The Wedding Of Ben Firdaus & Amira At Kinrara Resort, Puchong
Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada hari Sabtu lepas. Beliau mengikat pertalian yang sah dengan dengan soulmate nya yang bernama Amira. Ayat piutis sangat kan. Entri pasal hari bersejarah tambah istimewa ni haruslah mengunakan ayat berbunga-bunga. Ahaks.
Di lobi resort
Majlis Persandingan Ben
& Amira disambut di Kinrara Golf Resort pada waktu malam. Akad nikad
telah berlangsung pada paginya di tempat yang sama juga. Saya & Kimchi tak
ikut serta majlis nikahnya. Just attend majlis persandingan sahaja.
pengantin tengah potong kek
Ayah mertua Ben bekerja di Denso. No wonderlah nampak ramai
tetamu orang-orang Jepun. Ada yang Japanese siap mengenakan busana kimono lagi.
Selepas makan, semua Hajah Suppiah’s Clan(sepupu,mak pak
sedara Ben) nak bergambar dengan pengantin. Tapi ramai pulak tetamu nak
bergambar termasuklah yang Japanese yang pakai Kimono. Kalau nak bergambar kena
beratur panjang. Pengantin gorgeous sangat & pelamin pulak sangat cantik, tu yang ramai nak bergambar. Disebabkan malas nak beratur & nak tunggu sampai habis
semua tetamu bergambar, kitaorang pergilah bergambar di photobooth dahulu.
2 round ambil gambar di photobooth
Punyalah lama menunggu sampai dapat ambil 2-3 kali gambar di photobooth. Nasib baik time menunggu budak-budak especially DAK ZAFRAN(nampak huruf besar di situ.haha) tak meragam. Sebab tempat tu sejuk kot. Satu lagi budak-budak pun excited bergambar di photobooth. Bila nampak dah surut tetamu yang beratur untuk bergambar
dengan pengantin, barulah Hajah Suppiah Clan bergambar dengan Ben & Amira
di atas pelamin.
Baru dapat bergambar dengan pengantin
Di meja makan beradap
Dah siap bergambar & sebelum balik, ambil gambar lagi
untuk last round di photobooth. Orang photobooth duk layan ajela dengan gelagat
kitaorang. Haha. Dah Polaroid photo pun
tak habis lagi. Bergambar ajelah lagi selagi orang photobooth tu tak cakap
photobooth dah tutup. Hehe.
Hajjah Suppiah's Clan di photobooth for the last round. Ben pun kena tarik untuk join bergambar.
To Ben a.k.a Aus (Aus panggilan belah Hajjah Suppiah while Ben nama di FB & panggilan belah Amira) & Amira, Selamat Pengantin Baru. Semoga
bahagia hingga ke akhir hayat. Dah hilang dah yea title bujang ko yea..hehe.
Welcome to the club, Ben & Amira
comel je pengantin perempuan tu
ReplyDeleteselamat pengantin baruuu
ReplyDelete