6 December 2017

The Wedding Of Ben Firdaus & Amira At Kinrara Resort, Puchong



Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang  pada hari Sabtu lepas. Beliau mengikat pertalian yang sah dengan dengan soulmate nya yang bernama Amira.  Ayat piutis sangat kan. Entri pasal hari bersejarah tambah istimewa ni haruslah mengunakan ayat berbunga-bunga. Ahaks.

Di lobi resort

Majlis Persandingan Ben  & Amira disambut di Kinrara Golf Resort pada waktu malam. Akad nikad telah berlangsung pada paginya di tempat yang sama juga. Saya & Kimchi tak ikut serta majlis nikahnya. Just attend majlis persandingan sahaja.

pengantin tengah potong kek

Ayah mertua Ben bekerja di Denso. No wonderlah nampak ramai tetamu orang-orang Jepun. Ada yang Japanese siap mengenakan busana kimono lagi.

Selepas makan, semua Hajah Suppiah’s Clan(sepupu,mak pak sedara Ben) nak bergambar dengan pengantin. Tapi ramai pulak tetamu nak bergambar termasuklah yang Japanese yang pakai Kimono. Kalau nak bergambar kena beratur panjang. Pengantin gorgeous sangat & pelamin pulak sangat cantik, tu yang ramai nak bergambar. Disebabkan malas nak beratur & nak tunggu sampai habis semua tetamu bergambar, kitaorang pergilah bergambar di photobooth dahulu.


2 round ambil gambar di photobooth

Punyalah lama menunggu sampai dapat ambil 2-3 kali gambar di photobooth. Nasib baik time menunggu budak-budak especially DAK ZAFRAN(nampak huruf besar di situ.haha) tak meragam. Sebab tempat tu sejuk kot. Satu lagi budak-budak pun excited bergambar di photobooth. Bila nampak dah surut tetamu yang beratur untuk bergambar dengan pengantin, barulah Hajah Suppiah Clan bergambar dengan Ben & Amira di atas pelamin.

Baru dapat bergambar dengan pengantin

Di meja makan beradap

Dah siap bergambar & sebelum balik, ambil gambar lagi untuk last round di photobooth. Orang photobooth duk layan ajela dengan gelagat kitaorang. Haha. Dah Polaroid photo pun tak habis lagi. Bergambar ajelah lagi selagi orang photobooth tu tak cakap photobooth dah tutup. Hehe.

Hajjah Suppiah's Clan  di photobooth for the last round. Ben pun kena tarik untuk join bergambar.

To Ben a.k.a Aus (Aus panggilan belah Hajjah Suppiah while Ben nama di FB & panggilan belah Amira) & Amira, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Dah hilang dah yea title bujang ko yea..hehe.

Welcome to the club, Ben & Amira

2 comments: