Sepetang Di Bandar Di Raja Kuala Kangsar
Balik Taiping baru-baru ni, Kimchi bawak pergi jalan-jalan
di negeri kelahiran beliau punya Bandar Diraja iaitu Kuala Kangsar (ayat…putar
alam naw). Di Kuala Kangsar, adalah beberapa tempat menarik yang boleh
dilawati.
Tempat pertama yang kitaorang pergi di Masjid Ubudiah Bukit Chandan. Harus bergambar di
hadapan masjid Ubudiah sebab mempunyai arkitekture yang unik dan cantik. Kalau nak tahu masjid ini mempunyai seni bina yang berpengaruh dari ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.
Masjid Ubudiah Bukit Chandan
Selepas itu pergi melawat Galeri Sultan Azlan Shah. Kalau nak mengenal lebih mendalam tentang kehidupan seorang Sultan,
Galeri Sultan Azlan Shah adalah satu satu tempat yang sesuai untuk mendapatkan
segala info tersebut. Dak-dak sekolah yang nak kena
buat buku skrap mengenai SultanPerak, bolehlah pergi melawat Galeri Sultan
Azlan Shah yea.
Cenderamata-cenderamata pemberian daripada orang besar-besar
dalam negara & negara juga boleh dilihat di situ. Selain itu, koleksi barangan peribadi yang of courselah high-end kepunyaan Sultan Perak juga disimpan di galeri ini untuk dipamerkan
kepada orang ramai. Antara barangan kerabat diraja Perak adalah kenderaan
mewah, outdated LV lungage & banyak lagi. Tak dibenarkan bergambar di dalam galeri ni. Tu yang tak ada gambar di dalam galeri. Hanya diluar sahaja.
Galeri ini dibuka setiap hari & tutup pada pukul 5pm.
Time sampai tinggal lagi sejam sebelum tutup. Nasib baik sempat masuk sebelum
tutup.
Koleksi kereta mewah Sultan Perak yang sudah tak digunakan semuanya ada di dalam galeri ni
Dah jalan-jalan di galeri Azlan Shah, minum petang dahulu di Medan Cendol & Laksa MPKK, yang berlokasikan di tepi Sungai Perak. Untuk minum petang
kitaorang order laksa, ABC & pasembor. Pasembornya sangat sedap. Laksa pulak
kuahnya sedap. Tapi laksanya agak liat sedikit.
Medan Cendol & Laksa MPKK
pasembor
laksa
Dak Zara tengah makan ABC
Sebelum balik, cuci mata dengan melihat permadangan Sungai
Perak. Ada jeti berdekatan dengan medan selera. Kalau nak naik bot menyusuri
sungai, boleh naik dari Jeti ini.
bersantai di tepi Sungai Perak
Di jeti bot nelayan. Jeti untuk bot pelancong bersebelahan dengan jeti ni.
Itu sahajalah tempat-tempat menarik Kuala Kangsar yang
Kimchi bawak. Dapat pergi 2 tempat jea sebab start berjalan pun dah petang.
Kalau berjalan awal lagi bolehlah bawak Dak Zafran & Dak Zara berjalan di tempat-tempat lain lagi seperti Pavillion Tower KK, Istana Iskandariah & etc. Takpun naik bot di
Sungai Perak. Next time ajelah yea.
sjak bila radhia ada 2 org anak ni..hehe
ReplyDeletebest bandar kuala kangsar ni sebab masih ada ciri2 islam melayu, IQ pernah lalu KK ni masa nak pergi Taiping dulu. suka suasana dekat KK
ReplyDeletecantik masjid tu..
ReplyDeleteAktiviti yang menarik.. Sha pernah singgah masjid tu je..
ReplyDeletePasembor tu nampak sedap, tapi sedap tak?
ReplyDeleteEh! tetiba