengar review bagus mengenai Pangkor Laut Resort, saya sendiri pulak nak merasai sendiri pengalaman menginap di Pangkor Laut Resort. Kena tahu penginapan yang bagus akan menambahkan lagi kemanisan percutian.

Berita baik sekarang ini, ada laman web yang saya boleh membuat tempahan resort yang saya nak menginap, melaluinya. Laman web ini juga menawarkan harga-harga yang sangat menarik. Laman Web ini adalah tak lain tak bukan Traveloka. Hanya klik pangkor laut resort prices & deals, saya boleh terus booking Pangkor Laut Resort di laman web Traveloka, pada tarikh yang saya ingin menginap dengan harga yang terbaik.

Sekarang tempahan lagi cepat dan senang dilakukan sebab boleh melalui apps Traveloka di phone saya. Saya tidak akan miss mengunakan Traveloka setiap kali ingin mencari tempat penginapan untuk bercuti. Ini kerana Travelola tidak pernah gagal menawarkan harga yang terbaik dan memperolehi banyak faedah daripada Traveloka. Traveloka memang terbaik!

Giveaway Happy New Year 2018

Click above banner to join GA
GA ends on 31/12/17
Azam tahun baru saya adalah untuk menjadi insan yang lebih baik..Cewaahhh..

27 December 2017

Confuse, Lost & Backpain At Genting Highland

Nak pergi tempat basah atau tempat sejuk? Ni adalah dilema geng Taiping untuk pilih tempat bercuti bila dah sampai KL nanti.

Macam ni cerita nye. Masa wedding Aus haritu, Biras Kak Ida siap ambil cuti dari hari Jumaat hingga Isnin. Sebab nak attend wedding pun ada. Lepastu at the same time, bawak anak-anak pergi  bercuti di KL. Tu yang nak pilih sama ada nak pergi tempat basah iaitu Bangi Wonderland ataupun tempat sejuk iaitu Genting Highland.

Bincang punya bincang pilih nak naik Genting sebab dapat feeling di negara sejuk. Sekarang kan tengah musim panas. Di Genting juga, boleh tengok Xmas deco & bawa budak-budak main di indoor games. Sebelum balik, boleh singgah shopping di GPO.



Pagi-pagi pada hari Ahad, dah gerak ke Genting dari rumah Enal. Punya excited nak pergi Genting. Budak-budaklah paling excited. Pastu tau nak naik cable car. Bertambah-tambahlah excited nye. Sampai-sampai Genting Highland, park kereta di Genting Skyway Cable Car. Masuk dalam bangunan Genting Skyway ni, macam tak ramai orang nak naik cable car. Rasa pelik dah di situ. Tapi tak lama sangat rasa pelik sebab fikir mungkin kitaorang sampai awal sangat kot.

Bila dah naik sampai tingkat keberapa entah, terserempak dengan pekerja Genting. Dialah yang bagitau, tak ada orang dah naik cable car dari Genting Skyway ni. Sebabnya station terakhir cable car tengah buat renovation. Kalau pergi situ tak ada apa. Baik naik Awana Skyway Cable Car. Station baru ni di Genting Highland Premium Outlet (GHPO). Yang Awana ni naik cable car di GHPO & turun di SkyAvenue Shopping Mall. Kalau naik cable car yang ni, baru macam-macam tempat boleh pergi.

Owh, macamtu ke. Tak tau pulak ada cable car baru.Semuanya baru tahu. Ketinggalan kan weolss..Huhu. Terpaksa keluar dari Awana & gerak ke GHPO pulak. Habis 30 minit macamtu jea. Kuikuikui.

Ready nak naik cable car

Dah sampai GHPO, terus pergi ke ticket booth. Tengok ramai beratur di ticket machine. Tak orang pun beli di kaunter. Keadaan sedemikian berlaku sebabnya kalau nak beli tiket untuk lebih 10 pax baru boleh belik di kaunter. Gitu pulak yea. Macam terbalik pulak. Patutnya yang nak beli tiket untuk large group, beli di machine. Kalau yang kurang di kaunter. Barulah tak sesak.  Yang nak beli untuk large group bukannya ramai pun. Tak taulah. Ini pendapat sayalah.

Tapi nasib baiklak kitorang campur budak-budak dah lebih 10 orang. Tak payah nak beratur panjang beli tiket di machine.

Settle beli tiket, terus beratur naik cable car. Dalam 20 minit beratur. Masuk-masuk jea cable car, budak-budak semua excited dapat tengok permandangan gunung-ganang, gaung etc dari dalam cable car. Tak gayat langsung pun bebudak ni. Mak pak yang rasa gayat.Haha.

Dak Zafran macam tengah cuak jugak tue

 Dak Zafran mantai dengan peace nye



Awana ni sebelum final pitstop, ada satu pitstop in between. Pitstop ni di Chin Swee Station. Kalau nak jalan-jalan di Chin Swee Caves Temple & ingin menikmati permandangan di sekitarnya, bolehlah turun di station ni. Kami? Tak turun pun. Tak sabar nak sampai puncak Genting Highland jea. Nak boleh sampai last station memakan masa tak sampai 30 minit jea.  Last stop Awana cable car adalah di SkyAvenue Shopping Mall. Dah turun dari cable car, cari port yang tak sesak sebab nak isi perut dulu. Kitaorang siap bawak bekal sandwich sardine tau. Thanks to Kak Ida yang prepare sandwich pagi-pagi untuk weolss.

 Berkelah makan sandwich. Kalau siap bentang tikar, mau kena halau oleh orang restaurant. Macam kes Alif Shukri tu.Ahaks

 Tak tau apa motif ambil gambar di hadapan restaurant nie. Tak mengambarkan Genting pun. Ahaks

Semua dah isi perut. Ready to sesat-sesat

Dah makan, terus gerak ke Indoor game iaitu di Theme Park Hotel. Sebab tak biasa dengan Skyavenue Shopping Mall, yang boleh tahan besar jugak tempatnya, cari signboard dulu. Tapi signboard yang ada, macam tak ada untuk theme park hotel. Kalau ada pun, mula-mula ikut jea arah signboard tu.

Bila dah berada di junction(junction yea..haha), tak ada balik dah signboard. Kitaorang duk berpusing-pusing di dalam shopping mall & ada pergi ke tempat sama balik selama hampir 2 jam tau. Semata-mata nak cari tempat indoor jea.Last-last terjumpa polis bantuan, tanya direction kat dia.  Dia suruh patah balik & bagi direction. Tapi still sambung sesat lagi tu.

Jumpa Kirin & Ika di situ. Diaorang pun jalan-jalan genting jugak. Dialah yang bagitau direction & bagitau jugak yang indoor dah tutup for renovation. Yang tempat boleh bawak budak main di Archade jea. Nak main video games, carousel & sewaktu dengannya, bolehlah main di situ. Lerhhhh indoor pun tutup jugak ke.  Ingatkan outdoor jea. Again 2 jam lagi terbuang camtu jea. Awatlah pekerja yang jumpa awal-awal tadi tak bagitau indoor pun ditutup.

Snoopy Xmas Deco

Nak tak taknak bawak jugaklah budak-budak main carousel di Archade. Harganya mak aiii RM10/pax. Standard lah kan, rate di Genting. Semua budak main except Dak Zafran. Dak Zafran kejap nak naik, kejap taknak. Bila nak & dah pilih ride, taknak main pulak. Turun pulak. Tiket dah beli untuk dia. Caurosel tak dapat nak start selama 10 minit sebab kerenah budak bertuah inilah.

Budak-budak lain yang naik sama terpaksa tunggu jea. Last-last tak naik jugak. Bagi kat Mimi naik dengan Zayyan. Time kena masa dia nak memeel, ginilah. Actually kebanyakkan masa Dak Zafran memeel. Sel-sel otak tengah berkembang dengan jayanya kan. Mamanye pun boleh bertukar jadi singa dengan jayanya. kuikuikui

Zara naik Carousel

Lepas budak-budak naik carousel, terus ke cable car. Nak jalan-jalan di GHPO pulak. Tak ada pun menarik di Genting sekarang ni. Semuanya yang tempat menarik tengah renovate. Yang tinggal shopping mall yang SkyAvenue ni & Archade.

We are cousinzzzzz...

Sampai GHPO dalam pukul 3pm. Tak lunch lagi. Walaupun tak lunch lagi, sempatlah masuk 1-2 outlet. Tapi yang Fossil outlet nak kena beratur pulak. Sebab ingat ada banyak sales, Saya, Kimchi, Enal & Mimi sanggup beratur tue. Beratur lama pulak tue. Last-last tak ada sales mende pun. Beratur di Fossil lama sangat & berjalan di SkyAvenue hampir 2 jam, saya sakit belakang dah. Dengan tak makan lagi. Saya surrender. Dah tak larat nak masuk outlet lain. Duduk jea di bench yang ada di situ.

Naik cable car untuk balik pulak. Turun di GHPO.

Yang Kak Ida pergi ke Swatch outlet. Swatch tak perlu beratur & discaunt offer nya lagi menarik. Boleh dapat jam tangan dengan harga serendah RM150. Mana nak dapat Swatch harga below Rm200 ni. Apalagi Kak Ida grab satu, Enal grab satu. Kimchi tanya saya, tak berminat ke. Tak boleh buat apa sebab sakit belakang dah menghilangkan nafsu shopping ku. Huhuhu.


Ini jea gambar di GHPO yang ada. Lepas tu blogger dah pancit..kuikuikui


Late lunch di Chicken Rice Shop. Nak makan pun kena queue jugak. Aduii asyik kerja queue jea. Nak buat macam mana. Bercuti time cuti sekolah kan.

Lepas makan, terus gerak balik rumah Enal. Actually agak menyesal jugak pergi Genting sekarang ni. Patutnya study betul-betul sebelum naik Genting. Tak ada apa yang menarik yang boleh buat di Genting. Semuanya tengah renovate. Kalau setakat nak shopping & tengok Xmas deco, kat tempat lain boleh pergi. Kesian kat Geng taiping. Datang dari jauh, tapi experience benda macam ini pulak. Baik bercuti di Bangi wonderland .

Tapi budak-budak adalah rasa seronok sebab dapat merasa di tempat sejuk, naik carousel & naik cable car.  Tak adalah tak ada tarikan langsung. Kak Ida pulak dapat shopping something di GHPO.

So, sekarang ni bare in mind, selagi tiada announcement yang mengatakan Genting Highland dah dibuka sepenuhnya, selagi tu tak akan menjejakkan kaki ke Genting Highland. Huhu.

Menang Wang Tunai RM50 dari Giveaway EmasPutih



Alhamdulillah..Saya menang wang tunai RM50 dari  Giveaway yang dianjurkan oleh Emas Putih (url: http://www.kisahemasputih.com) .


 Blog saya No. 75




Tadaa..Blog saya terpilih untuk memenangi Wang Tunai RM50




Sponsor dah transfer RM50


To Blogger Emas Putih, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga blogger Emas Putih sentiasa dimurahkan rezeki. Hope saya menang giveaway lagi.hehe.

18 December 2017

Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 2

Esoknya breakfast di café hotel iaitu Paradise Cafe. Makanan sarapan buffet yang ada adalah nasi minyak, kari ayam, bubur, kuew sup, pelbagai jenis cereal, hot dog, wedges, French toast, roti jala, buah-buahan, baked red bean, pastry, bread & bun.

Semuanya sedap tapi yang kari ayam untuk roti jala nampak macam berbuih-buih. Saya tak berani ambil kari ni. Nak makan roti jala, saya tuang kari yang untuk nasi minyak tue. 

Residence Inn, Cherating Pahang


Semasa tengah makan, hujan turun pulak. Since hujan turun, duk lah melepak lama lahi di café. Bila betul-betul  tak boleh nak makan, barulah balik bilik. Dah sampai bilik, hujan dah berhenti turun. Hujan dah berhenti, teruslah bawak Dak Zafran berendam swimming pool for the last time sebelum check out.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Berendam dalam swimming pool pagi tue. Air nya mak aiii..bapak sejuk. lagi sejuk compare petang semalamnya. Saya tak tahan nak berendam lama-lama. Sekejap masuk sekejap keluar. Dak Zafran jea maintain berendam selama sejam lebih. Kuat tul tahan sejuk budak kecik tul. Padahal badan Dak Zafran ni, lemak apapun takdok. Ahaks.

Residence Inn, Cherating Pahang


Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Stop mandi dalam pukul  10 lebih. Balik bilik & bersiap untuk check out. Overall, komen saya  mengenai Residence Inn adalah:

1. Pleaselah improve tang tu yea. Yang lambat boleh check in tue. Malas nak ulang cerita details untuk 2nd time sebab nak cerita dah pada permulaan entri.

Tapi bila bilik dah bersih & kemas, suka sangat dengan condition biliknya. Biliknya memang cantik & agak luas. Suka sangat dengan balkoni bilik. Semua balkoni bilik menghadap swimming pool. Rasa tenang jea dari balkoni dapat melihat orang mandi-manda di swimming pool dengan pohon-pohon kelapa melambai-lambai ditiup angin monsun timur & dikelilingi oleh bukit. Room servis pun terbaik. Request iron, iron board & sejadah, cepat jea hnatar & siap dapat 2 set tue.

Residence Inn, Cherating Pahang


2. Breakfast buffet semuanya sedap walaupun tak banyak. Yang kari tue, hope buih-buih bukan sebab kari lama yea or aka basi. Kena tahu kari ni kena serve fresh punya sebab kari ni cepat basi.

3. Swimming pool terbaik. Dari tahap pool cleanliness, servis untuk tuala, semuanya bagus. Oh yea, kalau nak mandi di swimming pool, tak perlu bawa tuala hotel /sendiri . Sebabnya  tuala dah disediakan untuk pengunjung yang nak mandi di swimming pool.

Tapi kalau jenis mementingkan hygiene, nak guna tuala sendiri yang dibawa dari rumah pun tak apa. Selain itu, tak kisahlah di Jacuzzi pool ke, adults pool, life guard di situ tak halang nak pakai apa-apa jenis pakaian untuk masuk dalam swimming pool. Asalkan jangan telanjang bulat. Ahaks.

In future, nak repeat lagi tak bercuti di Residence Inn. Of course sebab budak-budak memang akan seronok mandi di swimming pool Residence Inn.  Yang bad experience tu tak apalah. Dimaafkan untuk kali ni. Sebab masa pernah menginap dulu-dulu tak pernah jadi macamni. And satu lagi semuanya happy sehingga check out termasuklah Dak Zafran. Ini yang paling penting.

Residence Inn, Cherating Pahang


Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 1

Tahun ini, Gediks Family Day di pantai timur pulak uolsss. Sampai ke pantai timur pulak yea Gedik family vacation kali ni. Bukan purposely nak vacay di tempat jauh-jauh pun. Di area Selangor & berdekatan dengannya banyak lagi  tempat vacation yang boleh pergi. Pilih di pantai timur sebab ada wedding sepupu di Dungun.

So, dah alang-alang dah berada di pantai timur, continue stay lagi dengan organize family day pula. Tapi still tak cukup korum jugak sebab Mustaza tak dapat join. Dia kan MPP UNIMAP. Kena sentiasa bersedia untuk menerima arahan menghadiri event. Tak boleh buatlah kalau dah nama MPP.

Residence Inn, Cherating Pahang


Hotel yang dipilih untuk tempat penginapan kami ialah Residence Inn. Masa zaman sekolah dulu, kalau abah ada outstation di area Cherating & family ada ikut sekali, abah suka book Residence Inn. Suka book resort ni sebab ada swimming pool yang agak besar, ada banyak jenis & tak strict dengan swimming attire. Life guard tak kisah nak pakai apa-apa jenis pakaian pun untuk mandi di dalam swimming pool.

Residence Inn, Cherating Pahang


Abah book 2 Deluxe rooms yang sebelah-menyebelah & ada connecting door. Bilik-bilik kena separate lelaki perempuan sebab ada Hazie. Sampai & Check in resort dalam pukul 5. Ingatkan check in lambat, boleh terus masuk bilik. Tengok-tengok bilik-bilik untuk kitaorang belum siap kemas lagi. Lambat nye yang orang sebelum ni check out. Ke servis resort ni yang (fill in the blank sendirilah).

Receptionist ada offer 2 bilik lain untuk kitaorang. Yang dah siap dikemas. Still sebelah-menyebelah tapi the problem is tak ada connecting door pulak. Untuk saya & Kimchi susahlah sebab kitaorang 1 family packing pakaian & etc kami dalam satu lungage. Jenuh pulak nak kena keluar masuk bilik ikut pintu depan just setakat nak ambik barangan dari lungage.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Hampir sejam jugaklah kitaorang menunggu. Dak Zafran dah merengek-rengek dah  ajak mandi swimming pool. Dia tahu ada swimming pool sebab dari lobi tak jauh dari swimming pool & boleh dengar suara riuh-rendah tengah mandi di swimming pool. Muka habis ketatlah time menunggu. Tak tahan menunggu & Dak Zafran lak hampir nak melalak bawaklah pergi jalan-jalan di tepi kolam.

Itupun still tak dapat hentikan rengetan Dak Zafran. Hampir nak bogelkan Dak Zafran & biar dia masuk dalam kolam tanpa seurat benang.  Sebelum saya meneruskan niat saya tue, ternampak bellboy dah menolak trolley barangan kitaorang  & Gediks family mengikut sekali. Maknanya bilik kitaorang dah ready untuk masuk.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Ajak Dak Zafran masuk bilik dahulu. Nasib baik nak. Dah sampai bilik, tengok-tengok bilik satu lagi belum siap dikemas lagi. Satu bilik sahaja yang dah ready. Duk bersumbatlah kitaorang semua dalam satu bilik buat sementara waktu. Malas nak menunggu satu bilik lagi, cepat-cepat solat & bersiap dengan swimming attire. Bawak Dak Zafran mandi kolam.

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Mula-mula bawak Dak Zafran berendam dalam kid’s pool. Agaknya tak challenging sangat sebab cetek sangat, Dak Zafran nak mandi pool lain pulak. Bawak mandi di Jacuzzi pool. Jacuzzi pool agak dalam untuk budak-budak yang bawah 3 tahun aka tak cukup tinggi. Kalau tak ada alat keselamatan, budak-budak memang tak sesuai berendam dalam Jacuzzi pool. Nasib baik ada bawak life jacket untuk Zafran.

Bila pakai life jacket, Dak Zafran dapat berendam dalam Jacuzzi pool dengan bebasnya. Dengan ada bubbles sekali, lagilah Dak Zafran seronok mandi kolam. Tokli, Grandma, Auntie & Uncle Zafran pun join masuk dalam Jacuzzi pool jugak. 

Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang


Residence Inn, Cherating Pahang

Residence Inn, Cherating Pahang

Adult’s pool pulak sesuai jugak untuk orang dewasa yang tak boleh berenang. Maknanya taklah dalam sangat. Kalau saya masuk dalam pool ni, airnya takat paras dada saya sahaja. Dak Zafran pun ada berendam jugak dalam adults pool. Of courselah ditemani oleh papanya.


Residence Inn, Cherating Pahang


Since dapat chek in bilik lambat, Dak Zafran dapat mandi kolam dalam sejam. Lepas tu dah nak maghrib & gelap. Time pujuk suruh keluar kolam, nasib baik nak stop mandi kolam. Tak apa, esok sebelum check out boleh mandi lagi..

Continue Reading: Gediks Family Layan Dak Zafran Berendam Dalam Jacuzzi Pool Di Residence Inn, Cherating Pahang: Part 2